PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini kongsikan 6 lubuk untuk pelabur newbie beli hartanah below market value

Bukan senang nak cari hartanah bawah harga pasaran (below market value).

Lagi-lagi untuk pelabur yang baru nak berkecimpung dalam arena ini.

Tapi, jangan sekali-kali pandang rendah kat kebolehan diri korang sendiri. Bila dah belajar ilmu yang betul nanti, silap-silap, korang akan cakap macam ni pulak:

“Eleh, kacang je nak cari rumah below market value ni. Celah gigi gua je.”

Takde perkara yang mustahil. Kalau korang betul-betul serius, mula hadamkan perkongsian Tuan Ariff Shah yang Tok baca kat blog beliau.

#1: Cari penjual rumah yang terdesak

Banyak faktor yang terlibat kalau kes macam ni berlaku.

Kadang-kadang, ada pasangan suami isteri yang dah bercerai. Sebab tu mereka nak lupuskan rumah yang dibeli dulu cepat-cepat.

Ada juga yang ahli keluarga sakit. Takde medical card, tapi rumah banyak. Jadi rumah tu mereka nak jual sebab nak bayar bil hospital (saya galakkan ambil medical card kalau nak elakkan masalah ni berlaku kat korang).

Kes kat atas ni boleh kira sebagai kes yang normal. Ramai yang buat macam tu.

Ada juga kemungkinan tuan rumah rugi melabur dalam saham. Tambah pula sekarang ni, Ringgit Malaysia kembali merundum secara mendadak.

Kalau dah terdesak, tak untung banyak pun mereka tak kisah. Janji dapat jual dan liquidate (cairkan) hartanah yang ada untuk dapatkan tunai.

#2: Terjah masuk pasaran lelong

Rumah lelong memang terkenal dari dulu sebagai lubuk untuk dapatkan rumah bawah harga pasaran.

Dalam pasaran ni, terdapat banyak pilihan rumah yang murah-murah yang bank lelong. Pendek kata, memang senang nak jumpa rumah yang berharga murah.

Cuma, proses nak beli rumah lelong agak leceh kalau nak dibandingkan dengan pasaran hartanah yang lain.

Ada jugak Tuan Ariff mencuba nasib. Tapi malang sekali tak berjaya sebab unit lelong yang beliau nak masuk called off (tak jadi lelong).

Yang tak best pasal rumah lelong ni adalah korang takde kelebihan dari segi excess cash (tunai lebihan) daripada pembelian.

Orang muda (pelabur baru) suka kalau dapat benda ni sebab mereka boleh renovate rumah tu tanpa keluarkan duit sendiri.

Kalau nak dapatkan tunai jugak, boleh je. Sama ada korang jual balik atau buat refinance.

#3: Recce rumah yang buruk dan rosak

Jangan pandang rendah kat rumah yang busuk (ayat ni, Tok petik daripada sifu hartanah yang buat banyak untung sebab beli rumah macam ni).

“Kenapa Tok cakap macam tu ya?”

Kalau rumah tu rosak teruk, ada la alasan untuk korang ketuk harga supaya kurang daripada harga pasaran. Kalau tak banyak pun, at least dapat kurangkan harga sikit.

Seronok sebenarnya repair rumah ni. Cuma, pastikan kos baik pulih tak telan belanja yang banyak. Takut kos korang repair rumah tu cecah ribu-ribu pulak.

Kalau macam ni, alamat memang korang tak buat untung langsung nanti.

Kaedah ni takde la boleh kurangkan banyak harga rumah tu. Tapi boleh kita gunakan dalam semua jenis situasi untuk raih keuntungan secara maksima.

#4: Rumah secondhand (subsale) – Pilihan terbaik kaki below market value

Hartanah subsale (rumah secondhand) sekitar KL atau Selangor ni takde la lama sangat. Tak salah untuk korang beli daripada pemilik pertama atau yang ke-2.

Tapi, Tok galakkan korang cuba dulu cari pemilk rumah yang pertama.

Kenapa mudah lagi nak dapatkan harga bawah market value dengan pemilik pertama?

Sebab pemilik pertama dah confirm untung banyak. Masa dia beli dulu murah je. Dan kalau jual sekarang, pasti dah cecah harga 2 atau 3 kali ganda berbanding masa dia beli dulu.

Ini antara faktor utama yang golongan ni tak kisah jual rumah tu dengan harga yang rendah. Asalkan boleh dijual dengan cepat. Dapat duit nanti, boleh buat modal untuk benda lain.

Sebab lain tuan rumah tak kisah jual pada harga murah

Yang ke-2, sebab tak perlu bayar RPGT.

Bila dah takde RPGT, mark up la banyak mana sekalipun. Takkan ada apa-apa kesan.

Untuk pemilik yang jual rumah dalam masa kurang 5 tahun, mereka perlu bayar cukai mengikut harga rumah yang tertulis dalam SPA (Sales and Purchase Agreement).

Bermakna, makin banyak mark up, makin banyak cukai yang pemilik rumah tu kena bayar.

Kalau korang tak dapat beli rumah daripada pemilik pertama, tak usah terkejut kalau tuan rumah tu jual pada harga yang tinggi.

Sebab mereka ni tak dapat untung banyak. Jadi, selagi boleh mereka akan cuba jual pada harga semaksimum mungkin.

Sebab ke-4 pulak, pemilik pertama dah pegang hartanah tu lama. Lebih 5 tahun tu adalah perkara yang normal. Ada jugak yang beli sebelum rumah tu siap dibina.

Bila dah hold lama dan lebih-lebih lagi ada faktor negatif seperti kejatuhan Ringgit (macam sekarang), mereka tak kisah nak kurangkan sikit harga jualan.

Janji rumah tu dapat dijual dengan cepat.

#5: Buat kawan dengan ejen hartanah

Mula berkawan dengan ejen hartanah yang sah. Hati-hati sebab sekarang ni zaman “sekam-menyekam.” Takut nanti korang kena tipu pulak dengan ejen yang tak betul.

Nak jumpa golongan ni senang je. Rajin-rajinkan diri tengok rumah, atau pergi ke mana-mana event berkaitan hartanah.

Bagitahu mereka yang korang nak cari hartanah di kawasan tertentu pada harga sekian-sekian. Nyatakan bajet dan harga maksimum hartanah yang korang cari.

Dah tentu ejen hartanah ada banyak listing (senarai) hartanah yang nak dijual. Buat apa pening-pening kepala nak cari sendiri? Lain cerita kalau korang ada banyak masa terluang.

Kalau nak jimatkan banyak masa, gunakan kepakaran mereka. Kalau ejen hartanah tu suka berurusan dengan korang, tak mustahil korang jadi antara yang terawal dapat tahu pasal hartanah below market value.

#6: Beli rumah pada masa yang betul

Pada pendapat Tuan Ariff dan Tok, masa yang betul adalah kunci untuk dapatkan hartanah below market value.

Kalau kita tengok setahun dua yang lepas, memang susah nak dapat sebab ramai yang nak beli dan mampu beli hartanah. Senang nak dapatkan loan masa tu.

Nak dapat 90% untuk hartanah ke-3 pun boleh lagi masa tu. Asalkan DSR (Debt Service Ratio) korang okay masa tu. Sekarang memang tak dapat la.

Kita fast forward ke waktu sekarang. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bank-bank besar dah banyak kurangkan pekerja. Harga minyak pulak jatuh teruk dan mereka yang terlibat dalam industri oil and gas pun ramai kena buang kerja.

Bermakna, makin berkurang la golongan yang mampu membeli rumah. Kebanyakan yang mampu beli, dah beli awal-awal dulu.

Kita boleh tengok sendiri kesan perkara ni. Berapa banyak developer yang buka booth untuk jual hartanah. Korang boleh tengok sendiri berapa banyak diskaun yang mereka tawarkan.

Kalau nak bandingkan dengan dulu, tiap kali pemaju jual projek baru, cepat je sold out. Sekarang, nak dengar perkataan sold out tu pun susah.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Beberapa tahun dulu, kita berada dalam seller’s market dimana penjual bermaharajalela. Jual la apa pun, kejap je ada orang nak beli.

Sekarang kita dah masuk buyer’s market. Dimana, pembeli boleh boleh pilih nak unit subsale yang macam mana pada harga below market value. Dah la below market. Siap boleh tekan harga lagi.

Kepada korang yang baru nak beli rumah, sekarang adalah masa untuk shopping tawaran yang terbaik.

Banyak yang korang boleh belajar daripada perkongsian kali ini. Paling kurang, ilmu ni dapat membantu pelabur baru untuk beli rumah below market value.

Ingat ya. Korang sepatutnya buat untung semasa membeli. Bukan masa menjual property semata-mata.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *