PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak elakkan masalah dengan penyewa? Pastikan 5 klausa ini ada dalam perjanjian sewaan anda

Perjanjian sewaan adalah kontrak yang memudahkan urusan antara tuan rumah dan penyewa.

Selain tu, kontrak ni jugak bertujuan untuk melindungi kepentingan tuan rumah tu sendiri.

Mana tahu. Kalau-kalau nasib kita dapat penyewa yang suka buat perangai. Senang kita nak ambil tindakan undang-undang bila ada dokumen ini.

Tapi, apakah perkara yang perlu ada dalam perjanjian sewaan?

Jom baca perkongsian kat blog Property Insight ni. Tok ambil idea asal, dan tulis balik untuk mudahkan bacaan dan pemahaman korang.

Yang Ahmad tunggu-tunggu dah pun tiba

Hari ni adalah hari yang bersejarah buat Ahmad. Beliau akan dapat kunci rumah kondominium yang baru siap dibina.

Sebelum dapat kunci ni, Ahmad dah iklankan rumah ini untuk disewakan pada bulan lepas.

Sehari sebelum ambil kunci rumah baru, Ahmad dapat panggilan daripada Leman yang berminat untuk menyewa kat situ.

Pendek cerita, 2 orang ni berjumpa untuk selesaikan hal sewaan.

Bab tenancy agreement, Ahmad buat sendiri je. Malas nak gunakan khidmat peguam katanya.

Lepas tempoh 5 bulan…

Ahmad terima panggilan daripada pihak pegurusan kondominium yang beliau sewakan.

Mereka minta Ahmad selesaikan bil air yang tertunggak berjumlah RM800++.

Walaupun agak terkejut dengan panggilan ni, Ahmad berusaha untuk tenangkan diri.

“Mungkin si Leman terlupa bayar kot,” pujuk hati Ahmad.

Dek masalah ni, Ahmad buat keputusan untuk melawat Leman untuk ingatkan beliau supaya jelaskan bil yang tertunggak.

Tapi…

Tak sangka rumah sewa Ahmad jadi tempat jaga budak kecil

Terkejut beruk si Ahmad bila sampai ke rumah sewa tu.

Rumah yang Ahmad ingatkan disewa untuk duduk sendiri, jadi pusat penjagaan kanak-kanak pulak.

Bertambah berderau darah Ahmad bila tengok ada macam-macam “karya seni” kat dinding rumah beliau.

Contengan tu pula, masih fresh. But of course, not so “clean” (faham kan maksud Tok?).

Ahmad tak mampu nak kawal amarah. Beliau berdepan dengan Leman yang nampak tenang, macam takde buat sebarang kesalahan.

“Kenapa kau buat unit aku jadi pusat penjagaan kanak-kanak?,” Ahmad mula menyoal Leman dengan nada sedikit keras.

Leman, dengan muka selamba, menjawab:

“Tak salah kan? Dalam tenancy agreement dulu tak cakap pun tak boleh buat benda ni.”

Fuh, makin naik la darah si Ahmad bila dengan jawapan Leman tu. Sebab dah tak tahan, Ahmad bagitau Leman:

“Aku tak kira! Kau bayar semua bil yang tertunggak, cat balik apa yang patut, pulihkan unit ni dalam keadaan asal, dan aku nak kau keluar secepat mungkin!”

Dah la jatuh. Kena hempap tangga pula

Dah habis jerit dialog ni, Ahmad terus meluru keluar rumah. Dihempas pintu tu sekuat hati, tanda beliau betul-betul tak puas hati.

Sejurus sampai ke rumah, Ahmad terus periksa balik perjanjian sewaan dengan Leman. Dengan harapan, terjumpa klausa yang menghalang Leman buat bisnes pusat penjagaan kanak-kanak kat unit beliau.

Tapi, hampa. Takde satu pun yang Ahmad boleh gunakan untuk ambil tindakan undang-undang kat Leman.

Mungkin sebab Ahmad yang buat sendiri tenancy agreement ni, banyak perkara penting yang beliau terlepas pandang dan tak masukkan dalam perjanjian ni.

Dan Tok pasti. Korang tak suka nak hadap masalah macam Ahmad kan?

Macam mana nak elakkan diri kita jadi Ahmad yang ke-2?

Dalam setiap perjanjian sewaan yang kita buat, pastikan ada 5 perkara penting ni (kalau korang tak nak jadi macam Ahmad):

#1: Nyatakan terang-terang penggunaan unit yang disewakan

Kalau kita nak sewakan rumah kepada orang lain, pastikan kita nyatakan dengan jelas (dalam perjanjian sewaan) yang unit itu khas untuk kediaman je.

Bukan untuk tujuan perniagaan, macam contoh kes Ahmad dan Leman tadi.

Masukkan satu klausa khas untuk menyekat penyewa daripada buat sublet (melainkan dapat kebenaran bertulis daripada kita), dan tunjukkan ini kat mereka supaya penyewa jelas dan faham.

Dalam kes Ahmad, beliau takde masukkan klausa ni. Jadi, memang takde chance nak ambil tindakan undang-undang kat penyewa beliau tu.

Kalau tak nak jadi macam Ahmad, pastikan kita buat perkara wajib ni ya.

#2: Siapa yang kena bayar bil?

Ini adalah amalan biasa buat tuan rumah yang nak sewakan unit mereka.

Penyewa bertanggungjawab bayar caj utiliti (seperti bil air, eletrik, caj pembentungan, dan sebagainya).

Tuan rumah pulak akan tanggung caj pengurusan kediaman (management fees).

Cuma, ada sebilangan yang saja-saja buat lupa nak masukkan klausa ni dalam perjanjian sewaan. Akibatnya, menyusahkan diri sendiri.

Untuk elakkan sebarang kekeliruan atau pertikaian, adalah bijak untuk nyatakan dengan jelas yang penyewa perlu bayar caj utiliti dalam tempoh tertentu (biasanya dalam masa 14 hari).

#3: Tanggungjawab si penyewa dan tuan rumah dalam bab penyelenggaraan

Penyewa biasanya bertanggungjawab untuk mengekalkan kelengkapan (seperti perabot) dalam unit yang mereka sewa.

Manakala tuan rumah pula, bertanggungjawab mengekalkan struktur unit (seperti dinding, bumbung, longkang, dan lain-lain yang berkaitan) supaya kekal dalam keadaan baik.

Senaraikan segala perabot, perkakas rumah, dan semua perkara lain yang ada dalam unit tu, dan minta penyewa sahkan sejurus masuk rumah.

Pastikan penyewa jelas dengan perkara ni sebelum mereka turunkan tandatangan kat surat perjanjian sewa ya.

Lepas tu, macam biasalah. Kalau ada yang rosak teruk, kita ada “lesen” untuk minta penyewa gantikan (ikut budi bicara korang).

#4: Hal-hal pemulangan unit sewaan kepada tuan rumah

Yang ni pun, pastikan korang tulis dalam tenancy agreement tu.

Dalam klausa ni, tulis dan dapatkan persetujuan penyewa untuk pulangkan unit sewaan dalam keadaan baik dan asal, seperti sebelum mereka masuk menyewa (paling kurang).

Dan pada masa yang sama juga, jelaskan (secara bertulis dalam dokumen tenancy agreement) kat mereka untuk pulangkan kunci rumah lepas kontrak tamat.

#5: Apa-apa pun, back up diri sendiri dulu

Kita boleh nyatakan dalam agreement.

Kalau penyewa gagal untuk laksanakan sebarang obligasi (tanggungjawab) dalam tempoh yang munasabah, kita (tuan rumah) layak jalankan tanggungjawab ni dan segala kos akan ditanggung oleh penyewa tu sendiri.

Kita berhak untuk tetapkan jumlah ganti rugi, kos memulihkan unit sewaan, membayar segala bil yang tertunggak. Boleh je potong kos ni dari duit deposit yang penyewa bayar.

Dan jangan lupa untuk ambil gambar untuk merakam keadaan asal unit sewaan dan segala perabot yang ada, sebelum serahkan unit kita kepada penyewa.

Sekiranya berlaku sebarang bentuk pertikaian, kita boleh gunakan gambar-gambar ni sebagai bukti yang memihak kepada kita.

In Shaa Allah. Dengan adanya klausa ini dalam agreement korang, at least kurang sikit masalah yang korang bakal hadapi dengan penyewa jenis “ketegaq”.

Itu sebab penting untuk tapis dulu penyewa yang berminat nak menyewa unit kita.

Kalau tak, buat sakit kepala korang je nanti.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *