Brader ini kongsi cara guna ASB dan hasilkan RM56,000 dalam tempoh 5 tahun.

ASB boleh jadi financial tool yang “memaksa” kita menyimpan dan dapatkan pulangan dividen yang thorbaik.

Kalau tanya Tok, baik lagi korang menyimpan guna ASB berbanding fixed deposit. Sebab pulangan ASB lebih lumayan, kalau kita gunakan dengan cara yang betul.

Dan Tok yakin, ramai yang berminat nak tahu cara praktikal gunakan dan memaksimakan pelaburan ASB kan?

Ni, Tok ada baca perkongsian dekat Facebook Tuan Redzwan Khairudin. Tok suggest 100% korang baca dan fahamkan.

Teknik ini cukup praktikal dan mudah untuk semua orang buat.

Sila ambil masa untuk hadam perlahan-lahan.

Amaran: Posting ni banyak point, dan maybe panjang sikit. Cuba baca slow-slow. Kalau tak boleh nak hadam, ingat point no berapa berhenti. Pergi minum air dulu, nanti sambung hadam balik semula.

Saya tak boleh nak separuh-separuh. Saya bagi je semua. Hehe. Bereh boh.

“Business is the art of extracting money from another many’s pocket without resorting to violence.” – Max Amsterdam

Teknik #1: Guna ASB Financing-i (Buku Biru) / Dividen @ 7.25% p.a*.

1. Tahun pertama, buat sijil ASB Financing RM100,000. Bayaran bulanan dekat bank adalah RM550. Lepas setahun, akan dapat dividen RM7,250.

2. Tahun seterusnya, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM100,000. Tak perlu keluar duit kocek sendiri untuk bayar pada bank. Guna Dividen dari Sijil 1dan langsaikan komitmen bulanan setahun terus bagi Sijil 2 (sebanyak RM6,600).

3. Baki Dividen sekarang tinggal lagi RM650. Biarkan saja. Tapi jangan lupa untuk teruskan membayar RM550 komitmen bulanan kepada bank bagi sijil pertama bernilai RM100,000.

4. Hujung tahun ke-2, terima dividen dari kedua-dua sijil serentak. Dividen pada waktu itu dah cecah nilai RM14,500. Sama saja, ulang proses kewangan seperti sebelum ni. Langsaikan setahun terus untuk sijil kedua sebanyak RM6,600.

5. Sijil pertama tetapkan terus membayar pada RM550 sebulan kepada bank. Baki dividen setelah langsai ialah RM7,947 ketika ini.

6. Ulang proses yg sama sehingga terima dividen Tahun 5, full amount sebanyak RM16,404. Bila dah dapat dividen, terminate kontrak ASB Financing untuk kedua-dua sijil pembiayaan tu tadi.

7. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB1 & ASB2.

8. Untuk sijil 1, dapat semula RM8,000. Manakala untuk Sijil 2 dapat semula RM6,200 secara kiraan kasarnya.

9. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

  • RM650 + [RM7,947 + RM8,523 + RM9,141] + RM16,404 + RM8,000 + RM6,200 =
  • RM56,865.

10. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Teknik #2: Guna ASB Financing-i (Buku Ungu) / Dividen @ 7.05% p.a*.

11. Teknik No. 2 ni optional. Kalau ada kemampuan seperti cash savings yang solid dan sudah tak tahu nak buat apa dengan duit tu, mungkin korang berminat nak hadamkan langkah yang ini. Teruskan bacaan.

12. Cuba check simpanan Tabung Haji, simpanan dalam bank BSN, simpanan dalam Tabung Cap Ayam, mahupun simpanan bawah bantal. Mana tahu korang ada simpanan tunai sebanyak RM13,200.

13. Jangan berlengah lagi, terus pergi buka buku ASB 2 yang baru dilancar tahun 2014 (Warna Ungu) oleh PNB / ASNB.

Mohon pembiayaan full nilai RM200,000, diikat selama 30 Tahun. Maka, komitmen bulanan akan menjadi sebanyak RM1,100 (anggaran) & komitmen setahun lengkap (12 bulan) akan menjadi RM13,200 (anggaran).

14. Gunakan hasil simpanan sebanyak RM13,200 dari Tabung Cap Ayam (atau sebarang simpanan yang korang ada) untuk cover terus komitmen setahun bagi sijil pembiayaan ABS RM200,000 tu.

15. Hujung tahun nanti, terima dividen sebanyak RM14,100. Gunakan sebahagian dari dividen itu untuk terus langsaikan komitmen pembiayaan Sijil RM200,000 bagi Tahun Ke-2 sebanyak RM13,200.

Baki Dividen akan menjadi RM900 ketika ini. Biarkan saja.

16. Ulangi langkah yang sama untuk korang setelkan komitmen tahun ke-3 sehingga ke-5. Terima Dividen penuh pada hujung Tahun ke-5 sebanyak RM14,382. Selepas itu boleh batalkan kontrak ASB korang.

17. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB. Anda terima semula sejumlah RM16,000.

18. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

  • RM900 + [RM963 + RM1,031 +RM1,104] + RM14,382 + RM16,000 =
  • RM34,380.

19. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Ini hasil yang bakal anda dapat lepas buat 2 teknik tadi.

20. Selepas 5 Tahun, maka total keseluruhan cash in hand yang kalian ada ialah:

  • Tunai dari Teknik #1 + tunai dari Teknik #2 =
  • RM56,865 + RM34,380 =
  • RM91,245 (tak termasuk bonus ASB).

21. Dalam masa 5 tahun juga, kalau korang sepenuhnya guna cara simpanan biasa seperti masuk dalam tabung, ataupun bank (saving account) yang beri pulangan 1% setahun, maka selepas 5 Tahun:

  • [RM550 x 12 x 5] + RM13,200 * (^CI @ 1%) =
  • RM46,662 saja.

22. Untung bersih atas angin berbanding cara simpanan biasa ialah:

  • RM 91,245 – RM46,662 =
  • RM44,583.

23. Net Profit @ RM44,583, korang yang punya. Hasil daripada compounding effect dan dividen yang diberi atas pelaburan bersama ASB.

24) Kalau suami + isteri / BF + GF / abang + kakak buat gaya simpanan sihat ni secara berpasangan, maka kalian gandakan saja nilai akhir tadi tu:

  • RM91,245 x 2 =
  • RM182,490.

25) Berapa pula Untung bersih untuk berpasangan ini? Korang picitlah kalkulator sendiri. Haha.

Kalau buat simpanan ASB 5 tahun dari sekarang, korang boleh dapat dividen yang banyak berbanding instrumen kewangan yang lain.

Bukan yang lain tak bagus. Tok tak suruh korang taksub dengan ASB. Setiap pelaburan, ada ilmunya. Dan masing-masing ada game yang tersendiri.

Yang kita kena buat adalah teruskan mencari maklumat, dan belajar teknik yang betul. Dan lagi banyak ilmu yang korang ada, lagi besar peluang korang buat duit senang-senang macam ni.

Nak tambah lagi ilmu ASB? Ni dua artikel yang anda WAJIB hadam betul-betul.

  1. Ubah dividen ASB daripada 7% ke 22%.
  2. Guna ASB campur EPF untuk cepat beli rumah.
3K Shares

48 thoughts on “Brader ini kongsi cara guna ASB dan hasilkan RM56,000 dalam tempoh 5 tahun.

    1. Salam, Cik Ida Widyani..
      sy on behalf tuan tanah utk jwb soalan..Berikut adalah sumber fatwa dr Jabatan Mufti N.Sembilan. Saya nasihatkan Cik Ida utk dapatkan dari Jabatan Mufti negeri yg Cik bermastautin ye..

      Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah fatwa Kebangsaan dalam isu pelaburan dalam saham ASN, ASB dan seumpamanya berdasarkan alasan berikut:

      i. Telah wujud panel syariah dalam institusi PNB yang mengambil tanggungjawab untuk berusaha dari semasa ke semasa untuk mengurangkan peratus percampuran antara pelaburan yang halal dan haram.

      ii. Mesyuarat bersetuju bahawa keputusan fatwa perlu dirujuk kepada maslahah umum, maqasid syarak dan realiti semasa. Fatwa dikeluarkan bukan berdasarkan pandangan bersifat peribadi atau hukum yang bersifat ideal semata-mata. Dalil yang menyokong aspek maslahah umum dalam isu pelaburan ASN/ASB ini juga adalah kukuh.

      iii. Isu ini juga bersifat ijtihadi khususnya bagi penentuan peratus keharaman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Khilaf yang berlaku ini menyebabkan wujudnya sedikit keringanan di dalam sesuatu hukum yang diputuskan.

      Berdasarkan pandangan tersebut, mesyuarat bersetuju dengan sighah muzakarah Fatwa Kebangsaan seperti berikut:

      “Bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus”.

      Sekian terima kasih

    2. Kalau asb xhalal dia nye dividen KWSP yg bakal dapat umor ,55 nnt pn sama gak la xhalal.. KWSP bgimana nk tau sumber pelaburan nye …dividen yg dpt beza 1% je Dr asb.. asb setiap tahun ade pos buku pelaburan yg didagangkan ,kos pengurusan semua disebut dlm buku tu..kene rajin membaca la buku asb tersebut setiap tahun la kn.. asb utk bumiputera shj,kwsp utk 1malaysia..klu KWSP halal dividen yg dibagi setiap tahun tu baik melabur ke KWSP je kn,beza 1% je Dr asb.. sumber yg dibagi wallahuaklam
      Ape2 pn rujuk pada mufti,kalau ikut logik loan asb x untung pn yg untung bank la kita untung menyimpan je,mendisiplinkan diri dlm penyimpanan utk diri sendiri..
      Wallahhuallam

    1. Assamualaikum mad bond…
      Sy ada sedikit pengalaman dan sy kongsi..bila nk mohon asb loan kali ke 2, pihak bank akan tengok slip gaji kita and akan tetapkn bahawa anda layak atau tak..
      Bila dah layak anda perlu pilih asb loan yg sesuai iaitu conventional loan/islamic loan..
      Conventional loan ada lock in period(tak boleh batal contract sekurang-kurang 3 tahun ataupun dikenakan denda)
      Islamic loan boleh batal bila2 masa sahaja meskipun setahun

  1. Salam Tok …
    Nak tanya pasal tempoh pembiayaan tu …
    Yang mana lebih banyak pulangan?
    Elok buat bayaran selama 5 tahun atau bayar sampai habis tempoh?

  2. Kalau ambil max 200k + 200k loan asb xde effect ke nak ambil loan rumah? Komitmen menjadi tinggi adakah bank akan tolak ke permohonan loan rumah kita?

  3. Salam ikut pemahaman saya,
    teknik pertama
    memerlukan kita membayar RM550/sebulan, jadi 550x12x 5 = 33k
    jadi bersih dari teknik satu adalah = 58685-33000 = 25685
    manakala teknik kedua
    memerlukan kita mempunyai RM13200 sebagai permulaan,
    jadi untuk bersih dari teknik kedua adalah 34380-13200 = 21180
    Jadi bersih kedua2 adalah =25685+21180 = RM46865 di akhir tahun ke 5

    manakala jika saving sendiri
    550 x12 x 5 + 13200= RM 48950 di akhir tahun ke 5

  4. teknik satu memerlukan pembiyaan 550/sebulan , jadi 5 tahun 550x12x5 =33000
    bersih dari teknik satu 58685 -33000= RM25686
    manakala teknik dua memerlukan simpana RM13200 sbg permulaan , jadi bersih dari teknik 2 adalah
    34380 – 13200 = RM21180
    Total profit = RM 25686+21180 =RM46866

  5. aku pn ta tau mcmne na gandakan duit ni..yg aku buat tiap bulan masuk duit kt bank pastu bank amik..nak keluarkan pn ta tau huhu..jd serchlh google n tetiba jmp blog ni..tq tok

  6. Salam Tok, saya tak faham apa perbeza buku asb buku biru Lama dengan asb financing-i.saya ada terfikir nak buat loan asb.. tapi diaorang tak cakap jenis asb-i.(may bank)

  7. harap siapa yang berminat dengan asb financing ni berhati2 dgn kata2 manis ejen atau pegawai pemasaran. sebabnya dividen asb makin lama makin mengecil. research sendiri dlu. jgn mudah percaya dgn ejen kerana mereka kejar komisyen. saya sndiri dlm bidang loan kejar komisyen. harap faham dan kaji dulu

    1. just teknik kiraan jer.. suaikan dengan kemampuan, keperluan dan target. Hasil adalah separuh vs 100K or 1/4 vs 200k punya loan
      cuma teknik nak maksimumkan ROI kena faham betul2.

    1. simpanan ASB, monthly awak simpan sendiri. tak kisah lah berapa, literally awak punya saving. ASB Financing & Loan sama sahaja. Bank akan belikan sijil ASB ikut yang kita mahu, contoh spt 50000, lepastu dia loankan that amount kepada pemohon. Monthly kena bayar kat bank. Dividen hujung tahun, pemohon dapat. ASB Financing-i untuk loan islamik. Harap cerah.

    1. calculation dia untuk 5 tahun itu contoh. Kalau nak simpan lebih lama 6 7 8 dan seterusnya, lagi banyak hasil. You reap what you sow. harap cerah

  8. ASB financing boleh buat sbg Protection. Jika terjadi apa2 pada anda, waris akan dpt jumlah asal tanpa sebarang potongan. Kalau berminat, amik lah RM200k selama 30 tahun + insurance 30 tahun. Jika terjadi apa2 pada kita, waris akan dpt jumlah asal + diveden.

    Ini bg yg takde lagi life insurance.

  9. Betul kata zaki omar tue…..ada yg kata simpan tiap2 bulan pun sama jugak mmg betul tapi incase terjadi kepada kita sekurg2nya waris mendapat hasilnya juga sebab pinjaman kita dilinndungi insurans so tepuk dada tanya selera anda buat anda dapat……

  10. Salam..btw sy kurang paham bab pengiraan yg ni:
    RM650 + [RM7,947 + RM8,523 + RM9,141] + RM16,404 + RM8,000 + RM6,200 = RM56,865.

    Boleh sesiapa bg pengiraan secara detail? Maaflah newbie disini. Or boleh whatsapp sy di 0139440373
    Terima kasih didahului

  11. Saya dah buat cara ni sejak saya layak ambil loan tahun 1990 lagi sejak tu dah 3 kali ambik loan. Divuden tak pernah usik sejak tahun 1990. Loan semua saya dah settle guna simpanan duit gaji. Tak usik dividen. Nak tahu berapa ASB saya sekarang? Sudah hampir 800K. Dividen tahun lepas hampir 50K pun tak usik. Rancang nak guna dividen masa pencen nanti.

  12. assalam .. ada sesiapa yang boleh jelaskan Teknik pertama point kelima (5) “Baki dividen setelah langsai ialah RM7,947 ketika ini.”

    mana dapat jumlah RM7947.00 tu yaa?

    Tkasih 🙂

Leave a Reply