PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Undercons, Subsale atau Lelong. Yang mana sesuai untuk dibeli untuk orang yang baru nak beli rumah?

Nak beli rumah bukan boleh sembarangan beli, kena kenal dulu rumah apa yang sesuai dengan anda. Golongan B40 terutamanya harus bijak dalam membuat pilihan untuk beli rumah. Jangan sampai menyesal di kemudian hari pula. Jadi Tok akan terangkan serba sedikit mengenai tiga jenis rumah yang patut anda ambil tahu. Bukan setakat itu, Tok juga akan bagi sekali kelebihan dan kekurangan setiap rumah tersebut. Ayuh bersama Tok!

Rumah jenis pasaran primer (undercons)

Senang cerita rumah underconstruction ni rumah yang belum siap ataupun masih lagi sedang dibina. Kebiasaannya, pihak pemaju akan bikin lakaran dan gambaran rumah untuk dipamerkan kepada pembeli. Pembeli boleh memilih mana-mana rumah yang sesuai dan bakal miliki rumah dengan reka bentuk baru. Jadi apa pula kelebihan dan kekurangan rumah undercons?

1. Kelebihan

Wang pendahuluan sedikit

  • Kebiasaannya pemaju akan memberikan diskaun dan rebate yang banyak kepada pembeli. Malah, ada juga yang tawarkan fi peguam dan duti setem percuma.

Banyak diskaun

  • Bagi golongan B40, banyak diskaun yang boleh diperolehi terutamanya melibatkan projek Rumahwip, PR1MA dan juga pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama.

Defect Liabiliti Period

  • Dapat sahaja kunci rumah, anda diberikan tempoh selama 24 bulan untuk laporkan kepada pihak pemaju jika terdapat kecacatan pada rumah. Mereka akan baiki secara percuma

Dapat gunakan duit daripada akaun dua EPF

  • Berita baiknya di sini ada boleh keluarkan duit akaun dua EPF secara cash untuk membayar 10 peratus duit muka rumah.

2. Kekurangan

Harga cepat meningkat jika tidak dibeli

  • Tahukah anda, terdapat 57,390 unit rumah baru yang masih tidak terjual dan harganya semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun diskaun dan rebate diberikan, harganya masih lagi tinggi. Lagi tinggi permintaan terhadap satu projek tu, lagi cepat harga naik.

Risiko terbengkalai

  • Paling yang ditakuti adalah pemaju muflis dan rumah terus terbengkalai selama bertahun-tahun. Apabila syarikat lain yang ambil alih, keadaan rumah yang telah siap dibina tidak menepati citarasa.

Lambat siap

  • Pelanggan terpaksa menyewa dahulu di tempat lain tapi dalam masa yang sama perlu membuat bayaran terhadap rumah sewa dan rumah dibeli.

Rumah jenis pasaran sekunder (subsale)

Rumah subsale ini dalam erti kata lain membawa maksud rumah second hand atau terpakai. Anda boleh berurusan untuk beli rumah subsale melalui pemilik atau ejen hartanah. Apa pula kelebihan dan kekurangan rumah subsale?

1. Kelebihan

Harga

  • Harga rumah subsale lebih murah berbanding rumah baru dan masih lagi boleh dirunding semakin mencapai kata sepakat terutamanya jika penjual sedang terdesak. Lagi manis mulut lagi murah boleh dapat.

Boleh periksa keadaan rumah

  • Pastikan anda peka dengan setiap persekitaran rumah dan kalau boleh perhati setelitinya hingga dapat mengesan sebarang kerosakan. Kalau ada kerosakan boleh minta pemilik baiki dahulu atau minta diskaun.

Lokasi strategik

  • Kebanyakkan rumah subsale terletak di kawasan yang sudah membangun malah dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai dan sekolah.

Boleh pindah cepat

  • Anda tidak perlu menunggu lama seperti rumah undercons untuk mendapatkan kunci rumah.

2. Kekurangan

Reka bentuk lama

  • Jika tidak bernasib baik, anda bakal mendapat rumah subsale dengan reka bentuk lama yang agak pelik sedikit seperti tiada bilik di tingkat bawah dan tingkat atas terlalu kecil.

Kos tinggi

  • Ada perlu mengeluarkan kos 15 sehingga 20 peratus termasuk duit muka. Kos lain adalah seperti membaiki kerosakan rumah.

Penjual mungkin ada niat tersembunyi

  • Jika rumah subsale itu terlalu murah mesti ada peristiwa disebaliknya seperti rumah bekas orang bunuh diri, kerap berlaku kegiatan jenayah ataupun gangguan makhluk halus. Jadi perlu semak betul-betul ya.

Rumah jenis pasaran tertiari (lelong)

Semua orang tahu rumah lelong adalah rumah yang dilelong oleh pihak bank ekoran ketidakmampuan pemilik pertama membayar komitmen bulanan. Jadi apa kelebihan dan kekuarangan rumah lelong?

1. Kelebihan

Harga

  • Boleh dapat harga rumah lebih murah sehingga 20-30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Komisen rendah

  • Kadar komisen ejen hartanah untuk rumah lelong kebiasaannya lebih rendah berbanding beli rumah secara konvensional.

Tiada harga tetap

  • Anda boleh membida rumah lelong dengan berapa sahaja harga yang anda nak. Jika kurang persaingan, anda miliki peluang besar untuk miliki rumah tersebut.

2. Kekurangan

Tak boleh tengok rumah

  • Pembeli tidak dibenarkan melihat ruang dalaman rumah dan berisiko menanggung kerugian jika terdapat kerugian yang teruk.

Bayaran tak jelas

  • Segala bayaran tertunggak seperti bil ultiliti, cukai dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik baru.

Masalah pemilik

  • Anda kena pastikan pemilik ataupun penyewa segera keluar daripada rumah lelong tapi kena ikut undang-undang, banyak prosedur yang perlu dibuat. Bukan mudah kerja ni.

Jadi kepada anda semua dah fikir masak-masak belum rumah mana yang anda impikan?

Bagi tok semuanya berbalik kepada keadaan kewangan dan kemahuan anda. Kalau ada modal besar, mungkin rumah lelong lebih sesuai. Kalau modal kecil, boleh cuba beli rumah lelong.

Tak kisah rumah kategori mana pun, perkara pokok perlu diselesaikan dulu. Profil kewangan kena cantik, DSR okay, modal pun kena ada.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed