PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak beli rumah wajib tahu semua property jargon ini

“Takut aku nak beli hartanah. Banyak ayat hartanah yang pelik aku tak tahu.”Ramai yang takut nak beli rumah pertama.Salah satu sebab utama adalah berkaitan jargon yang terdapat dalam urusan jual beli rumah.Ini perkara normal. Benda yang kita tak pernah tahu sebelum ini, sudah pasti akan buatkan kita rasa takut nak membeli.Jangan risau. Tok ada di sini untuk mudahkan perjalanan anda membeli rumah pertama.Ini apa yang anda wajib tahu tentang jargon yang ada sebelum beli rumah pertama.
Booking fees

Duit yang orang letak untuk ‘book’ satu rumah bila berminat nak beli dengan developer. Ada yang RM500 dan ada juga RM5,000 (harga ni bergantung pada developer).

Down payment/ Deposit

Duit pendahuluan atau upfront deposit yang dibayar sebelum beli satu rumah. Selalunya 10% dari harga rumah. Balance dibayar melalui loan (tertakluk pada situasi anda).

Debt service ratio (DSR)

Kiraan yang diguna oleh bank untuk tengok sama ada anda layak atau tak untuk buat loan dengan mereka.

Secara ringkasnya, DSR ini dikira untuk tahu berapa yang anda boleh guna dari hasil pendapatan anda sekarang untuk bayar monthly commitment/ hutang dengan bank setiap bulan. Cara kiraan dia berlainan ikut bank.

Memorandum of transfer/ MOT

MOT = Dokumen yang pembeli sign untuk pindah hak milik dari penjual kepada pembeli. Maksudnya Land Title untuk rumah tu dah transfer kepada pembeli.

Stamp Duty

Stamp duty/ Duti Setem = Bayaran yang perlu dibayar untuk legal documents (dokumen guaman) seperti instrument of transfer dan loan agreement semasa beli rumah.

Stamp duty ini perlu dibayar untuk beberapa dokumen. Antaranya ialah:

  • Loan Agreement
  • Sales & Purchase Agreement
  • MOT

Kiraan untuk setiap dokumen ni berbeza dan special sikit, bergantung pada harga rumah dan jumlah loan yang anda ambil. Dalam 1-4% dari harga rumah.

Loan-To-Value/ LTV / Margin of Finance

Loan-To-Value (LTV) or Margin of Finance = Ratio yang digunakan untuk nilai risiko bagi loan rumah dekat peminjam.

Juga boleh dikira sebagai ‘berapa banyak yang bank sanggup bagi jumlah loan untuk rumah anda’. Kalau dapat 90% LTV, maka 90% dari harga rumah dibayar oleh loan dan lagi 10% dibayar oleh pembeli secara tunai.

Kebiasaannya, rakyat Malaysia boleh dapat 90% LTV untuk pembelian rumah pertama & kedua. Rumah ketiga dan keatas perlu atas RM600,000 untuk dapat 90% LTV.

MRTT / MLTT

Insurance plan bagi loan rumah anda. Ada 2 jenis iaitu:

Mortgage Reducing Term Takaful – dibayar sekaligus.

Mortgage Level Term Takaful – dibayar secara ansuran.

Ada banyak perbezaan antara ciri-ciri kedua-dua polisi ini, bergantung pada situasi anda.

Refinance (Home loan)

Refinance maksudnya anda nak habiskan bayar loan yang sedia ada dan ganti dengan loan baru yang ada terms & conditions yang baru.

Maksudnya anda buat pinjaman dengan bank lagi sekali (atau dengan bank lain) tapi guna loan baru untuk settle loan lama yang guna untuk beli rumah tu. 

Selalunya orang refinance untuk dapat cash extra, atau kurangkan bayaran bulanan dekat bank, ataupun nak kurangkan bayar interest dengan kurangkan masa loan tenure mereka.

CCRIS

CCRIS = satu report yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Dalam tu ada list semua detail hutang atau loan yang anda ada dengan bank sekarang dan bayaran outstanding yang anda ada.

Ini digunakan oleh bank untuk tengok credit history anda, sama ada anda layak atau tak untuk ambil lagi loan dengan mereka.

CTOS / Credit score report

CTOS = Satu report yang dikeluarkan oleh CTOS company dan mempunyai CCRIS di dalamnya. Ia lebih detailed dari CCRIS kerana ia juga nyatakan detail kewangan anda yang lain seperti insolvency, bankcruptcy, legal action, business ownerships & directorships (kalau ada).

Freehold

Bila satu hak milik tanah/ rumah itu diberi oleh kerajaan sepenuhnya kepada seorang individu. Hak milik tanah itu kekal jadi milik pembeli tanah itu. Tak ada tamat tempoh dan tak perlu risau kalau kerajaan ambil balik tanah itu.

Leasehold

Bila satu hak milik tanah itu diberi kepada individu untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. Selalunya tempoh dia selama 99 tahun. Selepas 99 tahun, kerajaan negeri ada hak untuk ambil balik atau pembeli rumah boleh minta extend lagi tempoh pajakan ini dari kerajaan.

S&P/ SPA

Sales & Purchase Agreement = (legally binding) kontrak yang mengikat secara sah yang mempunyai semua details pembelian satu rumah itu antara penjual dan pembeli. Dalam kata lain, kalau sign SPA, maksudnya dah closed the deal.

Undercons/ Primary market

Nama lain bagi rumah under construction = Rumah yang sedang dibina atau siap dibina dan dijual oleh developer sendiri.

Comments are closed