Login

Register

Login

Register

5 pesanan Warren Buffet tentang pelaburan hartanah yang elok kita ambil tahu

| | ,

Nasihat daripada orang yang pakar dalam apa yang mereka usahakan, adalah nasihat yang paling berharga kita boleh hadamkan.

Setuju tak dengan ayat Tok kat atas ni?

Kalau kita nak berjaya dalam pelaburan hartanah, kita mesti bertindak seperti seorang “pro.”

Dan orang yang “pro” pula, banyak belajar sesuatu yang baru secara terus menerus, dari masa ke semasa.

Dan Tok percaya, korang akan banyak belajar lepas baca perkongsian Tuan Amirul Aslam dalam blog Kool Property ni.

Ada tabiat berkongsi ilmu (dan tak pernah miss berkongsi setiap tahun)

Siapa saja yang tak mengenali Warren Buffet. Antara guru pelabur yang sangat mahsyur dengan kebijaksanaan serta kekayaannya hasil daripada pelaburan yang diusahakannya selama ini.

Ribuan anak muridnya yang bertaburan di serata dunia, yang menuntu ilmu secara bersemuka atau yang menadah hikmahnya melalui buku-buku pelaburan beliau.

Dan pelaburan hartanah salah satu daripada kepakaran beliau juga.

Seperti yang kita semua tahu, setiap tahun beliau akan menulis sepucuk surat kepada semua pemegang saham syarikatnya Berkshire Hathaway.

Dalam suratnya, beliau akan menuliskan nasihat serta pengetahuannya tentang banyak perkara daripada nasihat untuk melabur dalam pasaran saham di Amerika Syarikat, tentang perubahan ekonomi dunia dan juga hartanah.

Tetap jana pulangan besar, walaupun pasaran hartanah sedang merundum

Pada tahun 2014, antara isi kandungan surat yang dihantar untuk pemegang saham syarikatnya bercerita tentang hartanah.

Beliau telah memaklumkan tentang status dua aset hartanah yang dibelinya lama dahulu dan berkongsi pandangannya tentang pelaburan hartanah kepada mereka.

Salah satu hartanah yang dibelinya melibatkan ladang seluas 400 hektar yang dibeli pada tahun 1986 dengan harga USD280,000.

Aset kedua yang beliau maklumkan pula adalah pembelian yang dilakukan bersama kumpulan kecil pelabur, beberapa tahun selepas ladang di Nebraska itu.

Apakah persamaan kedua-dua pelaburan dalam aset hartanah ini?

Kedua-dua aset itu dibeli ketika pasaran hartanah sedang jatuh merudum!

Beliau kemudiannya menulis 5 tip ini untuk manfaat pemegang-pemegang saham dalam syarikatnya.

Tip #1: Anda tak perlu jadi pakar untuk dapatkan pulangan yang ohsem

Kata Warren Buffet, kita tak perlu untuk menjadi pakar dalam industri untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang baik. Eh betul ke ni?

Betul.

Cuma sambungnya lagi, kalau kita bukan seorang yang pakar dalam pelaburan yang diceburi, ada dua perkara yang perlu kita lakukan.

Apakah 2 perkara yang dimaksudkan itu?

Pertama, kenalpasti kemampuan serta limitasi kita. Jangan pula laburkan semua wang sekali dalam satu jenis pelaburan itu. Laburkan mengikut keadaan dan kapasiti kewangan kita sekarang.

Kedua, belajarlah daripada mereka yang pakar.

Haaa, nampak tak?

Dan jangan cepat berubah angin kata Warren Buffet. Hari ni melabur bidang hartanah, tak sempat dapat untung lagi dah lari ke bidang lain.

Bertenang wahai kawan-kawan. Oh dan lagi satu, jangan cepat terpedaya dengan janji-janji manis yang ditawarkan kepada kita. Buat dulu segala research yang perlu ya.

Tip #2: Fokuskan kajian pada produktiviti aset untuk jangka masa panjang

Untuk pelaburan hartanah ini, beliau menasihati kita untuk anggarkan kepada potensi hartanah yang ingin kita pilih itu.

Apa potensinya untuk berkembang pada masa hadapan? Nilai hartanahnya dijangka naik atau tak? Antara indikator yang boleh kita pakai adalah pembangunan di sekitar kawasan itu.

Lepas dah buat anggaran, jika kita rasa tak selesa atau potensi hartanah itu tak sesuai dengan target kita, apa yang perlu kita buat?

“Forget about it, and move on.”

Ingat dalam kisah percintaan saja ke guna pakai rules move on ni? Haha!

Memang, tak akan ada seorang manusia pun yang berjaya untuk menanggarkan dengan tepat setiap potensi pelaburan pada masa akan datang.

Tenang sahaja, kerana sebenarnya kita pun tak perlu untuk buat anggaran yang betul-betul sempurna. Yang penting, fahamkan apa yang kita sedang buat.

Tip #3: Elakkan diri daripada jadi spekulator

Mungkin kita berfokus kepada prospektik perubahan harga aset yang dibeli itu untuk jangka masa pendek. Dan kalau kita buat ni, kita sebenarnya terlibat dengan permainan spekulasi jika begitu.

Tak ada siapa yang takde masalah tentang itu, jelas Warren Buffet.

Tapi, beliau takkan mampu untuk berada dalam pelaburan ini dengan jayanya, dan beliau juga skeptikal terhadap mereka-mereka yang mengaku berjaya melakukan permainan spekulasi harga ini untuk satu jangka masa yang lama.

Maka, terpulanglah kepada kita untuk memilih.

Tip #4: Buat apa yang perlu saja

“Dengan dua pelaburan hartanah kecil-kecilan yang saya lakukan, saya hanya berfikir tentang produktiviti serta penghasilan daripada aset yang saya laburkan itu.”

“Saya tidak pernah ambil tahu tentang nilai hartanah itu setiap hari.”

Ini adalah petikan kata-kata Warren Buffet sendiri.

“Games are won by players who focus on the playing field – not by those whose eyes are glued to the scoreboard.”

Fuh, mendalam betul ayat ni.

Tip #5: Sentiasa belajar bezakan pendapat dan fakta

Antara perkara yang membuang masa kita sebagai pelabur adalah apabila terlampau mendengar, menerima dan berfikir tentang pendapat orang lain tentang nilai pasaran pada ketika itu.

Sentiasa buat kajian sendiri. Sebab pada akhirnya, orang yang memberi pandangan itu cuma akan berkata dua perkara:

Andai tekaan mereka salah, mereka akan berkata,

“Aku bagi pandangan je. Siapa suruh kau dengar.”

Andai tekaan mereka betul pula, mereka akan berkata,

“Haaaaa, kan aku dah bagitahu!”

Apa bezanya kedua-dua dialog ini? Takde beza pun. Kedua-duanya takkan membantu kita pun.

Jadilah pelabur yang rajin, bukan menonong sahaja melabur ikut kata orang.

Dah habis baca?

Tahniah! Tok yakin mesti Warren Buffett pun berbangga dengan korang sebab komited menghambakan diri dengan ilmu yang baik ni.

Semoga dengan ilmu ohsem ni, korang dapat bina portfolio pelaburan hartanah yang thorbaik. Tok doakan korang agar cepat-cepat berjaya ya. Ameen.

Previous

Cara kira kos setem duti pembelian rumah yang terkini

Kena tipu beli rumah undercon dengan pemaju? Ini cara tuntut duit pampasan (Siri #1)

Next

Leave a Comment