Nak beli rumah ni bukanlah perkara yang senang. Banyak benda yang perlu kita ambil kira.
Tok selalu pesan bila nak beli rumah jangan mudah terikut – ikut dengan orang. Jelas dengan matlamat diri sendiri. Sebelum anda tersalah langkah dalam beli rumah, jemput hadamkan perkongsian Cik Rena Choong ni.
Niat itu kena betul, kalau tidak senang give up!
Jangan dah beli, baru terhegeh-hegah tanya diri apa objektif itu. Yang ni, memang saja cari pasal.
Ada beberapa objektif utama kebarangkalian kita melabur property adalah:
1) Child education
2) Dana persaraan atau retirement plan
3) Waris buat family
4) Beli kereta using other people money (OPM) atau travel for free
Ramai mungkin pandang rendah dan gagal merancang pelan jangka masa dalam pelaburan ini.
Tapi tahukah anda objektif ini akan menentukan apakah jenis segment property (e.g undercon/ subsale/ lelong) yang anda akan buat nanti dan gameplan nya.
Contoh- Ramai teruja sangat nak kaut untung cepat, ramai yang pilih untuk gunakan strategi flipping instead pakai strategi rent, hold, flip.
Tahu tak ada sesetengah kawasan yang belum capai tahap matang mempunyai potensi yang sangat besar untuk capai capital appreciation? Cuba anda bandingkan area KLCC yang dah matured punya selling price vs Kota Damansara area yang tengah hot dan maju sekarang, mana akan dapat capital appreciation lebih tinggi dalam jangka masa 5 tahun?
Saya sarankan 1 property untuk 1 objektif pelaburan. Jangan campur adukkan.
Soalan yang patut anda tanya diri anda sendiri adalah:
Bank credit akan ‘justify’ pendapatan anda dulu sebelum apa-apa.
Kalau anda makan gaji, wajib sediakan slip gaji bulanan ( paling kurang latest 3 bulan ).
Kalau anda buat bisnes sendiri, anda kena sediakan jumlah cukai yang dah bayar, bank statement syarikat, hingga jumlah simpanan yang ada dalam bank.
Berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan? Ada yang negative sebulan. Ada yang boleh simpan RM 1,000 sebulan. Of course la lebih banyak lebih sihat cashflow.
Bulanan simpanan atas RM1,000 kita cakap ‘ healthy ‘. Simpanan bawah RM600 kira ‘weak’ monthly savings. Ini bank panggil NDI (net disposable income).
Bila anda ada banyak simpanan, ini akan dianggap sebagai back up yang kuat. Bank suka benda ni sebab potensi anda tak bayar hutang adalah tipis. Bank akan consider anda ni low risk.
Simpanan dalam bentuk unit ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit, emas fizikal atau simpanan cash dalam bank. (Aset mesti yang mudah dicairkan kepada cash dengan cepat bukan jenis aset lambat). Emergency fund sebelum melabur dekat hartanah saya suggest paling kurang 6 bulan dari total komitmen anda.
Contoh:
Komitmen bulanan = RM 2,000 dan jumlah aset yang anda boleh liquidkan ada RM 20,000
Maka minimum emergency fund
= 6 bulan x RM 2,000
= RM 12,000
Maka cash yang boleh asingkan untuk pelaburan adalah:
= RM 20,000 – RM 12,000
= RM 8,000
Kat bahagian ni, saya nak kongsikan formula kiraan yang biasa bank gunakan untuk kira jumlah pinjaman yang layak terima.
Bank pakai kiraan yang dipanggil DSR (Debt Service Ratio).
Formula asas untuk kiraan DSR adalah seperti berikut:
DSR = (hutang bulanan (bahagi) pendapatan bulanan) X 100
Gunakan hutang yang terkandung dalam sistem CCRIS saja tau. Perbelanjaan lain seperti insurans, living expenses, hutang kawan atau beri duit kat ibu bapa tak dikira
Contoh, kita gunakan case study seperti bawah:
Pendapatan bulanan gaji bersih = RM 4500
Ansuran bulanan kereta = RM 900
Ansuran bulanan hutang peribadi = RM 700
Ansuran bulanan kad kredit (ambil 5% dari outstanding balance)= RM 250
Total keseluruhan = RM1,850
Jadi, cara kira DSR adalah:
(RM1,850 / RM4,500) X 100% = 41.1 %
Andai kata anda nak beli rumah hartanah yang RM 500,000 yang bayaran bulanannya RM 1,980. Untuk kira DSR selepas pinjaman, masukkan ansuran bulanan ke dalam kiraan DSR:
(RM1,980 + RM1,850 / RM4,500) X 100% = 85%
DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Tapi, ia berubah-ubah mengikut bank dan income band anda.Dengan merujuk contoh kiraan kat atas ini, permohonan anda high chance ditolak oleh pegawai bank. Sebab ia jauh daripada kadar yang dibolehkan.
Anda wajib sediakan deposit untuk membeli rumah. Paling minimum duit booking fees dan renovation pun kena sediakan kan?
Kalau anda beli subsale/ lelong, anda sediakan paling kurang 10% sebagai duit down payment dan 3% yuran peguam.Kalau anda beli undercon, ia tertakluk kepada rebate atau discount yang diberi daripada developer.
Sebelum bersedia untuk membeli rumah secara teknikal, kos kos anda kena sediakan kalau dia tak termasuk dalam ‘package’:
• Bayar kos peguam,
• Bayar duti setem,
• Kos Sales & & Purchase Agreement (SPA), serta lain-lain yang berkaitan eg insurans.
Nak beli rumah ni memang bukan boleh tangkap muat je. Harap anda boleh dapat manfaat daripada perkongsian saya ni.
Nak dapatkan Checklist Semak – 7 Kriteria untuk Pastikan Loan Anda Lulus?
KLIK GAMBAR DI BAWAH INI SEKARANG