Lebih kurang 35% permohonan pinjaman ditolak bank dari Januari hingga Jun tahun 2015.
Dan jumlah ini meningkat sebanyak 6% berbanding tahun lepas.
46% pula ditolak untuk permohonan loan rumah berharga RM250,001 hingga RM500,000.
Dan 19% permohonan ditolak untuk rumah berharga RM700,000 hingga RM1 juta.
Ini antara punca-punca serius kenapa bank tolak permohonan loan rumah korang:
• Pendapatan korang tak mencapai standard yang bank tetapkan.
• Korang ada sejarah kredit yang teruk.
• Dokumen yang bank perlukan tak cukup.
Apa sebenarnya yang bank harapkan daripada anda untuk luluskan loan?
Mengikut kajian Tok, ramai yang kantoi sebab tak tahu cara kira kemampuan kewangan masing-masing sebelum buat permohonan.
Perkara ni berkait rapat dengan prestasi CCRIS dan CTOS korang.
Senang je nak jadikan bank seperti kawan baik korang. Ini 5 perkara yang korang boleh buat, pada masa yang sama, tingkatkan potensi permohonan loan korang supaya senang lulus.
Senang je bila berhutang ni. Kalau dah tahu berhutang, kenalah bayar balik.
Bank cukup suka berurusan dengan orang yang tak banyak berhutang. Tapi, jangan sampai tahap tak pernah buat hutang langsung. Wajib ada rekod ini kalau nak bank luluskan loan.
Antara hutang yang korang boleh buat adalah:
Macam mana segala hutang ni bagi kesan kat laporan CCRIS korang?
Kalau ada yang terkantoi bayar hutang kat atas ni, CCRIS korang akan ditanda dengan nombor seperti “1,” “2,” “3,” dan seterusnya.
Dan nombor-nombor ini menggambarkan berapa lama korang kantoi bayar hutang tu. Kalau sebulan, akan ditanda nombor “1,” dan seterusnya.
Kalau banyak sangat nombor ni, memang harapan la bank nak lepaskan permohonan korang.
Sejarah kredit kita berfungsi sebagai petunjuk dan bukti kepada bank.
Ini alat yang buktikan sama ada korang seorang pembayar hutang yang baik atau culas.
Bank akan rujuk 2 sumber utama ni untuk dapatkan maklumat pasal disiplin korang dalam membayar balik hutang:
Tok cadangkan korang amalkan bayar hutang tepat pada masanya dan bayar hutang tu secara lump sum.
Selagi korang buat ini, korang tak payah risau apa-apa. Dan sila periksa laporan ini dari masa ke semasa. Lagi-lagi sebelum korang apply loan.
Kalau ada yang tak cantik (dalam CCRIS), cepat-cepat ambil tindakan segera dan baiki benda ni sebelum buat sebarang permohonan.
Bertambah-tambah cun kalau korang elakkan buat sebarang hutang baru sebelum buat application loan rumah.
Tok ada pesan kat atas tadi:
“Jangan sampai tahap tak pernah buat hutang langsung. Wajib ada rekod ini kalau nak bank luluskan loan.”
Takde sebarang sejarah kredit pun bahaya jugak. Perkara ni seteruk seperti mempunyai sejarah kredit yang lemah.
Selagi bank takde sebarang bukti yang korang ni seorang pembayar hutang yang baik, selagi tu harapan korang untuk lulus loan adalah rendah.
Tok nak korang bagikan sepenuh perhatian kat perkara ni. Especially golongan siswa dan siswazah yang baru nak mula bekerja.
Kalau takde sebarang rekod kredit, korang boleh je mulakan dengan memohon kad kredit, dan pastikan baki korang sentiasa rendah.
Dan bila pinjam duit, buat pembayaran penuh setiap kali. Baru bank sejuk mata pandang CCRIS korang.
Kadar had pinjaman kad kredit yang tinggi bukan lesen besar untuk korang pinjam banyak duit kat bank.
Bank cukup tak suka tengok rekod macam ni kat dalam CCRIS korang.
Ini ada satu maklumat menarik yang Tok baca. Ada pakar kewangan di US cadangkan untuk guna kad kredit tak lebih 50% daripada had yang bank tetapkan.
Kalau korang berjaya kekalkan disiplin dalam penggunaan kad kredit (tak lebih 50% daripada had), memang tak mustahil loan korang tu senang gila nak lulus.
Cuba sedaya upaya untuk dapatkan nombor “0” dekat bahagian kad kredit. Dan sentiasa berpada-pada gunakan kad kredit setiap masa.
Bila korang gabungkan pendapatan dengan orang rumah, DSR korang berdua akan meningkat.
Nampak tak game dia kat situ?
Bila DSR korang tinggi, lebih tinggi peluang loan korang senang lulus. Kat sini, korang juga dapat tingkatkan jumlah pinjaman loan.
Bank akan kira kelayakan korang, sama je macam nak kira DSR untuk permohonan secara solo.
Cuma kali ni, korang ada peluang untuk lulus yang lebih tinggi berbanding tanpa sebarang gabungan pendapatan.
Takpe. Tok dah siapkan eBook berjudul “Strategi Confirm Lulus Loan Rumah” yang best ni untuk korang.
eBook ni sesuai untuk korang yang:
• Baru pertama kali dan langsung takde pengalaman membeli rumah sebelum ni.
• Dah cuba memohon, tapi kena reject dengan bank (paling kurang sekali).
• Tak tahu jenis-jenis dokumen yang korang wajib sediakan untuk bank.
• Tak reti macam mana nak mulakan langkah pertama untuk beli rumah.
• Nak tahu format mudah nak sediakan dokumen untuk apply loan rumah dekat mana-mana bank di Malaysia.
Lepas dah habis baca dan amalkan segala ilmu dalam eBook ni,
Tok boleh gerenti 100% loan korang boleh lulus (dengan syarat, korang buat segala benda yang Tok kongsikan tu).