Korang tahu tak?
Hampir RM60 bilion harta pusaka masih tak dituntut sehingga hari ni (klik sini untuk baca). Bilion tau. Bukan sikit jumlah ni.
Alasan yang banyak Tok dengar adalah:
“Saya tak tahu cara nak buat wasiat macam mana.”
Dah kalau tak tahu, kenalah belajar dengan orang yang tahu. Tok percaya korang semua dah tahu jawapan soalan ni.
Jemput baca perkongsian Cikpuan Ros Shila ini sekarang. In Shaa Allah, korang akan faham dan tahu apa yang korang perlu buat.
Statistik Trafik pada 2006 hingga Disember 2015 menunjukkan seramai 34,766 belia berumur antara 18 hingga 24 tahun maut di jalan raya.
Ini baru statistik kemalangan maut di jalan raya. Belum masuk lagi statistik untuk kes lain.
Data ini buktikan yang umur muda juga tak terkecuali untuk menemui ajal. Perkara ni jelas berada dalam luar kawalan kita.
Sebab tu, kita patut tumpukan perhatian dalam hal membuat perancangan harta yang baik. Tua atau muda bukan soalnya.
Amat sedih bila saya baca data survei yang dibuat (responden berumur antara 24 hingga 30 tahun)
Seramai 70% tak kisah langsung sebab rasa umur mereka terlalu muda untuk membeli hartanah. 20% pula menyatakan mereka belum ada harta walaupun dah memiliki rumah.
Dan baki 10% lagi adalah golongan yang berikan alasan yang remeh seperti tak tahu, kos tinggi, tak kisah langsung atau tak penting.
Dalam artikel ini, saya akan jelaskan apa yang akan terjadi kepada aset, terutama sekali rumah, apabila seseorang itu meninggal dunia atau mati.
Cuma, penerangan ini lebih tertumpu kepada penganut agama Islam, sebab ia lebih rumit berbanding bukan Islam yang tak terikat dengan isu dosa dan halal haram.
Kenapa proses tuntutan akan memakan proses yang lama, dan juga menelan kos yang agak tinggi?
Saya juga akan kupas bagaimana aset akan terbeku, serta cara penyelesaian terbaik untuk rumah dan bangunan komersil supaya tak dibekukan dan jadi rebutan.
Secara ringkas, semua harta akan terbeku sehingga waris mendapat surat mentadbir (surat probate) setelah melalui tuntutan pusaka.
Dan proses tuntutan pula mesti merangkumi semua harta si mati, buka sesuka hati tuntut satu persatu.
Harta terbahagi kepada 2 jenis:
Semua rakyat Malaysia, tak kira sama ada Islam atau bukan Islam, muda atau tua, kaya atau miskin, semua akan berdepan dengan proses tuntutan pusaka terlebih dulu, sebelum harta tu diagih atau diturun hak milik.
Harta di bawah RM2 juta perlu kita failkan di Pejabat Pusaka Kecil. Manakala bagi harta yang melebihi RM2 juta pula, kita perlu failkan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Harta dalam bentuk duit yang takde penama di bawah RM600,000 pula boleh dituntut di Amanah Raya Berhad.
Hartanah dalam bentuk rumah atau bangunan komersil yang berada dalam radius kawasan yang bagus, ada potensi tinggi untuk menjangkau nilai melebihi RM2 juta.
Kos tuntutan di Mahkamah Tinggi amat tinggi untuk waris kerana mereka perlu melantik peguam probate sendiri, dan dapatkan 2 bon penjamin yang mempunyai harta sama nilai dengan si mati atau lebih.
Sehingga tahun lepas, statistik merekod kos peguam meningkat naik hampir 400%.
Proses tuntutan harta boleh memakan masa selama bertahun lamanya. Malah ada kes yang makan puluhan tahun.
Cabaran utama proses tuntutan adalah:
Untuk orang Islam, sistem Faraidh, pemuafakatan, dan hibah akan digunakan.
Bagi yang bukan Islam pula, tertakluk kepada Akta Pembahagian 1958.
Bermakna, agak remeh untuk menguruskan harta pusaka bagi penganut agama Islam. Ini sebab ia melibatkan soal hukum halal haram memakan hak orang lain.
Waris perlu dapatkan sijil Faraidh di Mahkamah Syariah dan memilih sama ada untuk membuat pembahagian mengikut sistem Faraidh atau permuafakatan.
Kalau ada buat wasiat, dan ada waris yang tak bersetuju dengan wasiat si mati, secara automatik pembahagian akan dibuat mengikut sistem Faraidh.
Mengikut statistik yang diperoleh kat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) terkini, ia menunjukkan hampir RM70 bilion harta terbeku.
Banyak kes dalam statistik tu adalah sebab waris tak mampu nak menuntut harta pusaka, serta tak tahu bagaimana untuk buat tuntutan sebab waris masih di bawah umur atau terlalu tua.
Adakah korang nak tergolong sebagai penyumbang kepada statistik ini?
Duit berpenama seperti KWSP, Tabung Haji, Unit Amanah, Takaful, joint account, dan Koperasi tak akan terbeku.
Penama boleh keluarkan duit tu tanpa masalah.
Manakala duit yang takde penama seperti simpanan, Unit Amanah, CDS Akaun, ASB, dan mana-mana simpanan yang tak boleh di letak penama akan terbeku.
Kalau jumlah simpanan tu kurang daripada RM600 ribu, maka duit tu akan dituntut di ARB (Amanah Raya Berhad).
Manakala, kalau kes melibatkan jumlah melebihi RM600 ribu, ia akan melibatkan Mahkamah Tinggi.
—
Maaf. Tok tak nak bagi sekali panjang sebab nak korang hadamkan betul-betul perkongsian kali ni. Ini topik berat dan serius. Dan Tok tak nak korang main-main bila baca ya.
Masalah ni masih berlarutan hingga ke hari ni. Dan kalau kita masih berkeras tak mahu belajar cara uruskan harta pusaka dan wasiat dengan betul, buruk padahnya nanti.
Tok tak nak korang bertangguh lagi ya. Kalau tak tahu macam mana nak buat, belajar dengan orang yang tahu sekarang.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]