

Hari ni Tok nak buka cerita sikit, santai-santai sambil hirup kopi O. Tok perhati ramai anak muda sekarang, terutamanya golongan belia yang baru nak bertapak dalam kerjaya, asyik mengeluh pasal harga hartanah. Ada yang kata, “Tok, macam mana la saya nak beli rumah pertama? Gaji saya tiga ribu, harga rumah tiga ratus ribu, sampai kiamatlah saya menyewa.”
Hish, jangan cakap macam tu. Putus asa tu bukan sifat anak jantan dan srikandi kita. Sebenarnya, kerajaan dan pihak berkuasa perumahan dah nampak beban korang ni.
Ya, Tok faham zaman sekarang ni, kalau kita tengok harga hartanah, memang boleh luruh jantung. Inflasi makin tinggi, harga simen pun dah naik. Sebab itulah masuk tahun 2026 ni, banyak inisiatif dan skim yang diperkemas untuk pastikan korang mampu beli rumah pertama.
Jadi, untuk korang yang bercita-cita nak ada rumah, korang kena bijak manfaatkan skim yang ada. Berikut adalah senarai skim yang korang patut intai tahun ni:
Skim ni sebenarnya dah lama, tapi tahun 2026 ni ia diberi nafas baru. Tok faham, masalah utama belia bukannya tak mampu bayar bulan-bulan, tapi nak kumpul duit deposit 10% tu yang seksa. Bayangkan rumah harga RM300,000, deposit dah RM30,000. Mana nak cari?
Dengan SRP, bank terpilih akan bagi pinjaman sehingga 110%. Eh, kenapa 110% Tok? Sebab 100% tu untuk harga rumah, lagi 10% tu untuk bantu korang bayar kos guaman dan insuran perumahan (MRTT/MLTT). Jadi, korang masuk rumah bawa baju je, deposit tak payah pening kepala.
Khusus untuk anak buah Tok yang cari rezeki kat bandar besar macam Kuala Lumpur, Putrajaya, atau Labuan. Tok tahu, sewa bilik kat KL pun dah RM800. Baik korang beli RUMAWIP. Tahun 2026 ni, reka bentuk RUMAWIP dah makin moden, siap ada gimnasium dan kolam renang yang setanding kondominium mewah.
Harganya dikawal selia, biasanya sekitar RM300,000 ke bawah. Untuk unit 3 bilik dengan fasiliti kondominium, ini memang berbaloi untuk beli rumah pertama.
Kalau korang amalkan gaya hidup berjimat, ansuran bulanan dalam RM1,200 ke RM1,400 tu masih mampu milik berbanding bayar sewa yang akhirnya jadi milik orang lain.
PR1MA sekarang ni bukan lagi buat rumah kat tengah hutan atau kawasan ceruk. Strategi terbaru mereka adalah Transit Oriented Development (TOD). Maksudnya, rumah korang tu bersambung terus atau jalan kaki je ke stesen LRT, MRT, atau pengangkutan awam bas.
Untuk belia yang baru nak beli rumah pertama, ini sangat penting. Korang boleh jimat kos kereta. Tak payah beli kereta mahal, pakai pengangkutan awam je pergi kerja. Duit minyak dan tol tu boleh buat bayar ansuran rumah. Bijak tak?
Ha, tambahan untuk korang. Tok tahu ramai anak muda sekarang ni tak suka kerja ofis 9 ke 5. Ramai yang buat Grab, FoodPanda, Freelancer, atau jadi Content Creator. Masalahnya, bila nak pergi bank, bank minta slip gaji. Korang mana ada slip gaji!
Hah, kat sinilah SJKP main peranan. Kerajaan bertindak sebagai penjamin kepada bank. Asalkan korang boleh buktikan ada pendapatan masuk dalam akaun bank secara konsisten, korang layak memohon. Ini peluang keemasan untuk golongan ekonomi gig beli rumah pertama.
Nak tahu lebih lanjut tentang skim ni, Tok ada tulis di sini.

Tok nak pesan, walaupun ada skim, bukan bermakna korang boleh main redah je. Ada beberapa perkara yang korang kena jaga. Tok tak nak korang tersilap langkah. Membeli rumah ni komitmen 30 hingga 35 tahun. Bukan macam beli baju kat Shopee, kalau tak muat boleh pulangkan.
Sebelum korang melangkah ke galeri jualan, semak dulu DSR korang. Bank akan tengok berapa banyak hutang korang berbanding gaji. Kalau gaji RM3,000, tapi hutang motor ada, hutang iPhone ada, hutang kad kredit ada… bank akan geleng kepala.
Tok nasihatkan, pastikan total hutang korang (termasuk rumah baru nanti) tak lebih 60% daripada gaji bersih. Kalau lebih, korang akan rasa sesak nafas setiap kali hujung bulan.
Bila sebut pasal nak beli rumah, orang cuma nampak harga rumah. Tapi ada “hantu-hantu” kecil yang korang kena sediakan duit:
Ringkasnya, jaga 3 perkara di bawah ini, okay?

Tahun ni, kawasan seperti Sepang, Nilai, Puncak Alam, dan sempadan Rawang tengah rancak. Walaupun nampak jauh dari KL, tapi akses lebuh raya dah makin banyak. Untuk belia, kawasan ni masih menawarkan harga yang masuk akal.
Satu lagi perkara, jangan beli rumah semata-mata sebab ia murah. Dulu ada pesanan sebegini, “Lokasi, Lokasi, Lokasi!” Sekarang, lebih kepada “Connectivity, connectivity, connectivity!”
Kalau korang nak beli rumah pertama, cari kawasan yang sedang membangun dan lebih baik jika ada TOD (dekat dengan LRT, MRT atau pengankutan awam).
Contohnya kawasan yang bakal ada lebuh raya baru, hospital, atau universiti. Kenapa? Sebab kalau satu hari nanti korang nak pindah atau nak jual rumah tu, nilainya dah tinggi. Itu namanya pelaburan.
Banyak permohonan kena reject bukan sebab tak mampu, tapi sebab dokumentasi bersepah. Nak beli rumah pertama ni kena kemas.
Korang juga boleh buat semakan projek perumahan berlesen di portal rasmi KPKT. Jangan sesekali beli rumah dari broker bawah pokok ceri yang janjikan bulan dan bintang tapi geran tak ada. Bahaya!
Panjang lebar dah Tok bebel ni. Harapnya korang dapat tangkap apa yang penting. Beli rumah pertama memang nampak menakutkan, tapi ia adalah langkah paling bijak untuk menjamin masa depan.
Bayangkan masa tua nanti, korang dah tak payah pening fikir pasal sewa rumah. Ada tempat berteduh yang sah milik sendiri.
Ingat, jangan bertangguh. Makin lama korang tunggu, makin jauh rumah tu “terbang” ke pinggir bandar. Mulakan dengan menyimpan sikit demi sikit. Buang tabiat beli kopi mahal hari-hari, simpan duit tu untuk masa depan.
Semoga impian korang nak miliki kunci rumah sendiri tahun 2026 ni tercapai. Tok doakan korang semua berjaya!
