Tok yakin semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Tak kisahlah nak duduk sendiri ataupun untuk pelaburan. Terpulang kepada perancangan masing – masing.
Nak beli rumah ni bukan kos booking je yang anda kena ambil kira. Ada banyak lagi kos yang anda kena tahu.
Ramai yang masih terlepas pandang akibat kurang lagi ilmu hartanah.
Kalau anda serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat anda.
Sebelum beli rumah pertama anda tu, jemput baca perkongsian menarik Tuan Ruzmayuddin tentang kos yang anda perlu tahu ni. Semoga bermanfaat.
–
Membeli rumah sendiri mungkin menjadi impian setiap individu, khususnya golongan muda yang baru memulakan kehidupan. Ada yang bercadang nak beli rumah ‘landed’ dikelilingi taman yang indah dan tak kurang juga yang berhasrat untuk membeli rumah ‘servis apartment’ yang lengkap dengan kolam renang, gymnasium dan pelbagai fasiliti bertaraf hotel 5 bintang. Namun disebalik keseronokan membeli rumah impian itu, ada dikalangan kita yang
terlepas pandang kos-kos terlibat lebih-lebih lagi kos-kos selepas memperolehi kunci rumah idaman tersebut.
Hari ini saya ingin berkongsi kos-kos yang terlibat selepas mendapatkan kunci rumah idaman:
Apabila selesai proses serahan kunci daripada pemaju kepada kita, kebanyakan rumah yang diserahkan hanyalah rumah kosong tanpa lampu, kipas dan keperluan lain. Tidak dinafikan mungkin ada pemaju yang bermurah hati memberikan sedikit ‘hadiah’ seperti penyaman
udara atau kabinet dapur, namun kebanyakan pembeli masih perlu mengeluarkan kos yang agak besar untuk proses renovasi seperti grill, lampu-lampu, kipas dan juga plaster ceiling.
Kos ini tidak termasuk lagi jika kita mengupah ‘interior designer’ untuk mengindahkan rumah
idaman kita. Membeli rumah mungkin sekali seumir hidup bagi sesetengah orang, tak salah berbelanja besar tapi pastikan sediakan kewangan secukuonya.
Bab cukai ini mungkin ramai yang tak tahu atau mungkin memandang enteng perkara ini. Mungkin menganggap rumah kita kenapa perlu kita membayar cukai lagi. Namun ade 3 cukai utama yang perlu dibayar oleh pemilik kediaman samada kediaman jenis individu ataupun jenis strata.
Cukai jenis ini biasanya dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada pemilik kediaman dan biasanya perlu dibayar setiap 6 bulan. Kadar bayaran cukai ini tertakluk kepada perkiraan PBT dan kosnya adalah berbeza bagi jenis rumah dan tempat kediaman. Sebagai contoh, kediaman di Kuala Lumpur adalah dibawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Cukai jenis ini pula dikenakan oleh pihak berkuasa negeri kepada setiap pemilik kediaman dan perlu dibayar sekali setahun. Kadar cukai ini ditentukan oleh pihak berkuasa negeri dan kadar taksiran bagi cukai ini berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh kadar taksiran cukai tanah
di Kuala Lumpur perlu dibayar kepada Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cukai jenis ini pula dikenakan kepada pemilik hartanah jenis strata seperti pemilik rumah kediaman jenis kondominum atau apartment (namun ade juga rumah diatas tanah yang diklasifikasikan sebagai hartanah jenis strata). Bagi hartanah jenis ini, pada asalnya cukai tanah dicajkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB), namun bermula 2018, cukai petak telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggantikan cukai tanah bagi pemilik kediaman jenis strata. Melalui cukai petak ini, caj berasingan akan terus dikenakan kepada pemilik
kediaman dan bukan lagi kepada JMB.
Bagi kediamanan jenis strata seperti service kondominim, maintenance fees atau yuran penyelenggaran adalah antara bayaran yang perlu diambil kira bagai setiap pemilik kediaman yang baru memiliki rumah. Bayaran yuran ini berbeza bagi setiap jenis kediaman dan kebiasaannya dikira mengikut saiz rumah kita dan perlu dibayar pada setiap bulan. Duit dari yuran ini akan digunakan oleh JMB untuk menyelenggara dan memastikan fasiliti sentiasa dalam keadaan terbaik. Jadi, jangan culas untuk membayar yuran ini!
Bagi hartanah jenis landed & dilengkapi dengan gated dan guarded pula, kebiasaannya yuran penyelenggaraan seperti landskap dan pengawal keselamatan juga perlu dibayar setiap bulan bagi memastikan kediaman kita sentiasa selamat dan indah dipandang mata.
Takaful kebakaran antara kos yang sering diabaikan oleh pemilik kediaman yang baru memiliki kediaman mereka. Tidak dinafikan ketika membeli rumah memang kita ada membayar cukai Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), namun harus diingat cukai ini tidak melindungi
kediaman kita daripada bencana seperti kebakaran mahupun bencana alam. Ingat, malang tidak berbau, pastikan rumah kita dilindungi dengan takaful kebakaran dan bencana sebaik sahaja kita memiliki rumah kediaman sebelum kita menyesal di kemudian hari. Takaful seperti ini kebiasaannya perlu diperbaharui setahun sekali.
MOT ialah dokumen yang perlu ditandatangani oleh pemilik hartanah baru (strata atau individu) untuk memindahkan milik hartanah tersebut dari pemaju (atau pemilik lama). Walaupun MOT pada dasarnya ialah sebuah dokumen namun perkara yang selalu terlepas
pandang ialah kos duti setem yang dikenakan keatas dokumen tersebut.
Secara asasnya, duti setem bagi penjualan pindah milik hartanah dihitung berdasarkan harga jualan kediaman yang dimiliki. Disamping itu, jika pinjaman telah diambil untuk membiayai pembelian hartanah tersebut, duti setem yang perlu dibayar adalah pada kadar sama rata iaitu 0.5% jumlah pinjaman. Berikut adalah anggaran duti setem yang perlu dibayar bagi rumah yabg berharga RM400,000
Katakan anda membeli hartanah bernilai RM400, 000 dan membuat pinjaman
RM360,000. Jumlah duti setem yang perlu anda bayar adalah:
(RM100,000 pertama x 1%) + (RM400,000 berikutnya x 2%) + (RM360,000 x 0.5%)
= (RM1,000 + RM8,000) + (RM1,800)
= RM9,000 + RM1800
= RM10,800
Memiliki kediaman baru adalah tidak lengkap jika utiliti asas seperti TNB, bekalan air dan Indah Water tidak diuruskan dengan sempurna. Memang tidak dinafikan utiliti asas seperti ini ada diuruskan oleh pemaju bagi perumahan dalam pembinaan namun ada juga proses penukaran nama dan pendaftaran utiliti asas perlu diuruskan oleh pembeli rumah itu sendiri.
Sebagai contoh kos deposit untuk pendaftaran TNB bagi sebuah unit kondominium ialah sebanyak RM700 & untuk teres 2 tingkat ialah sebanyak RM1200. Ini baru TNB, tidak dikira lagi kos pemasangan astro ataupun internet. Maka perlulah kita menyimpan duit secukupnya sebelum kita mendapat kunci rumah idaman kita.
–
Memang tak dinafikan kos untuk memiliki dan menjaga rumah adalah agak tinggi. Namun tahukah tuan-puan, ada caranya untuk kita meminimunkan kosyang perlu dikeluarkan. Nak belajar bagaimana membeli rumah untuk tinggal sendiri mahupun pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah dan malah ada lebihan duit untuk menampung kos-kos selepas mendapatkan kunci? Jom belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah setiap Ahad.
Klik dan register terus di link ini
Webinar Hartanah Percuma(by invitation only)
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]