PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 tip untuk pelabur hartanah newbie. No. #9 wajib buat kalau nak jana untung

Korang baru nak mulakan langkah sebagai pelabur hartanah?

Tok percaya, ramai yang pasang impian nak jadi pelabur hartanah.

Tapi masalah biasa adalah mereka tak tahu nak mula kat mana.

Takpe, korang boleh chill dan tak perlu risau. Ini, Tok ada 9 tip yang boleh korang hadamkan sebagai permulaan.

Tok dapat ilmu ni kat blog BiggerPockets.

Tip #1: Elak ikut rentak orang lain

Tak usah membuta tuli mendengar dan ikut kata orang lain.

Apa yang saya buat (atau orang lain buat), tak semestinya sesuai dengan situasi korang sendiri.

Kalau tak jadi nanti, korang juga yang susah. Dan korang akan salahkan orang yang bagi nasihat dan pandangan mereka tu.

Salah satu sebab adalah tak semua orang bermain dalam pasaran hartanah yang sama. Ada yang nak beli rumah lelong. Ada yang nak beli undercons. Dan ada juga yang nak beli rumah sub-sale.

Dan dalam setiap pasaran ini, permainannya sangat berbeza. Yang penting, cari dan aplikasi ilmu yang strategi yang berkesan untuk korang gunakan, serta berguru dengan orang yang betul.

Tip #2: Sentiasa buru ilmu hartanah

Sekarang ni, cukup senang nak dapatkan maklumat tentang pelaburan hartanah.

Korang boleh je gunakan bantuan pakcik Google, atau sebarang medium lain yang membantu dalam hal ini.

Kan dah ada banyak blog, podcast, perkongsian ilmu di Facebook oleh pakar hartanah daripada pelbagai pasaran (undercons, sub-sale, dan lelong)?

Bab podcast pula, korang boleh layari laman web BiggerPockets (podcast ni dalam bahasa Inggeris tau. Jangan cakap Tok tak bagitahu. Hehe).

Oh ya, dan semua podcast yang ada dalam tu adalah percuma.

Tip #3: Tak perlu jadi “profesor serba tahu”

Ingat tau perkara ni.

Korang tak perlu jadi serba tahu pun bila nak mula melabur dalam hartanah. Sebenarnya, dengan ilmu yang sikit tu pun, dah banyak tindakan yang korang boleh buat.

Yang korang perlu tahu adalah tentang satu niche (yang korang nak buat). Contohnya, korang nak beli hartanah pasaran sub-sale.

Tumpukan 100% perhatian dan fokus kat pasaran ni je. Tapi yang lain-lain tu, jangan pula korang abaikan terus. Ambil sikit-sikit, tapi tumpukan perhatian lebih kat pasaran sub-sale.

Ilmu yang banyak, kalau kita tak gunakan, pun tak guna juga. Kan dah membazir ilmu tu. Dan membazir tu amalan siapa?

Tip #4: Pelaburan hartanah bukan tempat bersaing

Pelaburan hartanah bukan macam sukan (tempat berdaya saing).

Lagi bagus kalau korang rajin refer orang yang lebih berpengalaman sebelum apa-apa hal. Tak salah pun minta bantuan orang lain.

Kan boleh tipiskan masalah besar kemudian hari nanti. Setuju?

Berusaha membina hubungan baik sesama pelabur yang korang kenal. Belajar daripada mereka yang dah ada banyak pengalaman.

Bila dah ada networking yang baik, korang pasti akan dapat banyak peluang yang baik. Mana tau, ada yang korang kenal nak jual harga rumah bawah pasaran. Dan korang jadi antara orang yang terawal yang tahu.

Tip #5: Ajak orang rumah join bersama

Korang boleh je ajak pasangan dan berganding bahu dengan mereka dalam pelaburan hartanah.

Dan bagi yang belum berkahwin, korang tak payah risau pasal ni dulu. Fokus 100% untuk membina kekayaan daripada awal. Tapi kalau dah ada rezeki nak kahwin, tak usah tunggu-tunggu lagi.

Kahwin tu kan pelancar rezeki?

Tip #6: Tulis pelan yang anda nak buat

Tok nasihatkan, sentiasa tulis pelan pelaburan korang.

Dan tak perlu nak tulis secara formal. Cukup sekadar korang faham apa yang korang tulis tu.

Penting untuk kita tulis perkara ni sebab ia buatkan lebih jelas tentang perjalanan pelaburan korang. Dan kita kan manusia biasa? Ada tendency untuk terlupa.

Pelan macam mana korang nak capai matlamat pelaburan korang tu. Ke mana korang nak pergi? Apa yang perlu korang lakukan untuk capai objektif tu?

Kalau tak ada peta, senang untuk kita sesat jalan.

Tip #7: Buat kira-kira

Bila masuk bab kira-kira (tak kira kira untung pelaburan, atau lain-lain yang berkaitan), buat dengan sepenuh hati ya.

Anggap kiraan ini seperti nyawa, dan kejayaan pelaburan korang bergantung 100% kat kiraan itu.

Kat sini, baru korang boleh kenal pasti ROI (Return of Investment), membuat unjuran (projection), dan juga merangka back-up plan kalau berlaku kejadian yang tak best.

Tip #8: Tabahkan hati dan perasaan

Korang pasti akan berdepan dengan masalah, tekanan, drama, dan macam-macam lagi.

Ada yang seronok untuk korang hadap. Ada juga situasi yang boleh buatkan korang moody sepanjang hari.

Tak usah terkejut. Strategi yang paling bagus adalah menjangkakan hal-hal ini akan berlaku, sama ada kita suka atau tak.

Terima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka, dan luangkan masa dan tenaga untuk fikirkan apa yang korang boleh buat untuk atasi sesuatu masalah itu.

Anggap masalah sebagai sebuah teka-teki yang korang wajib uruskan (selesaikan), bukan bermaksud the end of the world.

Tip #9: Mentaliti seorang pelabur yang berjaya

Sentiasa anggap pelaburan korang tu sebagai sebuah entiti bisnes, bukan sebagai hobi.

Wujudkan sistem, proses, dan peraturan yang mengawal gerak kerja korang. Dan tak salah untuk ubah semua perkara ini daripada masa ke semasa.

Ada kala, gerak kerja yang lama tak sesuai untuk kita adaptasikan pada situasi yang baru. Kalau ada yang perlu korang tukar, tukar je.

Cuma, pastikan ia bantu korang mencapai matlamat korang. Itu je.

SOP (Standard Operating Procedure) boleh bantu korang buat kerja dengan lebih efisyen. Syarikat besar, semua ada benda ni dalam organisasi mereka. Dan korang pun patut buat yang sama.

Biasalah. Bagi yang pertama kali nak buat, ada perasaan takut yang akan cuba halang kita daripada bertindak.

Tapi, percayalah cakap Tok. Sekejap je korang rasa macam tu.

Lepas dah lepas buat tindakan pertama nanti, korang dah takde masalah nak buat tindakan dan lebih berani lepas ni.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *