Rasanya kita sendiri pun biasa dengar, tiap hujung bulan je ramai yang masuk dalam mod ‘miskin’ mereka sementara nak dapat gaji.
Bila dah serba serbi tak cukup tu, masa tu lah kita sendiri yang jadi detektif, dok mencari jawapan kepada soalan macam
Walhal dalam kita tak sedar, ‘toyol’ tu sebenarnya diri kita sendiri yang tak boleh kawal tabiat berbelanja kita sendiri.
Tapi sabar, jangan dok menyesal dulu. Kalau korang nak selesaikan masalah ni, Tok nak kongsi tip Lianne Martha Maiques Laroya ni, untuk korang kenal pasti tabiat berbelanja mana yang korang kena elakkan.
Nak naikkan taraf hidup tu tak ada masalah, asal kita sendiri tahu kapasiti kita tu takat mana.
Tapi, tak bermakna setiap kali gaji kita naik, sikap berbelanja kita pun kena ikut sama. Kalau kita jenis orang yang selalu mencari cara atau alasan baru untuk berbelanja, sikap ini kelak akan susahkan kita satu hari nanti.
Ini lebih teruk kalau gaji masih kat paras yang sama, tapi nafsu berbelanja pula meningkat dan tak kena dengan gaji yang ada.
Elakkan tabiat ini sebab ia jelas tak berikan sebarang faedah. Malah, ia menjadi sebab utama kita tak mampu nak menyimpan setiap bulan.
Cari ilmu dan belajar tahan nafsu berbelanja walaupun gaji kita meningkat dari masa ke semasa. Pada masa yang sama, cari jalan lain untuk tambah pendapatan sedia ada.
Biasanya, orang yang tak berjaya selesaikan masalah adalah sebab mereka pilih untuk tak ambil peduli pasal masalah itu. Ia lebih senang dibuat kan?
Tapi, sikap ini adalah resepi kegagalan yang utama. Dan ia jelas tak elok untuk kewangan kita.
Ramai yang lebih fokus kat keperluan dan kehendak semasa mereka, berbanding menyimpan untuk masa depan yang jauh lebih penting.
Ubah perspektif ini dan mula tambah fokus untuk menyimpan demi masa depan. Tak bermakna kita kena gunakan banyak duit sekarang, kita ada lesen untuk senang-senang abaikan simpanan masa depan.
Nak lebih selamat? Belajar cara buat bajet yang berkesan. Cara ini boleh buatkan kewangan kita lebih selamat dan teratur, dan simpanan juga dapat dibuat tanpa sebarang masalah.
“Aku masih muda lagi. Masa ini kita nak enjoy dan rasa semua benda. Buat apa menyimpan awal-awal?”
Ini adalah skrip biasa yang selalu berkait rapat dengan orang muda. Mereka mudah terbawa-bawa dan tak kisah berbelanja banyak, asalkan dapat puaskan nafsu dan kehendak yang tak berikan sebarang manfaat.
Sebab Tok sayang orang muda (sebab generasi ini akan hadapi kehidupan yang lebih sukar dan mencabar), Tok nasihatkan untuk elakkan gaya fikir (mentaliti) macam ini.
Kita tak rugi apa pun kalau mula menyimpan lebih awal. Malah, ia sangat baik dan berbaloi untuk kita buat.
Walaupun gaji tak banyak, ia bukan alasan untuk kita tak mula menyimpan. Satu cara berkesan untuk elakkan masalah ini adalah dengan ketepikan sebahagian pendapatan untuk disimpan. Dah buat ini, baru belanjakan yang lain.
Ramai yang rasa kita mampu ingat semua perbelanjaan yang dibuat. Mungkin ada orang macam ini, tapi bukan semua orang.
Mungkin lebih mudah nak ingat perbelanjaan yang gunakan banyak gunakan duit kita. Tapi hakikatnya, perbelanjaan kecil yang banyak makan duit kita, sama ada kita sedar atau tak.
Cuba buat kira-kira. Berapa banyak kita belanjakan untuk beli air mineral atau kopi setiap hari? Tak perlu terkejut tengok berapa jumlah yang kita belanjakan untuk perkara macam ini.
Nak elakkan masalah ini? Mudah saja. Amalkan sikap menyimpan resit perbelanjaan yang kita buat. Cara ini buatkan kita lebih peka dan tahu kemana duit kita berlabuh. Baru senang kita nak kesan balik duit kita itu.
Bagi yang jenis malas nak simpan resit banyak-banyak, buat satu jurnal sebagai rekod semua perbelanjaan yang terjadi, tak kira besar atau kecil. Kita boleh kawal kewangan kita dengan lebih baik dengan cara ini.
Kalau itu pun korang malas, bukak je playstore atau apps store. Sekarang ni dah berlambak aplikasi percuma yang boleh track perbelanjaan korang untuk korang rekod sendiri. Malah,kalau korang pakai aplikasi MAE oleh Maybank pun korang boleh nampak duit korang tu ke mana.
Tak salah kalau kita benar-benar perlukan peranti eletronik ini. Tapi, ramai yang anggap ia sebagai satu keperluan yang penting, dan lebih penting daripada simpanan untuk masa depan.
Dan perkara ini (pada pandangan Tok) tak ada hadnya. Ada yang jenis tiap kali keluar gajet model baru, mesti nak beli. Kalau tak, nanti orang lain kata kita ketinggalan zaman pula.
Sikap ini jelas tak berikan sebarang manfaat jangka masa panjang kat kita. Lain cerita kalau kita betul-betul banyak duit. Nak beli semua gajet yang ada kat kedai pun, Tok tak kisah (asalkan dah simpan duit siap-siap).
Kita boleh belajar bezakan perkara yang perlu atau tak, serta tahu beza antara keperluan dan kehendak untuk elakkan masalah ini berlaku.
Kos membeli gajet bukannya murah. Tok tengok rata-rata smartphone baru (model high-end) boleh cecah RM4,000 ke atas. Harga ni boleh beli laptop baru kot. Jadi, selagi tak perlu, pakai saja model lama yang masih lagi elok berfungsi.
—
Nak senang ni bukan senang. Apa-apa hal, kita tukar mentaliti dulu; cakap kat diri sendiri yang simpanan hari ini adalah kesenangan hari esok. Kalau dah ada simpanan, apa-apa hal senang. Takde lah kalau jadi apa-apa emergency nanti korang dok pokai pulak.
Kalau tak boleh mula simpan banyak, tak salah mulakan dengan yang sikit dulu. Bak kata William Shatner:
“Kalau tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang salah, saya tak ingin jadi betul.” (“If saving money is wrong, then I don’t want to be right.”).
Nak tahu lebih lagi tentang cara jana pendapatan dan tips kewangan? Tok cadangkan korang join seminar saudara Faizul Ridzuan ni.
Kat sini banyak ilmu mahal yang akan dikongsi, lebih-lebih lagi untuk korang yang nak beli hartanah. Percuma je dia ajar. Kalau minat, tekan je link bawah ni untuk daftar.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]