Graduan baru pasti suka baca dan amal tip urus duit ini. Senang...

Graduan baru pasti suka baca dan amal tip urus duit ini. Senang nak buat

4415
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau korang berimpian nak beli macam-macam benda lepas dapat kerja nanti, Tok nak minta maaf awal-awal.

Sebab ilmu ni bakal musnahkan impian palsu tu.

Tapi, korang akan dapat idea tentang cara mengukuhkan kewangan untuk jangka masa panjang sebagai ganti. So, korang pilih yang mana satu?

Jom mulakan pagi korang dengan perkongsian Tuan Sobri Kasah ni. Semoga korang dapat banyak manfaat ya.

P/S: Selalunya, nasihat yang nampak simpel itu yang ramai orang malas nak buat.

Mohon buka minda sebelum teruskan bacaan

Walaupun korang graduan universiti, tapi ilmu dan kemahiran mengurus wang tak diajar kat sana.

Sebab tu, hari ini ramai yg bergaji RM5,000 pun masih merungut tak cukup makan.

Ini bukan masalah gaji. Tapi masalah sikap.

Apabila tak mampu nak bezakan antara keperluan VS kehendak, sara hidup SV gaya hidup, ini masalah yang korang terpaksa hadap.

Nak selesaikan masalah ni tak? Kalau ya, teruskan bacaan.

Apa perkara pertama yang patut anda buat?

Yang utama sekali, korang boleh pelan sebarang matlamat yang nak dicapai dalam jangka masa 5 tahun.

Bawah ni antara contoh matlamat yang korang boleh tetapkan:

  • Matlamat #1: Nak ada simpanan tunai sebanyak RM100,000,
  • Matlamat #2: Beli rumah untuk tujuan pelaburan,
  • Matlamat #3: Simpan duit untuk kahwin,
  • Matlamat #4: Nak pakai kereta.

OK. Berikut adalah tip simpel yang saya selalu share dengan klien saya dari kalangan anak muda dan graduan baru berkerja.

Tip #1: Kebalkan diri daripada jerangkap hutang tak baik

Antara jenis hutang dalam kategori ni adalah:

  • hutang kad kredit,
  • hutang kereta,
  • pinjaman peribadi (personal loan), dan lain-lain yang berkaitan.

Dah banyak perkongsian pasal hutang ni kat Internet yang boleh kita baca. Baik elak buat hutang ni kalau tak nak ada masalah besar di kemudian hari.

Tip #2: Buat tanggungjawab anda

Tolong jangan buat-buat lupa ya.

Bagi korang yang pernah buat pinjaman waktu belajar dulu (PTPTN), tolong jelaskan hutang tu elok-elok.

Yang ni, memang dah tersedia menjadi hutang sejurus korang tamat belajar.

Seorang graduan Diploma sehingga Ijazah dah tersedia hutang sebanyak RM35,000 sebaik je graduate, dengan bayaran purata RM220 sebulan.

Kalau tak nak ada masalah berurusan dengan bank pada masa depan, jelaskan hutang ni.

Tip #3: Simpan dulu tabung kecemasan

Mula merancang kewangan korang dari hari pertama bekerja.

Buka segera Akaun Tabung Haji (TH) sebagai motivasi untuk cepat-cepat menunaikan ibadah Haji sewaktu usia muda.

Mulakan simpanan di Tabung Haji dengan mencukupkan minima 6 bulan gaji sebagai tabung kecemasan (12 bulan lagi baik).

Nak lagi best? Disiplinkan diri dengan memindahkan minimum 10% dari gaji sebagai simpanan tetap.

Kenapa saya cadangkan simpanan biasa di TH, bukan ASB?

Sebab bila korang ada ilmu tentang ASB Financing, korang akan tahu yang ASB seumpama mesin ATM yang bekerja membuat duit.

Tip #4: Bahagikan gaji kepada 3 bahagian

Gaji setiap bulan yang korang dapat, bahagikan 3 untuk:

  • simpanan untuk pelaburan,
  • perbelanjaan isi rumah,
  • bayar hutang.

Kalau purata gaji graduan adalah sebanyak RM3,000, bermakna ada RM1,000 untuk setiap satu bahagian.

i) Simpanan untuk pelaburan (30%)

Jumlah tadi, pecahkan lagi menjadi 3 bahagian. 10% untuk simpanan, 10% untuk perlindungan (Takaful), dan 10% untuk pelaburan.

ii) Perbelanjaan isi rumah (30%)

Yang ini, korang boleh gunakan untuk perbelanjaan seperti makan minum, barang dapur, duit sewa, petrol, tol, dan lain-lain.

iii) Bayar hutang (30%)

Gunakan bajet yang ada untuk langsaikan segala hutang yang ada. Hutang PTPTN pun termasuk sekali dalam kategori ni.

Dan saya ingatkan. Elakkan jadi mangsa perangkap skim pinjaman peribadi dan kereta untuk graduan. Bukan berdosa pun pakai kapcai atau kereta terpakai untuk sementara waktu.

Duit lebihan yang ada lepas dah jelaskan hutang, simpan dalam bahagian #1 tadi (simpanan untuk pelaburan).

Eh. Mana baki lagi 10%?

Jangan buat-buat lupa. Untuk rezeki lebih berkat, selalu ingat ibu bapa. Laburkan juga untuk ilmu, zakat, dan amal jariah.

Tip #5: Gunakan tool ini dan simpan lebih banyak duit

Kenapa saya sarankan ASB Financing sebagai pilihan utama untuk graduan baru bekerja?

  • ASB Financing bukanlah pinjaman sebenar, tapi lebih kepada ‘simpanan berkomitmen,’
  • ASB Financing adalah platform terbaik untuk belajar asas pelaburan,
  • ASB Financing adalah asas wealth creation paling mudah, berkesan, dan sifar risiko,
  • karektor force saving dalam ASB Financing melatih diri disiplin menyimpan secara konsisten,
  • mengawal nafsu berbelanja kerana terpaksa menyimpan dulu sebelum belanja,
  • melatih diri bersedia dengan komitmen lebih besar seperti pembiayaan perumahan, dan lain-lain,
  • kalau bermula dengan teknik compounding, secara automatik, korang juga turut membina simpanan kecemasan.

Contoh strategi ASB Financing selama 5 tahun dengan teknik biasa-biasa sahaja:

  • komitmen RM550 sebulan, boleh hasilkan lebih RM55,000,
  • komitmen RM1,100 sebulan, boleh hasilkan lebih RM110,000.

Apa akan jadi kalau plan ini berjaya?

Kalau fasa 5 tahun pertama ini berjaya, secara automatiknya korang dah berjaya menanam satu karektor (habit) kewangan yang sangat baik.

Jadi, takde apa-apa halangan lagi untuk fasa kewangan yang seterusnya.

Kalau fasa 5 tahun ini korang dah dibelai dengan hutang kereta separuh gaji, pinjaman peribadi maksimum 60% gaji, maka fasa seterusnya tentulah lebih sukar sebab takde sebarang simpanan dan terpaksa menggalas beban hutang tak bermanfaat.

Jadi, korang nak yang mana satu? “Cukup wang,” atau “banyak wang”?

Untuk lifestyle yang sederhana, saya pilih “cukup wang”. Ini pun dah cukup memadai untuk mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini dengan tenang.

In Shaa Allah. Kalau korang buat apa yang Tuan Sabri Kasah kongsikan ni, boleh jadi kewangan korang sihat untuk satu jangka masa yang panjang.

Bila dah tak pening kepala pasal ni, baru boleh fokus dan tumpukan perhatian kat pelaburan pulak. Hehe.

Korang berhak buat pilihan yang terbaik dalam hidup korang. Jadi, sentiasa buat pilihan yang terbaik ya.

2 COMMENTS

  1. Assalamualaikum,

    Artikel yang bagus, saya nak tahu kebanyakkan artikel di GH banyak memberi cadangan kpd ASB Financing selain pelaburan hartanah. Untuk yang tidak memilih untuk menyimpan di ASB (atas sebab personal) adakah cara lain untuk menyimpan selain di TH dan UT.

    Terima kasih

LEAVE A REPLY