Home Tips Kewangan 100% tak perlu keluar rumah? Teknik sempoi dapatkan laporan CCRIS

100% tak perlu keluar rumah? Teknik sempoi dapatkan laporan CCRIS

5419
0
SHARE
Sumber gambar - Halalmoney.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tak semua orang punya masa untuk ke Bank Negara, hanya semata-mata nak print laporan CCRIS.

Tu tak campur lagi kos minyak dan lain-lain untuk ke sana. Semua ni buat ‘koyak’ dompet korang je.

Zaman sekarang, dah tak sama macam dulu-dulu. Banyak dah perkara yang kita boleh buat secara online.

Korang hanya perlu ada laptop, sambungan Internet (kelajuan biasa-biasa pun dah boleh buat), dan rajin gerakkan jari-jemari korang je.

Jemput baca perkongsian Tuan Harith Faisal ni kalau korang serius nak tau.

Nak nombor ‘0’ je dalam CCRIS. Kenapa? 

Bukan RM26.50!

Dan bukan jugak RM10.60!

Laporan CCRIS ni akan bagitau tahap kesihatan kewangan korang. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0,0,0,0,0.

Maksudnya, korang takde sebarang tunggakan dalam membayar hutang. Semuanya korang bayar cantik belaka.

Kewangan yang tak baik pulak, nombornya macam-macam. Ada 1,2,3,4, dan sebagainya. Nombor 96 pun boleh jadi ada.

Kalau ada nombor 1 kat item car loan (pembiayaan kereta), bermakna korang dah terlepas sebulan untuk bayar ansuran kereta.

Katakan pulak, bulan ni, korang ada nombor 3 kat CCRIS. Dan tiba-tiba, korang dapat hidayah lalu insaf. Korang mula bayar cantik.

Untuk cantikkan balik CCRIS korang tu, korang perlukan masa 12 bulan agar nombor 3 tu, hilang daripada dalam laporan CCRIS tadi.

Ya, laporan CCRIS hanya akan tunjukkan rekod bayaran hutang bulanan korang selama 12 bulan terkini. Jadi, korang jangan risau. Masih ada peluang untuk perbaiki masalah ni.

Hutang apa yang masuk dalam CCRIS?

Hutang yang CCRIS ambil kira termasuk :

  • Pembiayaan peribadi,
  • Pembiayaan beli kereta,
  • Pembiayaan beli rumah,
  • Kad kredit,
  • PTPTN.

Biasanya, hutang atau pembiayaan yang korang ambil daripada bank dan institusi kewangan akan masuk dalam CCRIS.

Yang terkecuali adalah PTPTN, sebab PTPTN bukan bawah bank. Tapi jangan ambil mudah ya. Kalau kantoi bayar PTPTN, ini pun akan masuk dalam CCRIS sekarang ni.

Kalau korang nak beli rumah, sebaiknya semak dulu CCRIS selama 6 bulan sebelum tu.

Dengan cara ni, korang ada masa nak cantikkan laporan CCRIS. Kalau tak, bank memang takkan layan permohonan loan rumah korang tu.

Macam-macam anda boleh tengok dalam laporan CCRIS

Selain nak tengok sama ada korang ni bayar hutang cantik atau tak, laporan CCRIS ni jugak bolehkan korang semak balik berapa amaun yang korang pinjam, dan berapa banyak lagi baki hutang yang belum langsai.

Macam-macam lagi yang korang boleh tengok kat laporan CCRIS tu.

Pernah tak tengok laporan CCRIS korang sendiri? Tak pernah? Entah-entah dah banyak nombor selain kosong (0). Haha!

Korang kena semak laporan CCRIS ni. Sebab kalau terkurang bayar RM1 pun dikira tunggan selama sebulan.

Dan hari ni, saya nak kongsikan cara untuk dapatkan laporan CCRIS dengan mudah dan murah.

Korang tak payah dah :

  • Berpeluh ketiak untuk pergi ke Bank Negara,
  • Bayar kos tol,
  • Isi minyak kereta atau motosikal,
  • Bayar kos parking,
  • Naik LRT atau MRT, dan lain-lain.

Korang hanya perlu rajin untuk gerakkan jari-jemari je.

Serius ke tak mahal?

Tak mahal pun. Macam yang saya cakap kat atas tadi.

Bukan RM26.50!

Bukan RM10.60!

Dah tu, berapa? Dah macam online seller pulak rasanya. Mesti menyirap je buyer kalau dapat seller jenis macam saya ni. Haha!

Serius nak tau? Jemput baca info kat gambar bawah ni sampai habis.

Langkah mudah dapatkan laporan CCRIS guna RAMCI 

Saya simpulkan kadar bayaran bagi 4 medium yang berlainan untuk dapatkan laporan CCRIS :

  • CTOS : RM26.50 (termasuk GST),
  • CBM (Credit Bureau Malaysia) : RM10.60 (termasuk GST),
  • RAMCI (RAM Credit Info) : RM10.00 (termasuk GST),
  • BNM (Bank Negara Malaysia) : Percuma (tapi korang kena walk-in).
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Saya suka pakai yang RAMCI My Credit Info ni.

Korang boleh ke laman web rasmi mereka untuk buat akaun. Klik sini sekarang. <>

Korang klik butang Sign Up tu.

Nota : Username korang adalah nombor IC korang sendiri. RAMCI akan bagitau kat emel korang nanti.

Hanya bayar RM10 je?

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Apa lagi. Sila isi borang ni dengan penuh rasa excited!

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Ini sambungannya.

Korang kena Request OTP tu dulu. Mereka akan bagi kod rahsia kat phone korang melalui SMS.

Lepas tu, masukkan kod rahsia tu kat ruangan ‘OTP Code.’ Dan klik ‘create account.’

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Kemudian, korang kena jawab security question ni.

Jangan korang menipu pulak. Nanti tak pasal-pasal tak dapat nak sign up.

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Lepas dah siap jawab security question tadi, klik butang ‘submit.’ Tu pun nak kena ajar ke?

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Tahniah! Sekarang korang dah boleh dapatkan rekod CCRIS dengan klik butang ‘Buy Now.’ Jumlah yang korang perlu bayar hanya RM10 je.

Kalau korang ambil laporan CCRIS secara walk-in ke Bank Negara, korang kena fikir pasal parking dan petrol. Tak pun, tambang LRT, MRT, atau Grab. Belum kira peluh yang menitik keluar lagi tu.

Dengan modal hanya RM10, korang bukan hanya dapat laporan CCRIS biasa yang sehelai tu. Malah lebih lagi.

Dan yang paling penting, korang boleh buat sendiri walau kat mana korang berada sekarang. Semuanya di hujung jari je.

Pakai phone pun boleh. Pakai laptop pun boleh. Tak payah susah-susah nak print atau scan dokumen. Yang penting, ada Internet. Ala, tak luak pun data Internet korang tu. Haha.

Tak sampai 1 jam, dah boleh dapat laporan CCRIS

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Klik ‘Proceed with Payment’ dengan gunakan ibu jari tangan korang tu.

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Pilih ‘Payment Option.’ Saya pilih guna Maybank. Senang.

Kemudian, klik butang ‘Proceed.

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Korang akan dibawa ke laman web Maybank2u, seperti yang tertera dalam gambar kat atas ni. Jangan korang risau, memang macam ni rupa dia.

Korang masukkan username dan password korang, dan transfer duit macam yang biasa korang buat tu. Malas saya nak tunjukkan semua. Haha!

RAMCI akan bagi payment invoice kat emel korang. Dan mereka jugak akan minta korang buat pengesahan.

Jadi, korang kena bagi gambar kad pengenalan depan dan belakang, dan jugak dokumen sokongan seperti lesen memandu, atau penyata EPF.

Dalam masa tak sampai 1 jam, RAMCI akan emel kat korang laporan CCRIS.

Dan bukan takat tu je. Korang pun akan dapat sekali markah kredit jugak. Dapat la korang tau sama ada korang ni pembayar hutang yang cemerlang atau corot.

Ada tak contoh laporan CCRIS daripada RAMCI?

Nak tengok contoh laporan CCRIS daripada RAMCI? Tengok kat bawah ni ha :

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Nota : Silakan SHARE artikel ini kepada yang lain. Semoga ia bermanfaat.

Nah, senang tak nak dapatkan laporan CCRIS tanpa perlu keluar rumah langsung?

Korang dah takde alasan lagi untuk tak buat benda ni. Pada Tok, perkongsian ilmu ni dah cukup mudahkan korang punya kerja.

Korang boleh jimat banyak belanja dengan cara ini. Kos minyak, tol, parking semua jadi sekadar ‘cerita lama.’ Best, kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here