Home Tips Kewangan ‘Suami tanggung, isteri simpan’ – Strategi gempak uruskan gaji RM7,500

‘Suami tanggung, isteri simpan’ – Strategi gempak uruskan gaji RM7,500

6250
4
Sumber gambar - Shutterstock
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Gaji banyak, kalau fail (gagal) uruskan dengan baik, takkan ke mana-mana jugak.”

Ini ayat yang berulang kali kita dengar kalau tanya otai-otai dalam dunia pelaburan dan pengurusan kewangan.

Dan kebenaran dalam ayat ini, susah kita nak sangkal.

Tak kira gaji banyak atau sikit, yang penting adalah skil mengurus kewangan dengan baik. Ini supaya kita dapat manfaatkan setiap sen yang ada.

Nak belajar cara gempak uruskan gaji? Jemput baca perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad ni.

Apa anda dan pasangan patut buat?

Sumber gambar – Paih Aman (FB)

1) Katakan, pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga. Dengan anggaran pendapatan suami RM4,500,dan isteri RM3,000.

2) Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami.

3) Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri.

4) Suami tanggung semua perbelanjaan dapur, kereta, anak, isteri, ibu bapa, dan zakat.

Bagaimana kita bahagikan gaji suami? Baca contoh kat bawah ni :

  • 15% untuk kereta : RM675,
  • 5% untuk ibu bapa : RM225,
  • 2.5% untuk zakat pendapatan : RM112.50,
  • 35% untuk rumah : RM1,575,
  • 42.5% untuk perbelanjaan : RM1,912.50.

5) Bagi isteri, manfaatkan pendapatan itu untuk perlindungan dan pelaburan.

Susah menyimpan? Alat ‘ini’ sebagai paksaan

6) Ambil 10% Takaful, utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu.

7) Simpanan untuk keluarga dan anak, mohon ihsan isteri yang simpankan.

8) Jika susah sangat nak menyimpan, ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa.

Dengan pembiayaan RM1,100 sebulan, boleh dapat sekitar RM13,500 setahun sebagai dana kecemasan dan simpanan pelaburan.

9) Apa macam, dik? Abang dah tunjukkan highway kat adik. Nak ikut, atau terus menyewa hingga abadi? Terpulang pada adik.

‘Berdosa’ ke jual salah satu kereta?

Abang cadangkan jer dik. Kalau tak nak ikut, abang bukan boleh paksa pun.

Dengan RM1,575 sebulan, kita boleh beli kediaman RM300,000 ke bawah. Mulakan dengan kediaman kecil dulu.

Kalau perlu jual satu kereta dan tinggalkan satu kereta, ia lebih bijak dik.

Ni ada bonus tip lagi untuk korang. Macam mana pulak kalau kita dalam keadaan sempit, hutang banyak?

Cadangan saya :

  1. Selesaikan hutang kecil dulu,
  2. Struktur kembali hutang yang besar, atau dengan kadar faedah tinggi,
  3. Panjangkan tempoh hutang supaya bayaran bulanan kecil,
  4. Jual salah satu kereta (kalau ada 2 biji kereta),
  5. Takde istilah ‘rugi’ bila jual kereta yang jadi beban kepada kita. Semakin rugi kalau tak jual, adalah.

Bina kekayaan, atau berlagak kaya?

“Cakap pakai air liur, boleh la. Ingat senang ke nak buat?”

Dik, abang pernah buat dah dik. Kual MPV keluarga yang besar dan banyak telan duit kami. 

Tiap kali nak jalan jauh atau balik kampung, kami sewa MPV lain. 

“Tak malu ke kerja pensyarah, tapi naik kereta sewa? ”

Itu dah biasa kami hadap. Soalnya, nak rasa malu atau kekal miskin kaya gaya, dik? Abang dah buat semua benda tu dik.

P/S : Gaji korang dan pasangan tak sampai RM7,500? Boleh je sesuaikan strategi ini dengan kewangan semasa korang.

Nah, Tok dah kongsikan contoh strategi yang korang boleh buat. Selebihnya, bergantung 100% kat tindakan korang.

Masa depan kewangan korang, bukan orang lain yang tentukan. Korang masih boleh ubah semua ini. Yang penting, usaha kena ada.

Perkongsian ini bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang nak urus kewangan dengan baik.

4 COMMENTS

  1. Saya sangat menyokong segala tulisan penulis. Saranan amat bertepatan dengan kehendak agama islam. Bukan sahaja dapat pahala, tidak berdosa malahan juga mendapat untung di dunia dan akhirat

  2. Dasyat ilmu nie tuan saya dah buat 5 tahun hasil sangat lumayan.

    2012 wife bersetuju dengan plan nie with term & condition masa nie wife tengah pregnant 1st baby.
    Masa nie jugaklah aku dapat surat transfer balik Kuching.

    2013 masih lagi duduk rumah mentua. Genap setahun plan yang di rancang nampak hasil. Tahun nie jugak aku plan nak beli rumah setelah kali-4 aku try bidding rumah lelong last aku dapat semi-D memang banyak free gift 60% dr market value. Tahun nie jugak aku plan nak pindah hahaha aku buat repair ckit & cat baru rumah nie dan tahun nie jugak lh aku buat majlis kesyukuran dapat baby & dapat rumah jimat duit aku masa nie simpanan tinggal 10% jer lagi.

    2014 aku sambung balik plan nie dan aku namakan plan nie “Plan Term & Condition” hahah masa nie aku tak usik 1 sen pun.

    Nov 2015 aku tak tahan tengok simpanan nie. Masa nie aku beli Double storey terrace 90% dari market value free girf 5 unit aircond, custom kabinet dapur & semua bilik masa nie owner nak pindah KL. Unit nie aku buat homestay, masa nie aku dh mula promote. 23 Nov owner rumah pass kunci 25 Nov 1st cust aku dari brunei chek in. Aku ada 2 hari utk settle perabot, katil dll.

    Tahun 2016 “Plan Term & Condition” di teruskan.

    Dis 2017 tahun dimana aku tunaikan “Term & Condition” iaitu tahun terakhir wife aku bergelar guru setelah 15 Tahun bertugas dan menjadi “mem besar di rumah nie” kata P.Ramlee hahaha.

    Kalau korang perlukan homestay & tour di Kuching bleh whatsap jer https://wasap.my/60102269169

    Terima Kasih gilahartanah.com

  3. penulisan-penulisan yang sangat membantu untuk membeli hartanah dan secara tidak langsung menguruskan kewangan kita dengan lebih bijak…terima kasih atas perkongsian yang amat bermenafaat ini…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here