Home Tip simpan duit untuk melabur Strategi power kumpul lebih RM91K dalam masa 3 tahun (untuk anda dan...

Strategi power kumpul lebih RM91K dalam masa 3 tahun (untuk anda dan pasangan)

9394
5
Sumber gambar - MuslimVillage.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Bila dah kahwin nanti, korang kena lebih rancak menyimpan.

Kita tak tahu bila perlu gunakan sejumlah wang yang banyak dalam satu masa. Tak minta benda ni jadi, tapi lebih baik bersedia berbanding mengubati.

Kalau tak pun, boleh gunakan sikit untuk beli rumah pertama. Takkan korang dan pasangan nak menyewa sampai bila-bila?

Korang terlebih layak untuk capai semua matlamat ni. Cuma korang kena ada pelan tindakan yang betul saja.

Nah, Tuan Redzwan Khairudin ada satu untuk korang yang tengah mencari. Hadam dan amalkan tanpa ragu-ragu.

Apa yang si suami patut buat?

1) Adli (bukan nama sebenar), adalah suami kepada Maria Mariana. Dia apply sijil Pembiayaan ASB (ASB2F) dengan nilai maksima RM199,000.

Semua ni, dengan modal RM10 dekat Pejabat Pos berdekatan.

2) Dia apply pada bulan Februari 2017 pada nilai RM199,000, dengan kadar 5.0% dengan tahun ikatan maksima 30 tahun. Untuk ni, Adli kena bayar kepada bank sebanyak RM1,068 sebulan.

Proses buka sijil ni ambil masa 2 hingga 3 minggu, ikut standard prosedur.

3) Masuk bulan Mac 2017, ASB2F milik Adi lulus sepenuhnya oleh pihak bank. Adli terima SMS dari bank, menyatakan ASB2F dah disburse.

Dia kena start bayar ansuran bulanan bermula 1 April 2017.

4) Adli teruskan membayar RM1,068 setiap bulan, bermula 1 April 2017 hingga ke Mac 2020. Solid 3 tahun, atau 36 bulan.

5) Setiap tahun, dividen ASB2 yang diumumkan pada 22 Mac dianggarkan pada kadar purata 6.55% saja. Adli biarkan saja dividen tu terkumpul selama 3 tahun berturut-turut.

Adli seorang yang rare. Dia buat-buat lupa duit tu, dan berpuasa dari belanja benda bukan-bukan. Jadi la seperti Adli.

6) Cukup masa sampai 1 Mac 2020, Adli batalkan sijil ASB2F tadi, dan terima semula principal portion (atau surrender value) selama 36 bulan.

Nota : Adli buat ASB2F tu hingga maksimum RM199,000, sebab Akaun ASBF pertama dia dah penuh (maksimum RM200,000). Tapi ASBF pertama tu, simpan untuk tujuan lain.

Apa pula si bini kena buat? 

1) Maria Mariana (bukan nama sebenar) adalah isteri Adli.

Maria pulak buat ASBF di Akaun ASB 1 dengan nilai permulaan RM100,000. Dia tak terus buat full (maksimum RM200,000), walaupun dia layak dan mampu buat.

2) Maria pulak, gunakan strategi hybrid, gabungan antara teknik rolling dan teknik compounding.

Dia gunakan cara mudah ni sebab dia tahu, dia tak berminat untuk beri komitmen dalam membentuk simpanan peribadi. Tapi jauh dalam hati, tersembunyi niat murni tu. Nak tak nak, dia buat jugak.

3) Sama jugak macam si suami, pada bulan Februari 2017, dia apply ASBF RM100,000, dengan rate 5.0% dan tahun ikatan maksima selama 30 tahun.

Ini menjadikan komitmen dia kat bank sebanyak RM536 sebulan. Masa nak proses semua ni ambil masa dalam 2 hingga 3 minggu (sama macam si suami).

4) Masuk bulan Mac 2017, ASBF milik Maria dah diluluskan sepenuhnya oleh pihak bank. Dia jugak dapat SMS, yang nyatakan pembiayaan dan disburse dan berjaya.

Dia boleh mula bayar ansuran bulanan bermula 1 April 2017.

RM536 sebulan untuk tanggung 2 sijil bernilai RM200,000?

5) Maria terus membayar RM536 setiap bulan bermula 1 April 2017, hingga 1 Disember 2019. Solid 2 tahun 9 bulan, atau 33 bulan secara keseluruhan untuk sijil ASBF pertama dia tu.

6) Cuma pada awal bulan November 2017, Maria apply sebiji lagi sijil ASBF RM100,000 yang ke-2, dengan rate 5.0% dan tahun ikatan maksima 30 tahun.

Ini jadikan komitmen dia sebanyak RM536 sebulan, sama macam ASBF yang pertama tadi.

7) Setiap hujung tahun pada 22 Disember, dividen ASBF Akaun 1 diumumkan pada kadar purata 6.75% (anggaran).

Maria keluarkan dividen yang diterima pada setiap hujung tahun untuk bayar lump sum ASBF RM200,000 yang ke-2.

Bermakna, dia hanya perlu gunakan duit gaji sebanyak RM536 untuk bayar ansuran bulanan sijil ASBF pertama saja. Dia hanya perlu bayar satu sijil saja untuk tanggung 2 sijil yang berjumlah RM200,000. Bijak natang minah ni rupanya.

8) Selepas terima dividen pada penghujung tahun 2019, Maria batalkan dua-dua ASBF dan terima semula principal portion (atau surrender value) selama 33 bulan untuk sijil pertama, dan 24 bulan untuk sijil ke-2.

Berapa banyak si suami akan dapat?

Sumber gambar – Redzwan Khairudin (FB)

1) Dividen terkumpul selepas 3 Tahun solid :

  • (RM199,000 ASB2F + RM10 buka buku) @ C.I * 6.55% @ 3 tahun =
  • RM41,722

2) Surrender Value :

  • Principal bulan ke 36,
  • RM199,000 – RM189,733 =
  • RM9,267

3) Jumlah tunai yang Adli dapat :

  • RM41,722 + RM9,267 =
  • RM50,989

Macam mana pulak dengan si bini?

1) Dividen terkumpul selepas 2 Tahun 9 Bulan :

  • (Sijil 1 RM100K) @ C.I * 6.75% @ 2 tahun 9 bulan + (Sijil ke-2 RM100K) @ C.I * 6.75% @ 2 tahun solid =
  • RM33,681

2) Surrender value Sijil 1 :

  • Principal bulan ke-33,
  • RM100,000 – RM95,758 =
  • RM4,242

3) Surrender value Sijil 2 :

  • Principal Bulan ke 24,
  • RM100,000 – RM96,973 =
  • RM3,027

4) Jumlah tunai yang Maria dapat :

  • RM33,681 + RM4,242 + RM3,027 =
  • RM40,950

Dan ini jumlah keseluruhan bila campur laki bini punya keuntungan :

  • RM50,989 + RM40,950 =
  • RM91,939

Jadi, apa korang nak buat dengan cash sebanyak ni? Sila kongsikan kat ruangan komen. Tok suka nak tahu.

Pada Tok, jumlah tu serius banyak gila. Boleh lepas down payment beli 2 biji rumah subsale harga RM300,000 sebiji tu. Siap boleh simpan ekstra lagi.

Tapi jangan pulak korang gatal tangan buat belanja handbag dan beli kereta mahal pulak. Penat-penat je korang dan pasangan simpan untuk masa depan.

Ilmu ni bermanfaat? SHARE kat kawan-kawan korang yang baru kahwin tu. Selamatkan mereka dari jadi mangsa penyakit ‘acah-acah kaya.’

5 COMMENTS

  1. salam tok, dlm kebanyakan kes2 yg diutarakan (samada dlm gilahartanah atau lain2 forum) adalah sistem jualan balik ASB selepas 3-5 tahun.

    bagaimana pula kalau dlm semua kes2 ini, ASB dikekalkan sampai loan ASB selesai. adakah kadar ratio pulangan (untung – modal) lebih tinggi, sama atau kurang?

    tkasih

  2. maaf, saya aizie. boleh saya tahu sijil pembiayaian asbf dan asb2f tu apa? dan macam mana dia boleh dijadikan pelaburan? apa syarat2 untuk melabur dalam asbf? adakah memang kena buat loan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here