Home Tips Kewangan Strategi malas beli rumah, kereta, dan ASB sekaligus dengan cash RM100,000

Strategi malas beli rumah, kereta, dan ASB sekaligus dengan cash RM100,000

27659
2
SHARE
Sumber gambar - The Vocket
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Semalam, ada pembaca GH yang ajukan soalan ini kat Tok :

“Apa nak buat kalau saya ada cash RM100,000? Patut laburkan, atau bayar 30% deposit rumah RM200,000?”

Jawapan Tok, semua tu bergantung kat matlamat yang nak dicapai. Tapi yang terbaik, baik lagi korang gunakan modal tu untuk buat duit yang lebih banyak.

Ni, ada satu strategi sempoi perkongsian Tuan Muhd Farid. Dia sendiri gelarkan strategi ini sebagai ‘strategi malas.’

Jemput hadamkan laju-laju. Serius, tak banyak makan masa korang pun.

3 lebih baik berbanding 1? 

“Bro. Aku ada cash RM100,000. Kau rasa, aku patut beli rumah atau kereta secara cash?”

Ini ada strategi untuk beli kereta, rumah, dan simpanan ASB sekaligus. Daripada beli salah satu, apa salahnya dapatkan 3 benda sekaligus, kan?

Ini contoh strategi yang korang boleh gunakan. Ada 3 langkah semuanya :

Langkah #1 : Cari rumah subsale @ lelong bawah harga pasaran

Dengan cash RM100,000, korang beli rumah lelong (atau subsale) secara tunai. Dengan syarat, beli rumah yang 20% below market price.

Dah beli, sewakan rumah tersebut pada kadar minimum RM500 sebulan.

Contoh :

  • Market value rumah : RM100,000,
  • Harga beli : RM80,000 (20% bawah harga pasaran),
  • Sewakan : RM500 sebulan.

Dengan baki RM20,000 tu, korang boleh buat ASB Financing RM300,000 dengan pembayaran lump sum setahun.

Langkah #2 : Buat refinance dan dapatkan tunai

Refinance semula rumah tadi dengan pembiayaan 90% margin pinjaman. Pastikan korang masih ada kuota pinjaman 90%.

Contoh :

  • Market value rumah : RM100,000,
  • Loan 90% : RM90,000,
  • Bayaran bank : RM480+/-,
  • Tempoh pinjaman : 35 tahun.

Langkah #3 : Beli kereta harga RM90,000 secara cash

Guna cash out tadi untuk beli kereta korang secara cash yang bernilai RM90,000 (kalau korang nak).

Dengan harga banyak tu, korang boleh beli Honda atau Toyota model baru, atau BMW @ Mercedes second hand. Dan semua ni, penyewa rumah yang tolong bayarkan.

Kesimpulannya, korang boleh dapat 3 benda sekaligus :

  • Rumah bernilai RM100,000,
  • Dapat pakai kereta secara percuma berharga RM90,000 (dan penyewa tolong bayarkan),
  • Dapat ASB bernilai RM300,000.
Sumber gambar – Mohd Farid (FB)

Ini adalah idea dan strategi paling malas. Kalau korang rajin, modal RM100,000 tu boleh dijadikan RM200,000 dalam tempoh yang singkat.

Penafian : Idea kat atas ni adalah kiraan kasar semata-mata dan tak termasuk kos lawyer. Untuk kiraan lebih spesifik, boleh buat kiraan sendiri.

Bukan senang nak kumpul duit sebanyak RM100,000. Tapi nak habiskan, memang senang. Silap-silap, duit tu boleh lesap tak sampai sehari.

Ada banyak cara untuk gunakan duit sebanyak tu dengan berhemah. Korang hanya perlu belajar dan terus mencari ilmu macam ni.

Perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kat kawan-kawan korang yang tak tahu nak buat apa dengan cash sebanyak tu.

2 COMMENTS

  1. AsSalam Tok Penghulu.

    ” Ini adalah idea dan strategi paling malas. Kalau korang rajin, modal RM100,000 tu boleh dijadikan RM200,000 dalam tempoh yang singkat.”

    Mohon kongsikan cara mana utk jadikan RM200k tu .

    Terima kasih.

    Wassalam.

  2. tok saya nk tanya.. saya tersilap abil lo an peribadi brjumlah 130000 slama 10 thn dan ini baru setahun bermula sebanyak 1500sebulan. Rm130000 tu saya langsaikan hutang yglain, ada adik pinjam 20000 dan bakinya ada 50000. pd mulanya saya ingt nk buat pelaburan asb tp jum yg ada kian berkurangan maka dividen yg saya dapat pun sdikit. jd macmana saya nk keluar dr mslh ini.. ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here