Bandar Seremban 2, Negeri Sembilan yang dibangunkan oleh pemaju perumahan tersohor, IJM Land Berhad, bakal menjadi sebuah bandar yang memiliki pembangunan yang terancang serta kemudahan infrastruktur moden yang lengkap.
Mempunyai keluasan tanah seluas 3,800 ekar bekas tanah ladang getah, pembangunan bandar Seremban 2 ini telah dimulakan sejak tahun 1995 untuk menampung pertambahan penduduk bandar Seremban, yang terletak hanya 10 minit jarak perjalanan dari bandar tersebut.
Hari ini, bandar Seremban 2 ini telah dimajukan sebanyak 70% dan mempunyai populasi penduduk seramai 60,000 orang.
Sebanyak 12,500 rumah telah dibina dan hartanah komersial di kawasan ini telah mencecah nilai RM4.7 billion.
Pintu Gerbang Utama Greater Klang Valley
Seremban 2 telah muncul sebagai sebuah projek pembangunan yang paling berjaya di Negeri Sembilan, dan projek ini sememangnya layak untuk digelar pintu gerbang utama ke Greater Klang Valley di bawah Pelan Penstrukturan Kebangsaan (National Structure Plan) yang turut merangkumi Port Dickson, Nilai dan Labu.
Projek yang bernilai RM8 billion ini mempunyai 38 fasa pembangunan berbeza, dan menawarkan pelbagai jenis rumah seperti rumah apartment mampu milik, rumah teres, super linked dan rumah Semi-D serta rumah banglo berpagar yang eksklusif.
Untuk bahagian komersial pula, Seremban 2 mempunyai kawasan perindustrian, ruang niaga, restoran, bangunan pejabat, hotel, hospital dan pusat membeli-belah.
Bandar Seremban 2 juga merupakan kawasan pendtadbiran kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Antara projek terkini di Seremban 2 adalah 182 buah rumah teres dua tingkat di Rimbun Irama, mempunyai keluasan 2,200 kaki persegi, dan harga bermula dari RM500,000.
Selain itu, terdapat 208 unit apartment di Kalista 2 dengan keluasan 926 kaki persegi hingga 1561 kaki persegi dengan harga bermula RM320,000.
Secara keseluruhannya, bandar ini mempunyai 38 kawasan perumahan, 7 buah sekolah kerajaan dan 2 buah kolej, kawasan perniagaan dan sebuah pusat membeli-belah moden: AEON Shopping Complex berkeluasan 675,000 kaki persegi dan Mydin Hypermarket berkeluasan 950,000 kaki persegi.
Kemudahan yang disediakan untuk komunity Seremban 2 termasuklah:
Di dalam bandar Seremban 2 ini, pihak pemaju telah membina jalan 6 lorong untuk memudahkan akses kepada semua bahagian di dalam kawasan perbandaran ini.
Terletak di lokasi yang strategik:
Dengan segala pembangunan perumahan dan fasiliti komuniti yang ditawarkan, Bandar Seremban 2 sememangnya bakal menjadi tumpuan utama ramai pembeli rumah di sekitar Lembah Klang.