PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Seremban 2: Pintu gerbang terbaru di Greater Klang Valley

Bandar Seremban 2, Negeri Sembilan yang dibangunkan oleh pemaju perumahan tersohor, IJM Land Berhad, bakal menjadi sebuah bandar yang memiliki pembangunan yang terancang serta kemudahan infrastruktur moden yang lengkap.

Mempunyai keluasan tanah seluas 3,800 ekar bekas tanah ladang getah, pembangunan bandar Seremban 2 ini telah dimulakan sejak tahun 1995 untuk menampung pertambahan penduduk bandar Seremban, yang terletak hanya 10 minit jarak perjalanan dari bandar tersebut.

Hari ini, bandar Seremban 2 ini telah dimajukan sebanyak 70% dan mempunyai populasi penduduk seramai 60,000 orang.

Sebanyak 12,500 rumah telah dibina dan hartanah komersial di kawasan ini telah mencecah nilai RM4.7 billion.

Pintu Gerbang Utama Greater Klang Valley

IJM Aeon Complex

IJM Aeon Complex

Seremban 2 telah muncul sebagai sebuah projek pembangunan yang paling berjaya di Negeri Sembilan, dan projek ini sememangnya layak untuk digelar pintu gerbang utama ke Greater Klang Valley di bawah Pelan Penstrukturan Kebangsaan (National Structure Plan) yang turut merangkumi Port Dickson, Nilai dan Labu.

Projek yang bernilai RM8 billion ini mempunyai 38 fasa pembangunan berbeza, dan menawarkan pelbagai jenis rumah seperti rumah apartment mampu milik, rumah teres, super linked dan rumah Semi-D serta rumah banglo berpagar yang eksklusif.

Untuk bahagian komersial pula, Seremban 2 mempunyai kawasan perindustrian, ruang niaga, restoran, bangunan pejabat, hotel, hospital dan pusat membeli-belah.

Bandar Seremban 2 juga merupakan kawasan pendtadbiran kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kemudahan Infrastruktur Yang Lengkap

IJM Hill Park

IJM Hill Park

Antara projek terkini di Seremban 2 adalah 182 buah rumah teres dua tingkat di Rimbun Irama, mempunyai keluasan 2,200 kaki persegi, dan harga bermula dari RM500,000.

Selain itu, terdapat 208 unit apartment di Kalista 2 dengan keluasan 926 kaki persegi hingga 1561 kaki persegi dengan harga bermula RM320,000.

Secara keseluruhannya, bandar ini mempunyai 38 kawasan perumahan, 7 buah sekolah kerajaan dan 2 buah kolej, kawasan perniagaan dan sebuah pusat membeli-belah moden:  AEON Shopping Complex berkeluasan 675,000 kaki persegi dan Mydin Hypermarket berkeluasan 950,000 kaki persegi.

Komuniti Yang Berkembang Maju

IJM Chap Goh Mei 2015. 2

IJM Chap Goh Mei 2015. 2

Kemudahan yang disediakan untuk komunity Seremban 2 termasuklah:

  • City Lake Park seluas 15 ekar dengan tasik seluas 4 ekar untuk rekreasi keluarga
  • kompleks sukan seluas 34 ekar
  • Adventure Hill Park seluas 30 ekar, terletak di ketinggian 400 kaki dari aras laut dengan pemandangan panorama Seremban 2
  • S2 Club, sebuah kelab rekreasi keluarga dengan kemudahan gimnasium yang lengkap, fitness class, gelanggan badminton, kolam renang dan taman asuhan kanak-kanak, yang diuruskan oleh R.E.A.L Education Group

Akses Kepada Lebuhraya Dan Jalan Raya Utama

SK Seremban 2A

SK Seremban 2A

Di dalam bandar Seremban 2 ini, pihak pemaju telah membina jalan 6 lorong untuk memudahkan akses kepada semua bahagian di dalam kawasan perbandaran ini.

Terletak di lokasi yang strategik:

  • 1 km dari plaza tol Seremban
  • 4 km dari bandar Seremban
  • Lebuhraya Utara-Selatan
  • Lebuhraya ELITE
  • Lebuhraya LEKAS
  • 45 minit ke KLCC
  • 30 minit ke KLIA
  • 30 minit ke Putrajaya dan Cyberjaya

Dengan segala pembangunan perumahan dan fasiliti komuniti yang ditawarkan, Bandar Seremban 2 sememangnya bakal menjadi tumpuan utama ramai pembeli rumah di sekitar Lembah Klang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *