Rumah 600 kaki persegi semurah RM20,000, boleh siap tak sampai sebulan.

Rumah 600 kaki persegi semurah RM20,000, boleh siap tak sampai sebulan.

74980
23
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Betul ke sebuah rumah kediaman 3 bilik dibina dengan kos kurang RM20,000, dan siap dalam masa sebulan?

Mungkin ramai yang tak percaya. Namun, sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 15 rumah berjaya dibina untuk penduduk yang kurang berkemampuan.

Dengan bantuan pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan “luar biasa” ini dekat daerah Besut pada akhir Mac lepas.

Sejak berjaya membina rumah Program Rumah Komuniti, pelbagai pihak mula yakin  dengan kemampuan pelajar dan pensyarah institusi pendidikan itu di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Mahu bantu golongan kurang berkemampuan. 

rumah_komuniti_Besut_4_620_465_70

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau mengilhamkan program berkenaan kerana mahu menyelesaikan masalah ketiadaan rumah di kalangan penduduk yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sewaktu mengemukakan cadangan membina rumah komuniti yang cepat, murah, dan berkualiti itu, ramai yang tak percaya ia boleh dilaksanakan.

“Dengan kesanggupan dan semangat, pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia mencatatkan sejarah dengan membina Rumah Komuniti yang pertama untuk penduduk miskin, dengan kos lebih murah dalam jangka masa yang singkat pada akhir Mac lepas.”

Ini ulasan beliau semasa menyerahkan Rumah Komuniti ke-15 di Kampung Pak De Malik, Jerteh di sini.

Idris, yang juga anggota parlimen Besut, berkata rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

“Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan memenuhi aspek pembinaan kediaman.”

“Setakat ini, 4 daripada rumah itu dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, 5 di DUN Kota Putera, 4 di DUN Kuala Besut, dan 2 di DUN Hulu Besut,” katanya.

Galakkan pelbagai penglibatan organisasi luar. 

rumah_komuniti_Besut_2_620_463_70

Idris berkata, Program Rumah Komuniti itu akan diperluaskan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Universiti Malaya melalui Jabatan Kejuruteraannya yang menawarkan kepakaran teknologi hijau dalam pembinaa.

Teknologi seperti ini masih belum pernah dilaksanakan di dunia.

Selain itu, beberapa syarikat pembinaan turut membantu dengan memperkenalkan produk pembinaan rumah berteknologi tinggi yang mampu menghindar kepanasan.

Dan ia juga mampu bertahan sehingga 40 tahun seperti pembinaan Rumah Komuniti di Kampung Beris Lampu Kuala Besut, yang kini diduduki ibu tunggal Normahani Mohamad, 43, dan enam anaknya.

Susulan kejayaan itu, Idris berkata beliau menyasarkan pembinaan 100 rumah lagi di Besut sepanjang tahun ini dengan peruntukan RM2 juta.

“Program Rumah Komuniti bukan saja membantu penduduk. Malah, memberi peluang kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam program pembinaan rumah untuk komuniti.”

“Graduan banyak belajar dari program ini kerana mereka bukan saja seronok bekerja sambil belajar, malah dapat membuktikan kemahiran masing-masing daripada hasil kolaborasi pengarah, pensyarah, dan pelajar dalam pengurusan masa dan amalan disiplin kerja,” katanya.

Pembinaan Rumah Komuniti itu melibatkan banyak pihak termasuk pelajar yang menyumbang tenaga dalam menyiapkan rumah termasuk pendawaian dan saluran paip, penduduk tempatan menyiapkan kerja tapak rumah sementara Pergerakan Pemuda Umno Besut menguruskan pemilihan peduduk yang kurang kemampuan.

Idris berkata program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.

Program Rumah Komuniti juga mula dilaksanakan di Sabah melalui usaha Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, yang akan membina 12 buah rumah dan sebuah daripadanya telah siap dibina di Tawau. – BERNAMA

(Sumber berita asal: The Malay Online)

23 COMMENTS

  1. Kalau buat sendiri tanpa upah mmg boleh dapat kot..yang mahal nye kan kos barang plus kos upah bina..dalam kes ni mst kos upah xde..jadinye hanya kos barang..sekadar pandangan saya.. 😉

    • Betul..sy setuju En Mohd Zahran..kos upah dah sama dgn kos barang. Klu 20k brg, upah pun lbh krg 20k. Klu ada kemahiran sendiri mmg buat rumah hanya melibatkan kos barang saje.

  2. Syabas kpd phk Politeknik yg dpt membuktikan membina rumah tdk semestinya gitu mahal, yg jd mahal tu sbb konsep “alibaba’ dn ambk hunting bnyk

  3. Sy ingin membuat rumah thn dpn ,siapa yg dpt sy hubungi utk membuat rumah sprt model diats dn juga jumlah sbyk itu diats tanah sendiri ..tqvm

  4. Saya pun berminat nak buat rumah semurah itu.kalau kos 50k pun ok..3 bilik 2 bilik air.siapa boleh offer semurah tu boleh hubungi saya ye..lokasi rumah bakal dibuat di ketereh kelantan..inshaallah tahun depan selepas siap pecah lot tanah.emajl sy masrizal11@yahoo.com

  5. Sy sendiri pembina batu intrtlocking ni..btl ke leh bt 600sqft dgn hrga 20k…jika benar la ia terjadi, blh sy berurusan ngn pembina umh tersebut…sekadar mau kongsi ilmu n pendapat….

  6. Syabas dan Tahniah kpd pelajar Politeknik dan Kolej Konuniti Malaysia.
    Ramai yang berminat terharu dengan ciotaan dan rekaan rumah komuniti ini. Lantaran ramai yang minta pencerahan bagaimana memohon utk mendapatkannya..?

    Sesiapa yang ada maklumat, sila tolong beri pencerahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki rumah impian sendiri…

  7. Saya juga berminat utk buat rumah semurah itu di Kg Batu Jong, Kuala Krai,Kelantan.yang ditenggelami banjir 2014 dua tahun lalu.Bagaimana caranya dan siapa yang patut saya hubungi.

  8. Saya mmg nk buat rumah sangt2..di chalok barat setiu trganu..mcm mne nk apply nih..dh lama mncari nih..ni no saya 0193238163…

  9. murahnye….kos barang je kut tu tanpa melibatkan kos buruh (pakai pelajar mungkin tak de bayar gaji tu). kos tanah pun tak kira jgk kut.. selalunye yg buat jd mahal ni harga tanah & kos upah.

LEAVE A REPLY