Home Tip pelaburan hartanah 7 pakar kewangan bocorkan rahsia beli rumah pertama. Rugi tak baca

7 pakar kewangan bocorkan rahsia beli rumah pertama. Rugi tak baca

9211
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dah nama pun pakar kewangan. Golongan ini memang pandai meletakkan diri mereka dalam situasi klien untuk berikan pandangan tentang pelaburan.

Tapi, tak semua orang mampu tanggung kos bagi mendapatkan nasihat profesional untuk membeli rumah pertama. Mahal kot.

Pujuk hati korang tu dan tak usah risau lagi.

Ini ada 7 pakar kewangan berlesen sedia bagi pandangan tentang topik ni.

Tok baca perkongsian berharga ni kat blog iProperty. Jom kita hadamkan sebaik mungkin.

Macam mana saya nak simpan duit secara efektif untuk beli rumah pertama?

Berikut adalah nasihat yang mereka berikan demi merealisasikan impian murni korang tu:

#1: Latih diri tangguh kepuasan sementara

Dalam banyak kes, ramai yang kantoi bab mengumpul 10% duit downpayment dan lain-lain kos yang berkaitan.

Cara terbaik untuk tangani masalah ni adalah menahan diri daripada melayan kehendak yang sentiasa menggesa kita untuk berbelanja.

Korbankan kesenangan sekarang untuk kesenangan masa depan.

Banyak cara yang kita boleh buat. Daripada membeli baju bundle, hingga memandu kereta secondhand. Terpulang pada kita nak pilih dan buat mana satu.

Bila kita berjaya menahan diri berbelanja, tentu banyak duit yang kita boleh simpan. Duit ni, boleh la kita gunakan untuk bayar 10% pendahuluan untuk beli rumah pertama.

Bertambah bagus kalau kita bagi sepenuh perhatian dalam menambah baik aliran tunai peribadi kita, dengan maksimumkan aliran tunai masuk dan minimumkan aliran tunai keluar.

Pada masa yang sama, sentiasa cari ilmu. Contohnya, berapa ramai yang tahu kegunaan EPF Akaun 2 untuk membayar downpayment rumah pertama?

– Rajen Devadason, CFP, perancang kewangan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dengan MAAKL Mutual Bhd, dan Ketua Pegawai Eksekutif TD Wealth Creation Sdn Bhd.

#2: Tetapkan dulu matlamat anda

Membeli hartanah pertama adalah salah satu keputusan besar dalam hidup setiap orang, dan wajib kita mulakan dengan menetapkan matlamat yang kita nak capai.

Elakkan buat kesilapan dengan membeli hartanah secara terburu-buru dan melulu. Peraturan ini juga tertakluk kat pelaburan lain.

Mulakan dengan impian kita.

Fahamkan kenapa kita nak capai matlamat ini, kenal pasti jenis rumah yang korang nak dapatkan, lokasi rumah, sebab nak beli rumah tu, dan berapa banyak kos yang terlibat.

“Kita nak rumah itu menjadi sumber kegembiraan, dan takde masalah dalam bab hutang untuk jangka masa panjang.”

Lepas dah buat semua ni, rangka pelan pelaburan yang sesuai atau pelan simpanan untuk bantu kita capai matlamat tu.

Kalau masih tak mampu nak beli rumah mahal, mulakan dengan rumah yang murah atau menyewa terlebih dulu.

– Sin Chee Kwan, CFP, Ketua Pegawai Eksekutif Fin Freedom Sdn Bhd

#3: Berkorban sekarang untuk kesenangan masa depan

Adalah perkara biasa untuk hidup secara kredit dalam iklim ekonomi dunia hari ini.

Dan pada bila-bila masa pun, berbelanja adalah lebih mudah berbanding nak menyimpan. Terutama sekali nak menyimpan untuk membeli rumah pertama kita.

Semakin hari, golongan Gen-Y semakin sukar untuk membeli rumah. Tapi, kebolehan membeli rumah bukan bergantung kat pengurusan kewangan kita.

Amalkan tip-tip ini sentiasa:

  • Simpan dulu, baru berbelanja. Simpan satu jumlah yang dah ditetapkan secara berdisiplin setiap bulan,
  • Gunakan wang tunai atau kad debit untuk berbelanja, bukan kad kredit (dengan cara berhutang),
  • Tangguh kepuasan sementara. Hidup pada kadar kemampuan sebenar kita, bukan berlagak kaya macam anak raja,
  • Elakkan jadi tamak. Biasanya kalau sifat ni menebal dalam diri, memang senang jadi mangsa scammer atau skim cepat kaya (kes kena sontot),
  • Berusaha sehabis baik untuk tambah pendapatan dan menyimpan lebih banyak.

– Gavin Teoh Hock Geh, CFP, IFP, B.Sc (Hons), Pengarah Penasihat & Amalan Pengurusan, CMSRL/A3564/2007, Centum Sage Advisory

#4: Pupuk tabiat menyimpan

Mulakan cepat-cepat sebaik saja kita terima pendapatan, baik gaji bulanan atau sekadar angpow pada musim perayaan.

“Bukan jumlah simpanan yang penting, tapi tabiat itu sendiri.”

Ketepikan sebuah jumlah minimum secara berterusan, sebelum korang berpeluang membelanjakannya.

Setiap Ringgit yang kita belanjakan hari ni, akan tipiskan peluang kita buat lebih banyak duit untuk masa depan.

Dan masa yang terbaik untuk menyimpan adalah sekarang! Lebih awal kita mulakan, lebih banyak kita dapat simpan.

Kalau korang masih muda, laburkan duit tu secara bijak. Dan gandakan jumlah duit itu tanpa had.

Selalu ingat juga. Pilih pelaburan yang betul (yang kita faham dan tahu nak buat), yang sesuai dengan risiko yang kita sanggup tanggung.

– Datin Alice Neow Ean Lee, CFP, IFP, Pengarah Bersekutu – Perancang Kewangan untuk Wanita, A.D. Financial Sdn Bhd

#5: Mulakan perancangan membeli rumah seawal mungkin

Pelan pertama untuk membeli rumah harus bermula pada saat korang dah dapat pekerjaan pertama, bukan sebelum korang mendirikan rumah tangga.

Jadikan matlamat ini sebagai prioriti kita dan beli rumah pertama sebelum berkahwin. Lepas dah kahwin nanti, biasanya keputusan kewangan korang akan dipengaruhi oleh pasangan.

Dan ini akan buatkan proses memiliki rumah menjadi sedikit sukar.

Kita boleh gunakan komitmen ini untuk push diri bekerja dengan lebih keras untuk mengumpul modal.

Boleh gunakan strategi ini. Untuk menyimpan dan membeli rumah pertama kita, kekalkan tahap perbelanjaan sara hidup bawah 50% daripada keseluruhan pendapatan bulanan kita.

Pendek kata:

“Kurangkan perbelanjaan yang tak mendatangkan untung ke dalam poket kita.”

Simpan dan laburkan kira-kira 20 atau 30% daripada jumlah tadi untuk rumah. Kalau perlukan kereta, beli saja yang secondhand, bukan kereta baru.

Ini supaya korang boleh peruntukkan lebih banyak modal untuk membeli hartanah.

Pada masa yang sama, kekalkan rekod yang baik dalam membayar hutang, supaya peluang kita untuk buat pinjaman perumahan tak terjejas.

Semua ini akan bantu kita memupuk tabiat menyimpan untuk masa depan, dan kekalkan perbelanjaan ikut kemampuan masing-masing.

SP Lim, CFP, Perancang Kewangan Berlesen, Wilfred Consultancy.

#6: Jangan pandang rendah pada kuasa bajet

Sebelum korang pentingkan mantra hartanah (lokasi, lokasi, lokasi), mulakan dulu langkah pertama yang lebih penting ini.

Perkara yang dimaksudkan adalah bajet.

Dengan begitu banyak jangkaan kewangan dan sumber yang terhad, membeli hartanah pertama mungkin akan jadi beban kewangan yang besar.

Seperti mana-mana pelan kewangan, langkah yang perlu kita ambil adalah:

  • Menilai semula aliran tunai semasa kita daripada pendapatan semasa,
  • Kategorikan perbelanjaan kepada “keperluan” dan “kehendak,”
  • Simpan dana kecemasan yang mencukupi sebelum membeli rumah pertama. Ketepikan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bulan gaji,
  • Buat bajet mengikut kemampuan. Contohnya, korang mampu simpan RM1,000 sebulan. Buat pelan khusus dengan merancang berapa lama masa yang kita akan ambil simpan 10% pendahuluan untuk beli rumah pertama nanti,
  • Berdasarkan bajet tadi, buat senarai rumah yang kita mampu beli. Takde guna kalau berikan sepenuh komitmen untuk membeli rumah yang akhirnya buatkan kewangan kita sesak. Lagipun, rumah pertama adalah satu keperluan, bukan kehendak,
  • Kalau nak simpan untuk satu jangka masa yang pendek, cari pelaburan yang rendah risiko,
  • Jangan lupa perbelanjaan ekstra yang kita akan tanggung bila membeli rumah pertama nanti, seperti yuran guaman, duti setem, perabot rumah, dan lain-lain,
  • Akhir sekali, pastikan semua aset, liabiliti dan pendapatan kita dilindungi dengan perlindungan insuran yang menyeluruh.

Lawrence Seow, CFP, Ketua Perancang Kewangan, VKA Wealth Planners Sdn Bhd (firma perancang kewangan berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia, juga penasihat korporat berlesen oleh Federation of Investment Managers Malaysia).

#7: Tetapkan dan berusaha untuk mencapai target

Bagi kebanyakan orang, membeli rumah pertama boleh berikan tekanan. Sebab kita masih lagi ada komitmen lain seperti pinjaman kereta dan tanggungan keluarga.

Sebab tu, penting untuk kita tetapkan matlamat untuk diri sendiri.

Kalau sasaran korang nak beli kediaman pertama dalam masa 3 tahun lagi, ketepikan sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatan bersih isi rumah, dan simpan minimum 20% (atau lebih) daripada harga rumah yang kita nak beli nanti.

Sebagai contoh, katakan pendapatan bersih isi rumah kita sebanyak RM6,500:

  • 30% simpanan bulanan selama 3 tahun untuk duit deposit rumah =
  • RM6,500 X 30% = RM1,950,
  • RM1,950 X 36 bulan (3 tahun) = RM70,200,

Dengan simpanan RM70,200, kita boleh cari rumah yang harga dalam lingkungan RM351,000.

Dengan menetapkan tarikh akhir yang realistik, kita akan didorong untuk mencapai matlamat ini.

Selain itu, saya juga sarankan untuk mengumpul sehingga 20% duit pendahuluan yang merangkumi yuran pemprosesan, yuran guaman, duit setem, dan lain-lain perkara.

– Nicholas Chu (CFP, IFP, RFP), Perancang kewangan dan juga speaker, Phillip Wealth Planner Sdn Bhd.

Berbekalkan tip yang praktikal, korang boleh mulakan langkah untuk membeli rumah pertama.

Apa-apa pun, tumpukan perhatian kat bab pengurusan kewangan terlebih dulu. Dan elakka buat keputusan yang buruk dengan duit yang korang simpan tu.

Tok doakan korang cepat-cepat beli rumah pertama. Ameen.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here