Skim ‘End-Financing’ PR1MA – Mudahkan atau susahkan pembeli rumah pertama?

Skim ‘End-Financing’ PR1MA – Mudahkan atau susahkan pembeli rumah pertama?

4142
2
SHARE
Sumber gambar: iProperty
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Nampaknya, peluang korang untuk memiliki rumah semakin cerah.

Lebih-lebih lagi untuk korang yang baru nak beli rumah pertama.

Dengan kemunculan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), atau PR1MA ’Stepped Up’ End-Financing Scheme, ini akan mudahkan ramai orang.

Tujuan utama skim ni nak membantu golongan yang susah nak dapatkan loan rumah daripada bank, dan tinggikan jumlah loan yang korang boleh pinjam.

Hadamkan sekarang perkongsian yang Tok baca dekat laman web PR1MA ni.

Apa kelebihan yang ada dalam skim terbaru ini?

Ciri-ciri utama skim ini merangkumi: 

  • Pembayaran berperingkat,
  • Akses kepada Akaun 2 KWSP bagi tujuan perumahan, dan pengecualian duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA), dan
  • Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement).

Apakah fungsi skim ini secara ringkas?

Skim Pembiayaan Akhir PR1MA adalah skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA, yang tawarkan pakej pinjaman menyeluruh seperti:

  • Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman,
  • Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA, sehingga persaraan atau tamat tempoh pinjaman

Skim ini wujud sebagai pemudahcara kepada pembeli kediaman PR1MA, untuk ringankan beban dalam pembayaran ansuran bulanan pada peringkat awal.

Secara keseluruhannya, skim ini beri peluang kepada pembeli untuk dapatkan pinjaman yang lebih tinggi.

Apakah keistimewaan skim ini berbanding pembiayaan sedia ada/konvensional?

Keistimewaan skim ini melayakkan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan akhir, serta mengurangkan beban kewangan bulanan melalui cara berikut:

•   Pembayaran berperingkat, di mana bayaran ansuran bulanan dihadkan kepada jumlah yang lebih rendah untuk 5 tahun yang pertama.

Kemudiannya, dianjakkan kepada jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ke-6 sehingga tamat tempoh pembiayaan; dan

•   Penggunaan caruman bulanan Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan untuk sebahagian daripada ansuran bulanan.

Dengan keistimewaan ini, pembeli boleh merancang kewangan dengan lebih teratur.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran berperingkat (“stepped-up financing”)?

Pembayaran berperingkat adalah seperti berikut:

  • 5 tahun pertama: Bayaran faedah sahaja,
  • Tahun-tahun seterusnya: Bayaran faedah dan prinsipal.

Pembeli boleh memilih untuk bayar prinsipal berserta faedah lebih awal daripada tahun ke-5, bergantung pada kemampuan kewangan semasa korang.

Boleh ke pilih opsyen pembayaran berperingkat, pembiayaan melalui caruman KWSP, atau kedua-duanya sekali?

Korang boleh pilih salah satu, atau kedua-duanya sekali.

Apakah bank-bank yang menawarkan skim ini?

Panel bank PR1MA seperti berikut:

  • Maybank,
  • CIMB,
  • RHB, dan
  • AmBank.

Apakah kadar bayaran bulanan dibawah skim ini?

Korang boleh hubungi panel bank yang berikut:

  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (03-9206 8118 / 082-276118)
  • AmBank (03-2178 8888)

Siapakah yang layak memohon skim ini?

Skim ini dikhususkan kepada pembeli yang telah menerima tawaran kediaman PR1MA.

Syarat kelayakan untuk mendapatkan kediaman PR1MA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia,
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas,
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM10,000,
  • Kediaman yang pertama atau kedua.
  • Syarat kelayakan opsyen pengeluaran Akaun 2 KWSP:
  • Merupakan pencarum KWSP,
  • Tak pernah membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan pembiayaan rumah.

Apakah proses permohonan skim ini?

Kalau korang dah terima surat tawaran Offer to Purchase pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut:

  • Maybank,
  • CIMB,
  • RHB, dan
  • AmBank.

Bila saya boleh mula memohon skim ini?

Permohonan untuk kediaman PR1MA telah dibuka.

Kalau korang dah terima surat tawaran Offer to Purchase pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut:

  • Maybank,
  • CIMB,
  • RHB, dan
  • AmBank.

Saya telah disenarai hitamkan didalam CCRIS. Adakah saya masih layak untuk skim ini?

Maaf. Korang tak layak.

“Boleh Tok bagi contoh kiraan skim ini?”

Bawah ni Tok sertakan contoh ilustrasi bagaimana ‘End-Financing’ PR1MA ni berfungsi:

Nota: Ini adalah kiraan secara kasar berdasarkan maklumat yang ada di laman web PR1MA, dan jadual yang Tok baca dekat laman web The Star.

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai skim ini?

Sila hubungi (masa waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat):

  • PR1MA (Call Centre: 03-7962 4374, website: www.pr1ma.my)
  • EPF (03-8922 6000)
  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (082-276118/ 03-9206 8118)
  • AmBank (03-2178 8888)

Bagi korang yang belum pernah beli rumah, ini satu peluang emas yang tak patut korang lepaskan.

Tapi, terpulang la. Korang nak mendaftar sekarang atau esok. Lambat bertindak, memang bye bye. 

Apa kata korang? Tok jemput SHARE pandangan dan buah fikiran dekat bahagian komen.

Tak lepas PR1MA? Ada satu lagi cara beli rumah dengan modal minima

Korang memang tak tahan dah. Apa pun yang jadi, tahun ni korang nak ada sebiji rumah jugak.

Tak bermakna korang tak lepas beli rumah PR1MA, korang langsung tak boleh beli rumah murah. Ada caranya.

Serius nak tau? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar.

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY