PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Dah 6 bulan penyewa tak bayar sewa. Apa patut saya buat?” – Azrin

Tok percaya, banyak tuan rumah yang baik hati kat luar sana.

Tapi kalau dah sampai 6 bulan sewa tak berbayar, pening jugak. Parah kalau dapat jenis penyewa yang buat don’t know.

Tak cukup dengan tu. Dah la buat salah, degil pulak nak keluar rumah. Tambah pening kepala tuan rumah.

Pasti ramai yang berdepan dengan masalah ni. Takpe, Tok ada jumpa ilmu yang power ini.

Hadamkan betul-betul perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor kalau nak masalah ni selesai. Ini tindakan mengikut undang-undang yang korang boleh buat.

Guna ilmu hitam untuk halau penyewa? Gila!

Saya fikir ramai yang mengalami keadaan macam ni :

“Saya ada sewakan rumah saya kepada penyewa. Tetapi penyewa dah 6 bulan tak bayar sewa.”

“Saya dah mintak penyewa keluar daripada rumah sewa, tetapi dia enggan keluar. Apakah tindakan yang patut saya lakukan?”

Ramai yang memberi pandangan dan cadangan untuk selesaikan masalah tersebut mengikut pengalaman masing-masing.

Ada yang mencadangkan buat report polis, potong bekalan elektrik dan air, tukar mangga pagar, tampal iklan rumah akan dijual, lantik kontraktor buat renovation rumah dan macam macam lagi.

Bahkan, ada juga yang mencadangkan guna samseng dan ilmu hitam untuk keluarkan penyewa. Astaghfirullah.

Tahukah anda, cara-cara tersebut walaupun secara kebetulannya mungkin berkesan dalam sesetengah keadaan, tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang ditetapkan oleh undang undang.

6 cara ‘halau’ penyewa, 100% ikut undang-undang

Report polis misalnya bukanlah cara yang tepat untuk selesaikan masalah tunggakan sewa. Ini kerana urusan sewaan adalah transaksi kontrak antara owner dan penyewa.

Jadi, tindakan yang boleh diambil hanyalah melalui tindakan sivil. Melainkan wujudnya elemen jenayah dilakukan oleh penyewa tersebut terhadap owner seperti ada ugutan jenayah, atau cubaan mencederakan owner dan sebagainya.

Cara yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang adalah seperti berikut :

1) Lantik peguam sivil.

2) Peguam akan hantar notis tuntutan tunggakan sewaan terhadap penyewa. Penyewa diberi masa 7 hari untuk menjelaskan bayaran sewaan yang tertunggak.

3) Jika penyewa masih enggan bayar tunggakan sewaan, peguam akan hantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa.

4) Jika penyewa enggan mengosongkan premis sewaan, peguam akan failkan saman terhadap penyewa.

5) Setelah dapat penghakiman daripada Mahkamah, peguam akan failkan permohonan Writ of Distress.

6) Setelah perintah Writ of Distress diperolehi daripada Mahkamah, owner dan peguam akan pergi dengan bailiff (wakil mahkamah) diiringi dengan polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosongkan premis tersebut.

Barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung segala tunggakan sewa dan kos-kos yang berkaitan.

Jangan biarkan diri hanyut dengan emosi

Maka, jika ingin selamat, gunakanlah pendekatan perundangan. Bukannya mengikut emosi dan kemarahan semata-mata.

Tindakan berdiam diri dan bersabar lebih lama juga hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jadi, bertindaklah sekarang mengikut peruntukan undang-undang.

Tok faham. Kalau dah melampau sangat, siapa pun akan rasa tercabar. Memang rasa macam nak ajak penyewa tu bertumbuk.

Tapi, buat apa korang susahkan diri korang kalau ada jalan yang senang? Lebih-lebih lagi, semua ini mengikut undang-undang.

Jemput SHARE perkongsian bermanfaat ini supaya lebih ramai tahu. Mungkin ramai lagi kat luar sana ada masalah dengan ‘penyewa dari neraka.’

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. selepas habis notis 1 bulan dan penyewa tetap degil dan tidak mahu keluar dari rumah,process untuk mendapatkan perintah mahkamah akan mengambil berapa lama? dan kos anggaran?

  2. Berapa anggaran keseluruhan kos utk upah peguam sehingga tamat tuntutan?

  3. Boleh ke seorg penyewa rumah menyewakan sebuah bilik kepada org lain?dan boleh ke tuan rumah meletakkan syarat kepada penyewa dimana org luar atau tetamu mahupun ahli keluarga yg lain tidak dibenarkn masuk kedalam rumah tu.jika tidak penyewa akan dihalau.