‘Nampak mahal, tapi murah?’ – Peguam ini jelas kenaikan fi guaman bukan...

‘Nampak mahal, tapi murah?’ – Peguam ini jelas kenaikan fi guaman bukan seperti yang anda sangka

2473
8
SHARE
Sumber gambar: town-property.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pada tarikh 15 Mac yang lepas, Majlis Peguam ada buat perubahan pada skala nilai kos guaman bila membeli rumah.

Tok ada cover topik ni. Kalau korang tak ingat, klik sini untuk baca balik.

Tok sarankan korang hadamkan yang tu dulu, baru sambung baca artikel ini.

Bila dapat tau pasal benda ni, maka ramai la yang mengeluh. Lagi-lagi bila tengah waktu ekonomi tak cantik bagai.

Memang orang tak berselera nak dengar berita macam ni.

Mula-mula, Tok pun rasa macam apa yang korang rasa tu. Tapi lepas baca perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor (Presiden HartaGuam) ni, baru Tok bertambah jelas.

Memang tak seperti apa yang ramai orang sangka. Baca sekarang kalau korang serius nak tau.

Bertambah beban si pembeli rumah?   

Sejak minggu lepas, ramai yang tak senang duduk bila dengan cerita tentang fi guaman yang kononnya, naik sampai 20% berbanding sebelum ni.

Siapa yang suka dengar cerita harga naik?

Rasanya, takde seorang pun. Dan sebab kenaikan fi ni, MAHAL jadi perkataan yang trending pada hari tu.

Bahkan, ada juga pihak wartawan dapatkan komen saya tentang perkara ini.

Sukacita saya maklumkan. Memang ada pindaan dibuat oleh Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017 yang berkuatkuasa pada tarikh 15 Mac 2017 (minggu lepas).

Apa yang berubah dekat kos guaman sebelum ini?

Sebelum ni, kalau korang beli rumah:

  • RM150,000 pertama akan dikenakan caj 1%,
  • RM150,001 hingga RM850,000 yang berikut akan dikenakan caj 0.7%, dan
  • RM850,001 hingga RM2,000,000 akan dicaj 0.5%.

Yuran guaman paling minimum pulak ditetapkan pada kadar RM300.

Kalau ikut pindaan yang terbaru pulak:

  • RM500,000 yang pertama akan dicaj 1%,
  • RM500,000 berikutnya, korang akan dicaj 0.8%,
  • RM2,000,000 seterusnya, korang akan dicaj 0.7%,
  • RM2,000,000 berikutnya, akan dicaj 0.6%,
  • RM2,500,000 yang berikutnya, akan dicaj 0.5%,
  • Kalau nilai rumah lebih RM7,500,000, boleh dirunding (tapi tak boleh lebih daripada 0.5% daripada harga rumah)

Semakin mahal ke semakin murah? Nombor tak pernah menipu

Saya bagi contoh. Katakan, korang beli rumah harga RM500,000.

Ini kiraan sebelum pindaan dibuat:

  • RM150,000 pertama (1%) =
    • RM1,500,
  • Baki RM350,000 (0.7%) =
    • RM2,450,
  • Total = RM3,950

Ini pula cara kira selepas pindaan dibuat:

  • RM500,000 pertama (1%) =
    • RM5,000,
  • Tolak dengan diskaun 25% =
    • RM1,250
  • Total = RM3,750

Ada berlaku pengurangan pada kos sebanyak RM300. Kalau dah 10 kes, peguam dah kurang untung sebanyak RM3,000. Kalau lebih, jumlah ni dah tentu semakin besar.

Mungkin anda tak terkesan. Tapi…

Hakikatnya, takde kenaikan kepada fi guaman seperti yang korang dengar tu. Yang ada, hanyalah pindaan kepada skala fi kadar guaman je.

Bahkan, kalau dibuat pengiraan sebenar berdasarkan pindaan tersebut, jumlah keseluruhan fi guaman mungkin akan jadi lebih rendah (dan tentu lebih murah), berbanding sebelum ni.

Mungkin ini maksud yang ramai sahabat peguam saya cakap sebelum ini:

“Fi guaman baru ni nampak je MAHAL, tapi sebenarnya lebih MURAH daripada sebelum ini.”

Pindaan ni tak bagi apa-apa kelebihan pun dekat peguam hartanah seperti kami ni.

Cuma, ini akan beri kesan negatif kat firma guaman kecil (yang uruskan kes urusniaga hartanah yang sikit) berbanding firma guaman yang besar.

In Shaa Allah HartaGuam akan adakan perbincangan lanjut dengan Majlis Peguam untuk cadangkan, supaya perlaksanaan pindaan ni dikaji semula agar ia bersifat lebih adil kepada semua peguam.

Terima kasih.

Salkukhairi Abd Sukor,

PRESIDEN, PERSATUAN GUAMAN HARTANAH MALAYSIA (HartaGuam)

Bila dah habis baca penjelasan tadi, baru terasa ringan sikit kepala tu, kan?

Korang dah tak payah risau bayar kos guaman yang tinggi. Jelas dah korang akan bayar jumlah yang lebih rendah berbanding sebelum ni.

Semoga perkongsian bermanfaat ni berjaya cerahkan pandangan korang tentang topik ni. Jemput SHARE kat kenalan korang yang lain supaya ilmu ni tersebar luas.

Kos guaman bertambah murah. Takde sebab dah untuk anda skip beli rumah pertama tahun ini

Ini satu kelebihan yang tak disangka-sangka. Paling kurang, pengurangan kos ni sedikit sebanyak akan bantu ringankan beban korang.

Dan sebab tu jugak, korang tak patut lepaskan peluang emas ni untuk beli rumah cepat-cepat tahun ni.

Yang baru dan tak tau mana nak mula, belajar sekarang dengan 16 pelabur hartanah otai ni. Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

8 COMMENTS

  1. Diskaun 25% tuh wajib diberikan atau atas budibicara peguam? Sbb dkt skala fi yg baru x sebut psl diskaun.. hanya pada contoh pengiraan baru ada 25% diskaun.

  2. Patutnya lawyer2 yang mengeluh…ini pelabur hartanah lak nak mengeluh…nak berjaya jgn kuat mengeluh ye tak Tok?

  3. Saya tak faham sebab cara perbandingan tidak telus. Kenapa ada diakaun 25% untuk pengiraan baru dan tidak dimasukkan dalam pengiraan lama? Ada penjelasan yang lebih lanjut untuk dikongsi?

  4. Saya tolong perjelaskan 25-30% adalah diskaun yg layak jika membeli rumah baharu dari pemaju berlesen. Bermakna kalau beli rumah subsale tak dapat diskaun ini.
    Saya copy penerangan Tok dr terdahulu untuk rakan2 pembaca.
    [Dan sama seperti sebelum ni jugak, korang layak dapatkan diskaun kos guaman antara 25% hingga 35% kalau beli rumah baru (undercon) daripada pemaju berlesen]

  5. [Dan sama seperti sebelum ni jugak, korang layak dapatkan diskaun kos guaman antara 25% hingga 35% kalau beli rumah baru (undercon) daripada pemaju berlesen.

LEAVE A REPLY