PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Pasaran hartanah dijangka kembali cergas pada separuh kedua 2016.

Pasaran hartanah Malaysia dijangka akan kembali cergas bermula separuh kedua tahun 2016. Ia berdasarkan tanda-tanda pemulihan industri ini yang mula terlihat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chnmiel berkata, pasaran hartanah negara ini akan meningkat apabila penggiat mula sesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi.

“Jumlah yang hadir untuk mendengar pendapat pakar rekodkan peningkatan yang ketara.

Semakin ramai yang libatkan diri dengan seminar hartanah. Ini jadi bukti yang menyokong jangkaan kami.”

“bermakna, orang ramai mula berminat dan sedar, masa terbaik untuk membeli adalah sekarang sebab harga hartanah dah pun diselaraskan,” jelas beliau kepada Bernama.

Sepanjang separuh pertama tahun ini, prestasi pasaran hartanah Malaysia agak suram, dan penggiat industri masih dalam proses menyesuaikan diri dengan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun lepas.

Permintaan rumah kos sederhana ada potensi meningkat.

Chnmiel menambah, ramai yang semakin berhati-hati atas perlaksanaan sistem cukai baru, selain peningkatan kos sara hidup, serta ketidaktentuan ekonomi semasa.

Hartanah berharga RM500,000 ke bawah dijangka akan mendapat permintaan tertinggi dari kalangan pelabur dekat Kuala Lumpur.

Manakala, kadar pembelian hartanah berharga antara RM800,000 ke RM1 juta juga dilihat semakin bertambah.

“Pembangunan bercampur, antara kondominium dan rumah atas tanah, juga dijangka akan terima permintaan tinggi daripada pembeli, selain projek rumah mampu milik yang dilancarkan kerajaan,” jelas beliau.

Beberapa penganalisis berpendapat, pasaran hartanah tempatan akan kekal suram sepanjang tahun ini akibat lojakan harga sejak beberapa tahun lepas.

Selain itu, langkah pengetatan juga jadi salah satu faktor yang jejaskan jualan hartanah, dan buatkan pembeli lebih berhati-hati.

Garis panduan pinjaman bank yang semakin ketat sebab hutang isi rumah semakin meningkat, juga menjadi sebab rekod jualan yang lebih rendah.

(Sumber asal: Free Malaysia Today)

Photo by Al404 cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *