Home Tip sewa rumah kepada penyewa Owner tak berhak halau penyewa? Lelaki ini kongsi 11 tip penyewa wajib...

Owner tak berhak halau penyewa? Lelaki ini kongsi 11 tip penyewa wajib buat (Siri Akhir)

2919
2
SHARE
Sumber gambar - News18.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Masih hangat lagi kes berkaitan poster yang PPIM muat naik dalam Facebook mereka.

Dan semalam, Tok ada kongsikan apa yang owner rumah boleh buat untuk elakkan masalah dengan penyewa.

Hari ni, Tok dah janji nak kongsikan pula tentang hak penyewa.

Mungkin ada antara penyewa fikir, mereka ada back-up besar sebab ada Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950.

Tapi, betul ke? Jemput hadam fahamkan perkongsian sempoi Tuan Jimmy Haryzul tentang topik ini.

Nota : Korang belum baca siri pertama? Klik sini sekarang.

Apa pulak hak yang penyewa ada?

Semalam saya share mengenai langkah-langkah asas yang owner boleh buat dalam menghadapi penyewa.

Hari ini saya share langkah-langkah yang penyewa boleh buat untuk menghadapi owner pulak :

#1 : Dah stamped ke, belum?

Sebelum apa-apa, pastikan korang dapat tenancy agreeement yang stamped.

#2 : Periksa tenancy agreement betul-betul

Pastikan korang tahu korang berurusan dengan siapa. Yang tandatangan tenancy agreement tu, adakah owner ataupun pihak lain?

Untuk pastikan maklumat pemilik rumah tu sama dengan tenancy agreement, korang boleh periksa dengan maintenance office. Atau minta satu salinan muka depan Sale and Purchase Agreement yang membuktikan nama owner tersebut.

Nota tambahan : Jika orang itu subletter, kalau boleh minta salinan surat kebenaran dari owner asal untuk mengelakkan sebarang isu pada masa depan.

#3 : Pastikan rumah dalam keadaan ‘livable condition’

Sebelum sign tenancy agreement, pastikan barang-barang rumah tu dalam keadaan elok semasa korang masuk rumah.

Kalau ada sebarang kerosakkan, maka korang kena ambil gambar, maklumkan kepada owner dan catitkan dalam tenancy agreement.

Owner wajib memastikan rumah dalam keadaan ‘sesuai didiami’ (liveable condition). Penting juga bagi mengelakkan owner tuduh korang yang rosakkan barang/rumah.

#4 : Apa-apa hal, bagitahu owner dulu

Kalau ada benda nak repair dalam rumah tu, kena inform dulu owner rumah. Jangan main repair tanpa inform, lepas tu nak claim dari owner

#5 : Jangan tangguh bayar sewa

Pastikan korang bayar sewa tepat pada masanya. Jangan tak bayar. Setiap hari kelewatan tu, owner boleh claim kerugian tau.

P/S : Bab ini bergantung pada budi bicara owner. 

#6 : Ikut segala undang-undang dan syarat menyewa

Pastikan korang ikut undang-undang dan syarat penyewaan.

Kalau korang main belasah je, point-point tu owner boleh gunakan untuk batalkan tenancy agreement, lantas suruh korang keluar rumah.

#7 : Owner boleh masuk rumah sewa sesuka hati?

Sepanjang tempoh korang menyewa di sana seperti yang termaktub dalam tenancy agreement, hak privasi korang wajar dihormati owner.

Jadi, owner tak boleh buat gangguan walaupun itu rumah owner. Contohnya, owner tiba-tiba nak buat kenduri kat rumah tu. Ini memang tak boleh. Hehe.

#8 : Jangat buat ‘kerja gila’ ini

Kalau bergaduh dengan owner, jangan sampai buat ugutan pula pada owner. Boleh jadi kes polis nanti.

#9 : Buat laporan kalau owner tunjuk samseng

Kalau owner ambil tindakan secara samseng, ugutan, jangan lawan balik. Lapor sahaja kepada polis. 

#10 : Boleh ke owner tukar kunci dan ‘potong’ eletrik?

Owner memang tak boleh potong bekalan air, elektrik atau tukar kunci rumah. Semua ni diatas faktor keselamatan penghuni rumah tu.

Bayangkan kalau korang ada anak kecil yang perlukan bantuan alat pernafasan elektrik (atau lain-lain alat medik), lepas tu takde elektrik dan berlaku kematian, siapa yang harus dipersalahkan?

Kalau owner tukar kunci pulak, korang tak boleh keluar rumah pulak. Lepas tu berlaku kebakaran, kemudian berlaku kematian (macam kes kebakaran tahfiz tu). Siapa yang salah?

Nota : Saya tahu ramai owner rumah mungkin tak suka dengar benda ni tapi sudah sampai masanya owner rumah kena faham akan implikasi buruk yang boleh berlaku bila owner ambil tindakan seperti diatas.
Owner bakal dituduh dengan tuduhan lebih berat dimahkamah nanti. Membunuh tanpa niat mungkin? (Pihak peguam lebih tahu hal ini).

#11 : Penyewa ada back-up. Macam mana dengan owner

Okay, korang penyewa mungkin rasa korang dah kebal kan? Haha, sabar dulu.

Memang betul owner tak boleh halau korang sesuka hati walaupun korang tak bayar sewa berbulan. Tapi ingat sikit, korang dah sign tenacy agreement di mana agreement tu diiktiraf dalam undang-undang.

Korang seronok sangat tengok akta Relif Spesifik Seksyen 7 (2) tu kan? Sekarang tengok akta ni pula:

“Under Section 28(4) of the Civil Law Act : Every tenant holding over after the determination of his tenancy shall be chargeable, at the option of his landlord, with DOUBLE THE AMOUNT OF HIS RENT until possession is given up by him or with double the value during the period of detention of the land or premises so detained, whether notice to that effect has been given or not.”

Owner boleh claim duit sewa DUA KALI GANDA dari apa yang korang sepatutnya bayar tau!

Tu belum kalau owner dah buat tuntutan sivil dekat mahkamah nanti, segala kos lain dia akan tuntut (contohnya kelewatan bayar loan bank, kerugian masa, tenaga, kos pengangkutan, kos mahkamah, etc).

Elok-elok korang hutang owner duit sewa rumah je, tak pasal-pasal korang kena tanggung segala kos kerugian owner tu berganda-ganda dari kos asal.

Silap-silap, korang yang bankrap.

Berbaloi ke korang fight owner? Tepuk dada, dan tanya akaun bank korang. Hehe

Berbaloi ke buang duit dan masa di mahkamah?

So, janganlah buang masa duit dan tenaga korang macam ni. Bayar je sewa rumah dan kalau ada masalah kewangan, nego lah dengan owner.

Owner pun manusia juga. Bukan robot. Asalkan ada komunikasi berkesan antara korang dan owner. KOMUNIKASI tu penting.

Kalau ada berhubung dengan owner semasa negotiation tu, biarlah ada “black and white” (e.g surat, email, WhatsApp). Penting untuk rekod dan rujukan untuk elakkan kekeliruan masa depan.

Ni ada pulak nak jadikan PPIM sebagai perisai keculasan tak bayar sewa. Kalau bukti-bukti banyak memihak pada owner dan owner bawak ke mahkamah, korang rasa PPIM nak back-up korang juga ke?

Silap-silap PPIM sendiri yang “basuh” korang suruh bayar sewa balik, atau mereka langsung tak ambil kes korang.

Macam kes doktor gigi tu. Terus PPIM buat sidang media kata PPIM tak back up doktor gigi palsu tu, sebab kes tu dah masuk mahkamah. Masak la korang kalau berurusan dengan owner yang cerdik.

Dalam kes ni, korang sebagai penyewa patutnya lebih takut apabila owner kata nak bawak kes ke mahkamah. Sebab kemungkinan korang kena bayar berganda-ganda dari duit sewa tertunggak tu amat tinggi.

Nota #1 : Saya bukanlah peguam yang pakar undang-undang, tapi ini hanyalah sedikit dari pengalaman saya sebagai pelabur, tuan rumah, dan perunding hartanah dalam melihat bermacam-macam kes penyewaan (termasuk kes rumah saya sendiri).
Yang banyaknya saya lihat kes jenis “cincai,” contohnya macam takda agreement. Tu yang buat gaduh. (Apa-apa detail, rujuk terus peguam anda. Mereka lebih pakar).
Nota #2 : Langkah-langkah di atas bukan la “perfect,” sehingga menjamin takda masalah bakal berlaku. TIDAK.
Tapi bila korang ambil tindakan-tindakan “basic” seperti diatas, sekurang-kurangnya dapat elakkan perkara-perkara salah faham, pusing-pusing cerita berlaku. 
Nota #3 : Dengan adanya bukti-bukti yang kuat memihak kepada korang (baik korang sebagai penyewa mahupun owner), pihak satu lagi tu pun bukan senang-senang nak buli korang, kan?
Jadi mungkin ada peluang kedua-dua pihak nego dan selesai luar mahkamah je. Dua-dua pihak dapat jimat wang, tenaga dan masa

Sekarang, dua-dua belah pihak dah tahu hak masing-masing.

Kalau boleh, jangan la sampai bawak perbalahan korang tu ke kandang mahkamah. Panjang cerita tu. Bagi Tok, semua benda boleh bawak berbincang.

Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat. Biar lebSeksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950ih ramai lagi orang tahu pasal ini.

2 COMMENTS

  1. Ada lawyer share balik respon kpd poster ppim ni mengatakan dalam tenancy agreement dah stated bila penyewa x bayar untuk sekian waktu, perjanjian tersebut terbatal secara automatik. Maka owner berhak menghalau bekas penyewa keluar, menukar kunci, memutuskan bekalan elektrik dll. Komen tuan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here