Home Tip sewa rumah kepada penyewa Owner tak berhak halau penyewa? Lelaki ini kongsi 8 tip owner rumah...

Owner tak berhak halau penyewa? Lelaki ini kongsi 8 tip owner rumah wajib buat

5147
2
SHARE
Sumber gambar - gazetaingush.ru
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Jumaat lepas, kecoh pulak pasal poster PPIM muat naik berkaitan Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950.

Bagi yang belum tahu, Tok kasi pendek cerita supaya korang senang faham. Korang sendiri boleh tengok poster tu kat bawah nanti.

Akta ni menjelaskan yang owner tak boleh halau penyewa selagi takde sebarang perintah mahkamah. Dan korang jugak tak boleh nak tukar kunci (atau mangga kunci) ikut suka hati.

Mesti ada yang ‘panas’ bila dengar semua ini. Relax. Tok ada ilmu baik punya nak kongsikan kat korang.

Sebelum korang meletup tak tentu pasal, Tok sarankan korang kasi hadam ilmu power Tuan Jimmy Haryzul ni. Sebab amal 8 tip ni, masalah ni macam tak wujud bagi beliau.

Memang ada ke undang-undang ini? 

Sumber asal – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (FB)

Viral Jumaat lepas bila PPIM post pasal undang-undang, di mana tuan tanah (landlord/owner) tak boleh halau penyewa (tenant) sesuka hati. 

Betul ke kalau itu rumah kita, maka kita boleh buat sesuka hati pada penyewa?

Sebenarnya apa yang PPIM share tu, benda betul. Saya pun baru sedar kewujudan undang-undang ini semasa buat sublet dulu.

Tambah-tambah sekarang ni, dah bekerja sebagai Real Estate Negotiator. Lagi la buatkan saya terdedah kepada macam-macam kes penyewaan ini.

Baik dari kes penyewa jenis liat bayar duit sewa, sampai la ke kes yang tuan tanah halau penyewa dalam “short notice.

So dalam kebanyakkan kes masa saya nak sewakan rumah, saya akan advice kedua-dua pihak (owner dan tenant) seperti di bawah, supaya masing-masing faham dan dapat menjaga hak mereka.

Untuk hari ni, saya akan cover untuk owner (pemilik rumah) dulu. Esok saya akan share untuk penyewa pulak.

Ini 8 tindakan owner wajib buat sebelum sewakan rumah

Sebelum korang nak sewakan rumah, buat dulu semua ini :

#1 : Terima undang-undang sedia ada

Akur dengan undang-undang. Jangan buat benda dil uar undang-undang, dan jangan buat tindakan terburu-buru.

#2 : Ini cara betul tapis penyewa. Tak buat, tanggung sendiri

Tapis penyewa betul-betul. Ambil maklumat syarikat bakal penyewa bekerja, nombor majikan, nombor telefon keluarga, business card, slip gaji, dan lain-lain.

Proses ni penting untuk elakkan korang dapat penyewa “keras kepala”.

#3 : Buat 2 salinan dokumen ini?

Buat perjanjian tenancy agreement sebanyak 2 salinan. Dan sila stamp-kan di LHDN dan pastikan penyewa dapat 1 salinan agreement tersebut.

Jangan korang simpan pula kedua-dua salinan tu. Ada owner yang tak nak stamp pun ada. Nak jimat kos dan nak elak cukai katanya. Parah.

#4 : Satu indikator pastikan anda dapat ‘penyewa dari syurga’

Bab deposit pulak, jangan la korang kurangkan.

Wajibkan penyewa bayar penuh deposit sekuriti selama 2 bulan, 0.5 months deposit utiliti, advance rental selama 1 bulan, dan juga tenancy agreement fees.

Kalau jenis tak nak bayar deposit penuh tu, tak digalakkan korang ambil sebagai penyewa. Sebabnya dari situ korang dapat tahu beliau ada masalah kewangan. Korang nak ke penyewa yang ada masalah kewangan?

Tips : Sila minta penyewa sediakan post dated cheque kalau boleh. Cukup bulan, korang masukkan je cek tu. Kan senang kerja. Minta dulu dengan penyewa. Kalau tak dapat, tak apa.

#5 : Cakap saja, tak jalan. Apa nak buat?

Kalau ada pun masalah sepanjang sewaan, biasakan berhubung dengan penyewa berserta black and white. Jangan sekadar verbal sahaja. Ini sebagai bukti korang.

#6 : Kirim ‘surat cinta’ kepada penyewa terlebih dahulu

Jika penyewa tak bayar sewa, bagi amaran bertulis dulu dan ingatkan tanggungjawab mereka buat bayaran sewa rumah.

#7 : Bawa berbincang elok-elok

Kalau penyewa tak bayar jugak, sila buat negotiation dulu. Jangan korang terus serang penyewa pulak. Nanti mereka jadikan ini poin dalam mahkamah pulak nanti.

#8 : Keluarkan penyewa dengan cara baik

Untuk kes penyewa yang memang degil, “bantu” mereka untuk keluar rumah dengan keadaan baik.

Fahami masalah mereka dan cuba tawarkan bantuan untuk selesaikan masalah tersebut.

Ini satu contoh. Kalau mereka tak jumpa rumah lagi, korang bantu la mereka cari rumah. Bantu setakat mana mampu dan logik akal. Jangan korang bantu dengan masuk meminang anak dara penyewa tersebut dah la. Haha!

Yang penting, jangan cari gaduh 

Apa pun, terasnya adalah mengelakkan kekasaran berserta ugutan semasa berurusan dengan penyewa.

Tegas boleh. Tapi jangan sampai melanggar batasan bahasa, adab, dan undang-undang. 

Sampai ke hari ni, saya masih pakai semua strategi kat atas ni. Dan ini masih berkesan dalam menyelesaikan masalah penyewa.

Dah tu, apa tindakan penyewa pulak? Nampak baik je owner layan korang. Tambah-tambah lagi sebab post PPIM tu.

Hehe, jangan ingat senang-senang ya. Penyewa pun ada tanggungjawab yang tersendiri. Saya akan share pasal ni esok pagi.

Nota : Klik sini sekarang untuk baca siri terakhir. 

Tok boleh faham kalau korang rasa geram. Dah la rumah tu, rumah korang. Tapi penyewa pulak dapat perlindungan daripada akta ni.

Tapi dengan sediakan semua perkara ni siap-siap, korang dapat elakkan masalah ni seperti Tuan Jimmy.

Tak bermakna korang tak boleh buat apa-apa langsung. Takpe, nanti Tok akan gali lagi tentang ini pada masa depan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here