Home Undang-undang Semua owner rumah sewa perangai ‘kapitalis.’ Betul ke bohong?

Semua owner rumah sewa perangai ‘kapitalis.’ Betul ke bohong?

1982
0
SHARE
Sumber gambar - timeshighereducation.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dari minggu lepas, macam-macam tomahan dan perkataan pelik keluar daripada mulut netizen.

Dan semua tu, ditujukan khas untuk pemilik rumah sewa.

Sesetengah tu, memang boleh dikira sebagai kapitalis. Sewakan rumah tak ikut kadar sewaan semasa. Jenis ni, Tok sendiri pun tak gemar dan tentang habis-habisan.

Tapi yang pasti, bukan semua yang berperangai macam ni.

Hadamkan perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni supaya korang tahu bezakan, mana yang betul dan mana yang patut digelar kapitalis.

Mana satu yang layak digelar owner rumah kapitalis?

“Apa itu kapitalis?”

Menurut Wikipedia, Kapitalis atau Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu, tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam kes memberi sewaan rumah, tuan rumah TIDAK BOLEH dianggap sebagai kapitalis jika beliau :

#1 : Sewakan rumah pada kadar yang betul

Sewakan rumah pada kadar sewaan semasa, mengikut nilaian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau penilai berdaftar.

#2 : Penyewa tahu dan setuju dengan kadar sewa yang ditetapkan

Meminta penyewa menandatangani perjanjian sewaan yang dipersetujui bersama sebelum sewaan berkuatkuasa.

#3 : Jumlah deposit yang masuk akal

Meminta penyewa menyediakan deposit sekuriti dan deposit utiliti (api dan air) yang munasabah.

Deposit sekuriti yang munasabah adalah 2 atau 3 bulan sewaan. Manakala deposit utiliti yang munasabah adalah 1 atau 2 bulan deposit.

#4 : Penyewa tahu fungsi sebenar deposit rumah sewa

Memotong deposit sekuriti atau deposit utiliti sekiranya penyewa gagal menjelaskan sewaan, sebagaimana yang dipersetujui bersama.

Atau, sekiranya penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan rosak atau terdapat tunggakan bil utiliti oleh penyewa.

#5 : Bukan tak ada hati perut. Tapi bila keadaan memaksa…

Menamatkan perjanjian sewaan, jika penyewa gagal menjelaskan sewaan 2 atau 3 bulan berturut-turut tanpa sebab yang munasabah (tertakluk kepada budi bicara tuan rumah), selepas diberikan tempoh masa yang munasabah.

#6 : Keluarkan penyewa bermasalah dengan cara yang betul dan terhormat

Meminta penyewa meninggalkan rumah sewa secara terhormat atau melalui tindakan undang-undang yang berkenaan, sekiranya penyewa gagal mematuhi peruntukan dalam perjanjian.

#7 : Guna logik akal dengan sebaiknya

Meminta penyewa membaiki kerosakan rumah yang disebabkan oleh penggunaan harian penyewa seperti tandas atau sinki tersumbat, paip bocor, dan sebagainya.

#8 : Tuan rumah tak lupa kewajipan dunia dan akhirat

Membayar cukai daripada keuntungan sewaan rumah kepada kerajaan, dan mengeluarkan zakat/sedekah hasil daripada sewaan rumah tersebut kepada yang memerlukan.

#9 : Minta duit sewa cara baik

Follow up bayaran sewaan setiap bulan dengan penyewa melalui cara yang baik dan munasabah.

#10 : Sebelum apa-apa, minta izin penyewa

Meminta izin daripada penyewa untuk membuat inspection atau melihat rumah, dengan syarat perlu memaklumkan kepada penyewa terlebih dahulu.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat? 

  • Ikut Islam, bukan beerti kena bagi free,
  • Ikut Islam, bukan boleh buat sambil lewa atau buat cincai-cincai,
  • Ikut Islam, bukan beerti tak boleh tuntut hutang,
  • Ikut Islam, bukan beerti tak boleh bertegas,
  • Ikut Islam, bukan beerti tak boleh jadi kaya.

Yang penting, Islam ajar dalam sesuatu perkara yang kita buat, mesti ada 2 sifat ini :

  • Al-Adlu – Beerti berlaku adil, meletakkan hak ditempatnya,
  • Wal Ehsan – Buat yang terbaik.

Wallahualam. Jangan kecam saya. Saya tak perlekeh siapa-siapa. Sekadar memberi pandangan dan nasihat andai ianya boleh dimanfaatkan.

Ikhlas,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah Anda

Tak semua owner rumah yang menindas penyewa dengan kadar sewa pakai hati semata. Ramai je yang baik hati dan ikut cara betul kat luar sana.

Tak fair kalau kita tuduh semua owner rumah sewa macam tu. Dengan ilmu macam ni, korang akan tahu nak bezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Setuju?

Jemput SHARE perkongsian bermanfaat ini supaya lebih ramai orang tahu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here