Mampu ke anda tanggung untuk tinggal jauh daripada bandar?

Mampu ke anda tanggung untuk tinggal jauh daripada bandar?

3977
1
SHARE
Sumber gambar - propertezz.blogspot.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Selain nak pilih pasangan untuk berkahwin, pemilihan lokasi rumah mungkin perkara ke-3 terpenting yang korang akan buat dalam hidup.

Sekarang ni, dengan jelas, korang boleh tengok yang harga rumah semakin menggila. Dan ini beri kesan kepada bakal pembeli dengan bajet yang ketat.

Biasanya, projek perumahan yang terletak di luar Klang Valley dijual dengan lebih murah, berbanding rumah yang dekat dengan pusat bandar.

Cuma, larat ke korang tanggung kos untuk tinggal jauh (luar Klang Valley)?

Kalau nak tau jawapan, jemput hadamkan perkongsian yang Tok hadamkan di PropertyPriceTag ini.

Pernah kira berapa lama kita habiskan masa atas jalanraya? 

Tak dapat nak nafikan. Peluang kerja terbanyak dalam negara bertempat di pusat bandar.

Kalau korang tinggal kat luar kawasan Klang Valley, memang jauh perjalanan korang untuk ke tempat kerja.

Bukan takat tu je. Korang jugak kena menghadap untuk bayar tol, minyak, dan yang paling utama daripada semua tadi – masa yang korang gunakan untuk sampai ke tempat kerja.

Kalau ikut kajian laporan World Bank’s 2015 Malaysia’s Economic Monitor, penduduk Malaysia di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 270 hingga 500 juta jam, sebab tersekat dalam traffic jam pada tahun 2014.

Bermakna, rakyat Malaysia kerugian sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun untuk setiap orang – RM24.7 bilion atau 2.2% daripada Gross Domestic Product. Banyak gila tu!

Dan atas sebab ni, korang wajib ambil kira semua ni sebelum buat keputusan membeli, walaupun rumah tu berkali ganda lebih murah daripada rumah yang terletak dekat dengan pusat bandar.

Ada benda murah yang bagus, dan ada jugak benda murah yang tak bagus.

Kajian ini akan buka mata anda

PropertyPriceTag ada buat perbandingan 6 hartanah yang sama saiz kat beberapa lokasi berbeza di Kuala Lumpur untuk mengkaji perkara ni.

Sumber gambar – PropertyPriceTag

Ini antara anggaran yang dibuat untuk kajian ini :

  • Pembayaran balik loan rumah, dikira mengikut 4.75% untuk tempoh 30 tahun dan 90% pinjaman,
  • Jarak dan masa dikira berdasarkan maklumat Google Map,
  • Kos petrol dikira pada RM0.13 untuk setiap kilometer,
  • 20 hari bekerja dalam sebulan.
Sumber gambar – PropertyPriceTag

Apa beza harga antara kawasan luar bandar, dengan kawasan dekat dengan bandar?

Harga rumah ke Timur Selatan KL kelihatan agak mendatar (flat, tak banyak perubahan).

Bermakna, kalau korang beli rumah dekat kawasan situ, korang takkan dapat penjimatan yang ketara.

Sebaliknya pulak, harga rumah di kawasan Barat Selatan KL menunjukkan penurunan beransur-ansur.

Rumah dekat kawasan mana yang paling murah?

Kondominium Seri Pulai di Serdang adalah hartanah yang paling murah dalam survei ni.

Tapi kalau kita bandingkan bab jarak, kondo ni paling jauh di antara yang lain. Dan sebab jauh dengan pusat bandar, kita boleh jangkakan yang kos tol dan minyak akan jadi lebih mahal.

Dekat mana pulak lokasi rumah yang mahal?

Faber Ria di Taman Desa adalah hartanah ke-2 yang terletak dekat dengan pusat bandar. Dengan harga RM618,000, ini adalah hartanah yang termahal dalam survei ini.

Bermakna, korang kena tanggung kos gadai janji, bersama dengan kos tol dan petrol yang lebih tinggi.

Mana satu rumah yang paling dekat dengan pusat bandar?

Pemenang kategori ni adalah kondominium Casa Rio yang terletak di Maluri, Kuala Lumpur, pada jarak 7KM daripada pusat bandar.

Pada sudut harga, ia terletak di tempat ke-4 berbanding yang lain dalam survei ini.

Tapi kalau korang kira sekali kos untuk tol dan minyak ke pusat bandar, Casa Rio berubah menjadi tempat ke-2.

Apa pula rumah yang terletak paling jauh (dengan kos yang paling murah)?

Casa Tropika yang terletak kat Puchong menjadi rumah yang paling jauh terletak daripada KLCC dalam list ni.

Tapi dengan harga jualan yang rendah, dah tentu korang dapat kurangkan kos yang terlibat setiap bulan, walaupun korang dah kira sekali kos to dan petrol.

Cuma, korang kena menghadap 1 jam 30 minit punya perjalanan untuk ke pusat bandar. Sanggup tak?

Negara kita, okay lagi. Tapi jiran kita tak berapa nasib baik…

Seperti yang kita bincangkan tadi, korang tak boleh senang-senang beli sebab harga murah tanpa mengambil kira faktor masa.

Yang Tok tau, tak semua orang suka travel jauh-jauh untuk ke tempat kerja.

Purata masa untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja adalah 40 minit.

Bagi yang tinggal di bandar, jangan terkejut kalau menghabiskan 3 kali ganda masa korang kat atas jalanraya.

Dekat Bangkok lagi gila. Purata masa berulang-alik ke tempat kerja di negara mereka adalah 2 jam sehari.

Kalau kita bekerja selama 30 tahun, dah tentu sehabis boleh, korang nak elak hadap traffic jam. Masa itu emas, kan?

Jom buat kira-kira sikit. Katakan, gaji kita sebulan sebanyak RM5,000.

Dan dengan gunakan pengiraan Bank Dunia, kita bahagikan dengan 20 hari waktu bekerja, 8 jam sehari untuk tau berapa nilai masa korang – sebanyak RM31.25 sejam.

Kalau korang tinggal dalam kawasan bandar, memang korang dah tak boleh elak traffic jam. Tu sebab ramai tertumpu untuk beli rumah dalam kawasan Klang Valley, sebab nak jimatkan masa berulang-alik.

Ada yang lebih, ada yang kurang. Tak ada yang sempurna

Mungkin kalau tengok secara kasar, Casa Tropika tak bebankan korang dari segi nak tanggung kos ansuran bulanan.

Tapi kalau kira balik, kos yang korang kena tanggung untuk hadap traffic jam tu tak berbaloi. Korang boleh tengok kiraan kat atas tadi. Bukan sikit, tapi beribu.

Kos ini lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan kos untuk tinggal di rumah Taman Desa (yang harga RM618,000 tu), yang hanya jarak 12KM je dengan pusat bandar.

Dan dah jelas yang mana satu menjadi pilihan yang terbaik – Casa Ria di Maluri.

Dah la jarak hanya 7KM, tapi harga tak begitu mahal, masih bawah RM500,000 (dan ni adalah pilihan ke-2 termurah di antara yang lain).

Takde lagi formula yang tepat untuk tentukan antara harga rumah yang murah, dengan kos berulang-alik ke tempat kerja.

Tapi tak bermakna korang tak boleh buat apa-apa langsung. Buat kajian dulu sebelum korang beli rumah yang terletak agak jauh daripada kawasan bandar.

Lain orang, lain keperluan dan kapasiti. Sebelum buat sebarang keputusan, buat segala apa yang perlu dulu.

1 COMMENT

  1. salam sejahtera.

    tok penghulu, jika ini dikira yg terbaik (casa ria- maluri) dari segi jarak dan kos ulang alik.
    bagaimana pula dari segi hartanah apartment <300k?

    thanks,
    atikah

LEAVE A REPLY