Rugi tak gunakan loan rumah ini. Hidup lebih berkat, 20% diskaun duti...

Rugi tak gunakan loan rumah ini. Hidup lebih berkat, 20% diskaun duti setem pun dapat

4089
0
SHARE
Sumber gambar: WMA Property
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Masih lagi mencari-cari hartanah sampai sekarang?

Mesti ada antara korang tengah pening buat perbandingan antara loan rumah yang ada dalam pasaran. Dan biasanya, ramai yang akan pilih loan jenis konvensional.

Tapi, pernah tak korang kaji kelebihan yang ada pada loan rumah yang Shariah compliant (patuh Shariah)?

Mungkin lepas dah baca perkongsian Cikpuan Farah Joifin ni, korang akan tukar fikiran dan gunakan loan Islamik untuk beli rumah.

Selain dapat diskaun, hidup korang juga dijamin lebih berkat. Kiri kanan korang boleh makan. Untung la korang.

Macam mana pinjaman ini berfungsi?

Perkara paling asas tentang loan jenis Islamik adalah ia ada jaminan bebas riba (faedah), gharar (spekulasi), atau mana-mana transaksi haram (yang tak sah dari sudut undang-undang Islam) dan selaras dengan tuntutan Shariah.

Agama Islam tak menganggap wang yang kita gunakan hari ni ada nilai intrinsik. Bermakna, secara logiknya, duit tak boleh digunakan untuk jana lebih banyak duit.

Ini ciri-ciri yang ada pada produk kewangan konvensional. Sebab tu, bank Islamik perlu sediakan produk atau servis untuk jana untung.

Ada 2 jenis konsep yang digunakan untuk pinjaman rumah jenis Islamik. Satu buy and sell (Murabahah) dan satu lagi pajakan (Ijarah).

Dalam konsep Murabahah, korang akan pilih hartanah yang nak dibeli.

Jual beli atau pindah hak milik – Yang mana satu patut anda guna?

Menerusi pinjaman Islamik, korang dan pihak bank akan buat satu kontrak sebagai tanda setuju untuk mereka jual balik rumah tu pada harga yang lebih tinggi (atau harga yang korang dan bank persetujui).

Untuk konsep Ijarah pulak, ia berdasarkan kepada pemindahan hak milik hartanah pada akhir pajakan.

Bank akan belikan tanah untuk korang, dan korang akan buat bayaran ansuran setiap bulan kat mereka.

Konsep ini membolehkan korang membeli hartanah tu daripada bank.

Dengan kata lain, korang seolah-olah membayar “sewa” kepada bank, sampai habis.

Nota: Nak baca apa yang Tok kongsikan tentang loan rumah konvensional? Klik sini sekarang.

2 kelebihan (yang anda confirm dapat) bila guna loan patuh Shariah

  • Korang akan terima Ibra (rebat) daripada sesetengah bank yang sediakan pinjaman perbankan Islamik bila korang settle bayar ansuran rumah,
  • Di bawah Bajet 2016, semua pembiayaan perumahan Islamik akan dapat diskaun 20% untuk pengecualian duit setem. Ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk tingkatkan permohonan pembiayaan Islamik.

“Bank mana yang tawarkan loan rumah macam ini?”

Korang boleh pilih daripada 4 bank ni:

#1: Maybank Islamic Commodity Murabahah Home Financing-i

Kalau guna loan yang ni, korang akan dapat satu kontrak jual beli daripada Maybank.

Sebuah komoditi patuh Shariah akan digunakan (contohnya seperti minyak sawit mentah) sebagai aset pendasar (underlying asset) untuk transaksi jual beli antara korang dan bank.

Underlying asset ni bertujuan untuk mengumpul dana dan membiayai hartanah tu.

Pinjaman ni tawarkan kelayakan pinjaman hingga 70% daripada pendapatan kasar korang (tertakluk kepada kelulusan bank).

Korang boleh plih untuk guna kadar tetap (fixed), kadar keuntungan bertingkat (tiered), atau boleh ubah (variable) dengan pinjaman ni.

Kadar keuntungan efektif pulak, Maybank akan tentukan lepas permohonan loan korang lulus.

Loan ni takde lock-in period. So, korang tak payah risau pasal penalti. Dan bukan takat tu je. Korang siap dapat Ibra (rebat) kalau langsaikan loan rumah awal.

Korang boleh guna loan ni untuk beli rumah under construction atau rumah yang dah siap (subsale atau lelong).

Apa yang layakkan anda memohon?

  • Pendapatan minimum: RM24,000 setiap tahun.
  • Umur: 21 tahun ke atas.
  • Tempoh pembiayaan: 30 tahun atau umur 60 (yang mana terdahulu), atau 35 tahun atau umur 70 tahun untuk golongan professional dan graduan.

#2: Alliance Islamic Bank i-Wish Home Financing

Berdasarkan konsep jualan bayaran tertangguh (Bai’ Bithaman Ajil), ini satu lagi loan Islamik untuk korang yang tengah cari pembiayaan patuh Shariah.

Pinjaman ni sesuai untuk hartanah yang dah siap (subsale dan lelong) serta under construction, dan juga korang yang nak refinance rumah.

Kadar keuntungan (profit rate) juga akan ditentukan bila loan korang lulus nanti. Kadar Asas (BR) semasa untuk Alliance Bank adalah 4.37% (menurut aggaran RinggitPlus).

Nak fikiran yang lebih tenang? Korang boleh pilih untuk ambil Takaful bersama loan ni. Boleh korang lindungi keluarga kalau ada apa-apa yang buruk terjadi sepanjang tempoh membayar ansuran.

Nak lagi? Korang jugak layak dapatkan Ibra (rebat) kalau settle-kan loan rumah awal.

Apa yang layakkan anda memohon?

  • Pendapatan minimum: RM24,000 setiap tahun.
  • Umur: 21 tahun ke atas.
  • Tempoh pembiayaan: 35 tahun atau umur 75 (yang mana terdahulu).

#3: HSBC Amanah Home Smart-i

Konsep Musyarakah (perkongsian) jarang digunakan. Tapi ini yang pinjaman ni tawarkan kat korang.

Korang dan bank akan berkongsi beli hartanah. Dan korang akan mula bayar ansuran bulanan untuk kurangkan pemilikan hartanah bank. Bermakna, pemilikan korang pulak akan semakin meningkat.

Kadar keuntungan yang HSBC kenakan untuk loan ini adalah BR +0.95. Kadar BR semasa pula, 3.50% (menurut laman web iMoney).

Penting untuk korang tau yang ansuran bulanan boleh berubah mengikut perubahan yang dibuat kepada kadar BR.

Oh, pinjaman ni jugak ada yuran perkhidmatan RM10 sebulan serta 6% sepanjang tempoh pinjaman.

Margin pembiayaan? Masih lagi 90% daripada harga rumah yang korang beli tu. Tapi yang ni bergantung kepada kelulusan dari pihak bank.

Korang jugak boleh ambil Takaful untuk lindungi keluarga daripada sebarang perkara tak dijangka.

Apa yang layakkan anda memohon?

  • Pendapatan minimum: RM24,000 setiap tahun.
  • Umur: 18 tahun ke atas.
  • Tempoh pembiayaan: 35 tahun atau umur 65 (yang mana terdahulu).

#4: CIMB Islamic Ijarah Property Financing-i

Yang last ni pulak gunakan konsep Ijarah Muntahiyah Bittamik.

Nak senang cerita, korang akan bayar jumlah nominal kepada bank sepanjang tempoh pinjaman. Bila habis nanti, rumah tu akan pindah milik jadi hak korang.

Pinjaman ni tawarkan margin pembiayaan yang tinggi. Cuma, kadar keuntungan efektif (effective lending rate) tak dinyatakan secara jelas.

Kadar keuntungan yang ditetapkan CIMB agak tinggi dan kompetitif berbanding bank yang lain, pada kadar 10.75% setahun.

Kadar BR sebenar akan ditentukan bank lepas permohonan pinjaman korang lulus.

Cuma, pinjaman ni bukan untuk semua orang. Hanya untuk yang berminat beli hartanah kediaman yang dah siap dan hartanah komersial je.

Apa yang layakkan anda memohon?

  • Pendapatan minimum: RM24,000 setiap tahun.
  • Umur: 18 tahun ke atas.
  • Tempoh pembiayaan: 35 tahun atau umur 70 (yang mana terdahulu).

Dan sebagai peringatan, pastikan DSR korang tak lebih 50% daripada pendapatan bulanan.

Gunakan formula kat bawah ni untuk kira DSR korang sekarang:

Kalau nak lebih jelas lagi, Tok sarankan korang ke bank untuk dapatkan maklumat lanjut. Yang ada kat sini cuma maklumat permukaan (surface) je.

Tapi, macam ma korang nak selam sesuatu ilmu tu lebih mendalam, kalau yang surface pun korang malas nak baca dan belajar?

Allah Maha Adil bang. Kalau korang usaha, korang akan dapat.

Ilmu dalam eBook ini mampu lembutkan hati bank dan senang approve loan rumah anda

Takde sebab bank untuk tolak permohonan loan. Dengan syarat, korang buat apa yang mereka perlukan,

Ini fakta yang korang WAJIB hadam – Bank tolak banyak permohonan sebab ramai yang gagal sediakan dokumen yang lengkap.

Okay, korang dah boleh relax sekarang. Sebab Tok akan tunjuk cara sediakan dokumen yang bank suka tengok dengan lengkap, dari mula sampai habis.

Klik link bawah ni untuk beli eBook sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOk “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY