Lebih 12,000 rumah mampu milik siap dibina di Johor. Lagi 6,327 unit...

Lebih 12,000 rumah mampu milik siap dibina di Johor. Lagi 6,327 unit bakal menyusul tahun depan

635
1
SHARE
Sumber gambar: The Edge Property
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

ISKANDAR PUTERI 21 Nov. – Sebanyak 12,108 unit kediaman termasuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) siap dibina di nege­ri ini sejak 2013 hingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,598 rumah adalah jenis Perumahan Komuniti Johor A (PKJA) yang berharga RM45,000 seunit.

“Bagi jenis Perumahan Komuniti Johor B (PKJB) pula, sebanyak 3,217 dengan setiap unit rumah berharga RM80,000 telah siap dibina.”

“Selain itu bagi jenis RMMJ, sebanyak 7,293 dengan setiap unit rumah berharga RM150,000 telah siap dibina.”

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan rumah yang siap dibina bagi tempoh 2013 hingga 2016 adalah 12,108 unit rumah,” katanya menjawab soalan Yeo Tun Siong (DAP-Pekan Nanas) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sasar sediakan paling kurang 60,000 unit menjelang 2020

Beliau berkata, ke­rajaan nege­ri me­nyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit rumah mampu milik kepada penduduk ne­geri ini menjelang tahun 2020.

Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau berkata, sebanyak 7,971 unit rumah yang telah siap dibina dibina di Johor Bahru.

Manakala Kulai sebanyak 1,340 unit, Muar sebanyak 1,109 unit,  dan Tangkak 569 unit.

Beliau berkata, sebanyak 399 unit dibina di Batu Pahat, Mer­sing (234), Kluang (180), Pontian (175) dan Kota Tinggi (131).

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 6,327 unit rumah lagi akan disiapkan pada tahun depan, manakala 18,456 unit disasarkan mampu dibina pada 2018 dan 30,065 unit pada 2019 dan 2020.


[Sumber berita asal: UTUSAN ONLINE]

1 COMMENT

LEAVE A REPLY