PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 tahun? Lelaki ini tunjuk cara langsai hutang kereta dalam masa 5 tahun saja

Boleh kata, kereta adalah keperluan pada masa kini.

Dan tak kurang ramai jugak yang beli kereta sebagai simbol status, sebagai bukti ’mereka dah berjaya.’ Yang Tok perhati, ini penyakit kewangan yang menjangkiti ramai graduan baru.

Dah penat-penat belajar, takkan nak pergi kerja pakai kapcai je, kan?

Kalau dah kemaruk sangat nak berkereta, Tok Penghulu ada jumpa cara bayar ansuran kereta dalam masa 5 tahun saja.

Kalau beli ikut cara biasa, ramai yang kena bayar ansuran kereta untuk tempoh 9 tahun. Jemput hadam perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir ini.

Kenapa 9 tahun, kalau boleh langsai sepantas 5 tahun?

Anak muda dan kereta tak dapat dipisahkan.

Ada sebahagian daripada mereka apabila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2,000, tapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Ye la, belajar sampai universiti, kerja bagus, takkan pakai motosikal je. Nak mengorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi.

Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama. Ini adalah pelan ataupun idea jika korang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta, ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

#1 : Dah dapat kerja? ‘Puasa’ dulu selama setahun

Korang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta?

Tahan kehendak tu dulu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal, atau kenderaan awam dulu.

Kalau kerja korang memerlukan kenderaan sendiri ataupun takde langsung jaringan pengangkutan awam, tu lain cerita la.

#2 : Kalau mampu bayar ansuran kereta, anda mampu bayar ‘cara’ ini

Katakan korang berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik, misalnya. Harga dalam RM44,00, dan bulanan dalam RM469.

Kalau tanpa 10% downpayment, ansuran bulanan kereta boleh jadi dalam RM520. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu.

Mohon ASB Financing RM100,000, dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dan kadar keuntungan bank sebanyak 4.8%. Anggaran ansuran bulanan dalam RM525 (tanpa Takaful pembiayaan ASB).

Korang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM525, tambah juga dengan kos minyak kereta dalam RM200.

Setiap bulan komitmen sebenar korang ialah RM725. Takkan RM525 untuk ASB setiap bulan, korang tak mampu bayar, kan?

#3 : Guna dividen dan bayar ansuran kereta selama setahun

Selepas setahun, dividen ASB akan diumumkan. Katakan 6.75%. Dividen yang korang akan dapat ialah RM6,750.

Gunakan dividen RM6,750 tu untuk bayaran ansuran kereta kau nanti.

#4 : Nak buat apa dengan baki yang ada?

Selepas dapat dividen ASB, barulah korang beli kereta tersebut. Jika ansuran bulanan kereta korang dalam RM520, bermakna : 

  • RM520 X 12 bulan =
  • RM6,240

Duit dividen korang dapat adalah sebanyak RM6,750 (RM6,750 – RM6,240 = RM510).

Ada lagi baki sebanyak RM510. Jika simpan dalam ASB, bagus. Tapi kalau nak guna pun, takde masalah. Boleh gunakan untuk duit minyak, bayar cukai jalan, kos penyelenggaraan ke, bayar saman ke.

#5 : Ulang sehingga tahun ke-5

Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100,000 setiap bulan macam biasa (RM525), dan gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran kereta.

#6 : Berapa hasil yang anda dapat?

Selepas 5 tahun, anggaran baki hutang kereta tinggal dalam RM12,800. Terus korang terminate pembiayaan ASB RM100,000 tu. Dan hasil terminate ialah :

Sumber gambar Amir Syahir FB 1

Dividen terakhir. Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

  • Dividen terakhir = RM6,750,
  • Surrender value = RM8,436,
  • Baki dividen ASB setiap tahun =
    • RM510 X 5 tahun = 
    • RM2,550

Jumlah keuntungan kasar korang adalah RM17,736.

Sumber gambar Amir Syahir FB 1 2

Pulangan prinsipal (RM100,000 – RM91,564). Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

#7 : Langsaikan hutang kereta

Anggaran baki hutang kereta tadi adalah RM12,800. Dividen ASB dan pulangan prinsipal pulak, dapat RM17,736.

Dah dapat pulangan prinsipal daripada hasil terminate pembiayaan ASB, terus bayar baki hutang kereta. Nah, hutang kereta boleh habis bayar dalam masa 5 tahun saja.

Anda target kereta lain? Boleh gunakan cara yang sama

Harga kereta yang disarankan sebenarnya adalah 12 bulan pendapatan bulanan korang. Contohnya, gaji korang RM2,500. Kiraan adalah seperti berikut :

  • RM2,500 X 12 bulan = RM30,000

Sepatutnya korang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je.

Kereta adalah liabiliti jika guna sendiri. Liabiliti ini menngambil wang daripada akaun bank korang. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank.

Kalau korang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korban la setahun bayar 2 benda ini, iaitu ASB Financing dan ansuran kereta.

Aku harap tip ini mampu mencetuskan idea kepada korang. Korang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Boleh la kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Kalau korang mahu beli kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200,000. Ansuran dalam RM1,070 sebulan. Takde la lepas 9 tahun, korang dapat besi buruk je.

Nota Penting : Semua ini hanya anggaran kiraan kasar saja. Boleh ubahsuai mengikut kemampuan kewangan dan jenis kereta yang korang nak beli. Konsepnya sama saja.

Pada pendapat Tok, ini strategi yang bagus untuk korang yang baru graduate amalkan.

Lagi cepat korang settle-kan hutang kereta, korang dah boleh fokus untuk kumpul duit beli rumah pulak. Lagi cepat langsai, lagi bagus.

Silakan SHARE perkongsian ilmu ni supaya lebih ramai dapat manfaat. Siapa yang tak nak jimat masa selama 4 tahun berbanding bayar secara biasa?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Saya xfaham..boleh penerangan detail?saya nk selesaikan baki alza dalam 35k lagi 5 tahun..mcm lama lagi