Home Tip pelaburan hartanah 11 Langkah beli rumah di Malaysia – Dari pilih rumah sampai dapat...

11 Langkah beli rumah di Malaysia – Dari pilih rumah sampai dapat kunci.

43662
29
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Selalu pening kepala tentang proses pembelian hartanah pertama?

Atau mungkin itu yang menjadikan anda sedikit “tertekan” untuk memulakan langkah ke arah menjadi seorang pelabur hartanah?

Artikel kali ini, Tok Penghulu mahu kongsikan langkah demi langkah (secara umum) berkaitan dengan proses pembelian hartanah.

Prosesnya yang sebenar adalah rumit. Tetapi artikel ini sudah cukup untuk bagi anda semua “nampak” proses asas dari permulaan memilih hartanah sehingga dapat kunci rumah.

11 Langkah beli rumah secondhand/subsale di Malaysia.

LANGKAH 1: Pilih hartanah yang anda mahu beli.

LANGKAH 2: Tandatangan LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah tu berdaftar yang sah dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA). Jangan guna ejen haram yang tak berdaftar sebab dah banyak kes tipu dan naya je kalau duit lesap!

LANGKAH 3: Bayar jumlah 2% atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking dan cuba minta untuk 21 hari bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit hingga anda kena siapkan SPA. Biasanya ejen akan letak 14 hari tapi korang cuba la dapatkan 21 hari sbb kadang kadang loan lambat nak dapat kelulusan (Sales & Purchase Agreement). Dan pastikan booking ini dibayar hanya kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman anda. Jangan sekali-kali bayar kepada mana2 individu, baik ejen mahupun tuan punya rumah.

LANGKAH 4: Pastikan pemilik rumah atau penjual tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer dan berikan kepada anda/ejen salinan SPA pembelian beliau untuk buktikan yang mereka adalah pemilik rumah yang sahih.

LANGKAH 5: Guna LOA untuk pohon pinjaman dari pihak bank untuk pembelian rumah. Pastikan korang apply kepada minimum 4 bank untuk pinjaman.

LANGKAH 6: Upah peguam yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk mulakan persediaan perjanjian SPA.(Sales & Purchase Agreement).

LANGKAH 7: Kita tandatangan dokumen SPA Pastikan korang dah dapat sekurang-kurangnya 1 loan yang dah approve sebelum korang tandatangan SPA. JANGAN TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU LOAN YANG DAH LULUS.

LANGKAH 8: Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam langkah 3, kita sudah bayar 3%. Perlu cukupkan sampai 10% bila tandatangan SPA.

LANGKAH 9: Tunggu 3-6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak ( Baki 90%, lepas korang dah bayar 10%). Pastikan korang telefon peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan yang peguam korang tak tidur dan kes korang ada kemajuan.

LANGKAH 10: Bank sudah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam anda akan menguruskan proses pengambilan kunci.

LANGKAH 11: Pemilik rumah atau penjual kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang sudah berjaya. Anda dapat kunci rumah dan rumah itu kini milik anda.

Berapa pula kos guaman (legal fees) hartanah anda?

Tok perlu ingatkan bahawa 11 langkah demi langkah di atas adalah maklumat asas sahaja. Apabila kita merasa sendiri pengalaman membeli rumah, akan ada banyak maklumat-maklumat lain yang kita akan tahu.

Apabila membeli rumah, penting juga untuk kita faham kos guaman (legal fees). Kos berbeza bagi setiap nilai hartanah.

Berikut Tok kongsikan:

  • Untuk nilai RM150,000 pertama, kadar kos guaman adalah 1%.
  • Untuk nilai RM850,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.7%.
  • Untuk nilai RM2,000,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.6%.
  • Untuk nilai RM2,000,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.5%.
  • Untuk nilai RM2,500,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.4%.
  • Untuk nilai melebihi RM7,500,000, kadar kos guaman boleh dirunding. Namun tidak boleh melebihi 0.4%.

Lain-lain kos asas apabila membeli hartanah.

Tok suka betul dengan laman web iProperty sebab mereka sudah bagi kos-kos yang penting. Apabila kita beli hartanah, kita juga perlu bayar cukai kerajaan sebanyak 5%.

Selain itu, kita juga mempunyai kos pengeluaran (disbursement cost) sekitar RM500 hingga RM1,000.

Biasanya kos ini adalah untuk dokumen-dokumen berikut:

  1. Setem SPA (Sales & Purchase Agreement) iaitu RM10 setiap salinan. Biasanya ada 4 salinan.
  2. Bankcruptcy search.
  3. Pencarian syarikat (jika perlu).
  4. Pencarian tanah (sebelum menyediakan SPA dan mengisi borang 14A di pejabat tanah).
  5. Pendaftaran dokumen pertukaran hak milik hartanah di pejabat tanah.
  6. Dan kos-kos lain.

Bila sudah faham langkah, baru berani mahu melangkah.

Tok Penghulu harap maklumat ringkas ini dapat membantu orang ramai, khususnya rakyat Bumiputera untuk bersiap sedia sebelum membeli hartanah.

Mudah-mudahan artikel ini dapat meningkatkan motivasi anda semua untuk menjadi pelabur hartanah tegar suatu hari ini.

Kalau anda suka dengan tip yang Tok kongsikan ini, mohon klik link di bawah untuk terima lebih banyak tip daripada Tok.

Tok akan hantar terus ke emel anda.

29 COMMENTS

  1. Tok, saya suka post yang ini. Saya berminat untuk beli rumah area Balakong, harga bawah 100K. Area tersebut ok tak? saya asal dari Sabah

    • Anim, sebenarnya nak tau area tersebut Ok ke tak, bergantung kepada objektif Anim beli rumah tersebut.

      Ada 2 objektif utama:
      1. Nak duduk sendiri
      2. Nak sewakan kepada orang lain

      Kalau nak duduk sendiri, carilah yang dekat dengan tempat kerja.

      Kalau nak sewakan kepada orang lain, pastikan bayaran sewa di kawasan itu melebihi kadar bayaran pinjaman bank.
      Contohnya, sewa rumah area situ boleh dapat RM1,500 untuk rumah teres 2 tingkat.
      Pinjaman bank untuk rumah yang Anim bakal beli tu kena bayar RM1,700 sebulan. Dah negatif RM200 sebulan. Tak bagus.

      🙂

  2. Salam tok… sy nk ty tntg kos guaman n stamping, suami bercdg nak beli rumah di jitra yg bhrga rm298,888 mggunakan 100% gov loan selama 30thn. developer bgtau yg kami perlu myediakn dlm 10 -11k untuk kos guaman n stamping.. tapi kiraan yg sy buat ikut yg tok bgtau x smpai ke angka tersebut..selalu kos utk mati stamp berapa ye? Blh x tok tolong kirakan tuk sy.. ni 1st time kmi nk beli rumah jd kmi takut ditipu. Terima kasih

  3. salam,

    saya ingin bertanya berkenaan LOA ( Letter of Offer)

    saya becadang nak beli terus dari tuan rumah, tanpa agen kerana tuan rumah sendiri iklankan di mudah,my… jadi jika tanpa melalui agen, perlukah tuanrumah sediakan LOA untuk saya, utk saya memohon loan di bank?

  4. salam,,,mamcna nak beli urusan yg ada sekatan dan memerlukan mb consent,,,,adakah kena tggu mb consent dlu baru duit dapat

  5. Salam tok, Sya nk mnta pendpt tok wajarkah Sya buat personal loan utk renovate rmah kos murah famili Sya then sewakan kpda orng lain..hsil drpda kutipan sewa tu Sya buat byar personnel loan Sya..pe pndpt tok

  6. salam tok,tok lah idola saya dalam hartanah dari x tau apa2 dan takut kini sdh ada keyakinan syukron tok semoga pjg umur dan di berkati

  7. Assalamualaikum tok sy wan dr perak.sy ingat nak carik rumah 2nd area ipoh.ingt nak gunakan akaun 2 kwsp sbg down-payment. Ape nasihat tok kepada saya? Maksud saya cmne saya nak mulakan langkah dan kepada siapa yg perlu saya rujuk ketika proses beli rumah 2nd ni.TQ

  8. Assalamualaikum tok..saya nak tanya apa yang dimaksudkan dengan terma “fully furnished”…Apa kategori barang-barang yang meliputi “fully furnished” tersebut? Adakah penjual rumah second tidak dibenarkan mengambil apa-apa barang di dalam rumah yang telah dijual itu…harap dapat penjelasan daripada pihak tok…terima kasih

  9. Salam, saya ingin bertanya persoalan berkenaan proses pembelian rumah subsale..Saya berminat membeli apartment kos sederhana di puchong.Harga rumah RM108k.Saya telah membaca beberapa blog yang menerangkan langkah2 pembelian rumah tetapi masih ada persoalan berkaitan:

    1. Duit booking
    Dari bacaan saya, apabila kita setuju membeli rumah. maka deposit sebanyak 3% perlu dibayar sebagai booking. Untuk kes saya, agen telah meminta deposit untuk booking sebanyak RM5k dimana mengikut perkiraan saya jumlah itu adalah lebih daripada 3%. Adakah jumlah booking lebih dari 3% adalah perkara yang normal? slightsmile emoticon

    3. Pengesahan Agen
    Agen telah meminta duit booking di bayar secara tunai untuk mengelakkan GST. Setelah membaca pelbagai isu berkenaan pembelian rumah, saya mengambil keputusan untuk memeriksa status agen dan syarikat di http://www.lppeh.gov.my/ dan mendapati nama agen tersebut wujud dan berdaftar tetapi nama syarikat adalah berbeza dengan kad nama yang di beri kepada saya.Saya hanya beranggapan bahawa sistem tersebut tidak dikemaskini. Pada pendapat tuan, adakah saya perlu bertanyakan hal syarikat berlainan ini kepada agen?

    Terima kasih

  10. Sy ingin mencari tanah lot(utk apply rumah mesra rakyat) area and lokasi diutamakan di Perak..tg malim- teluk intan.. bolehkah tanah lot dpt geran? Utk cagaran di spnb.. tujuan mendapatkan rumah tersebut utk kedua ibu bapa sy yg tdk punyai rumah dan tlh bankcrupt c.. sesapa yg punyai tanah terlebih dan boleh lah bantu kami yg tiada rumah dan mampu menyewa je smpi skang.. teluk intan amat la diutamakan otai mahukan akhiri zaman dia di kg halaman sendiri..tanah lot bajet 50k < . Sy cuba bayar tunai dgn dividen ASB yg ada.. xmampu buat loan sbb kerja sendiri epf n tiada daftar utk cukai sukar utk dptkan loan kecuali loan asb je yg mampu dimiliki.. harap ada yg sudi membantu sy..insyaallah Allah saja yg membalas budi baik yg sudi menjual tanah lot utk tujuan rumah mesra rakyat ibubapa sy.. niat ingin membantu ibubapa selagi masih ada walaupun terpaksa korbankan kehendak sendiri dan keluarga sy..boleh la menghubungi sy call/wasap 014-3630299 Sham insan yg lemah

  11. Hello tok, saya baru pertama kali nak membeli rumah Dengan loan kerajaan. Rumah second hand je, beli terus dari pemilik, boleh ke tok terangkan proses yang harus dilalui. Saya difahamkan Dengan loan kerajaan tak peel bayar deposit. Terimakasih tok.

  12. Salam tok.sy baru nk beli rumah kedua dari ejen. Harga rumah 105k dan berapa kos lawyer dll ya? Boleh rekomen mana lawyer yg murah tq.boleh whatsapp sy 0143772707

  13. salam tok.. nk tnya.. buyer mnta 10% tpi saya mampu byr x smpai 10%.. penjual kate ok dan die soh bwk brape yg sye de jmpe peguam utk wat s& p… tpi sye blum apply loan lg.. macamana tu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here