PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

2 ‘kunci’ hidup di KL tanpa masalah kewangan

Kadang-kala, manusia tak pernah nak rasa bersyukur.

Apa yang kita dah ada kat tangan pun, tak pernah buatkan kita rasa puas. Pasti nak lagi dan lagi.

Kalau teruskan perangai tak elok ni, memang tak ke mana kewangan korang tu. Bahkan korang akan bertambah susah nanti. Dah la kos hidup kat KL ni tinggi.

Korang serius nak ubat kepada masalah ni?

Tok ada baca perkongsian Tuan Mohd Zulkifli ni kat blog beliau. Jom kita amalkan ilmu baik ni sama-sama.

Cukup ke hanya 1 sumber pendapatan untuk sara keluarga?

“Zul, your wife kerja kat mana?”

“Er, kerja kat rumah jer Mr. Soo. Housewife.”

“Eh, cukup ke? Satu income untuk tanggung 4 orang?”

“Alhamdulillah, cukup. Tapi kena betul-betul manage duit la”

Ini adalah sebahagian perbualan dengan Mr. Soo, ex-boss saya 2 tahun lalu. Mr. Soo sangka, selama 4 tahun saya bekerja di bawah beliau, saya ada pendapatan lain selain gaji.

Beliau fikir, mungkin saya ada aset yang banyak, yang boleh bagi pendapatan tambahan secara tetap setiap bulan untuk survive, selain gaji yang cuma seorang Eksekutif ‘Rendah’.

Selain beliau, ramai juga kenalan tanya saya cukup ke duit (untuk sara keluarga) dengan hanya satu pendapatan.

Kerja cuma Eksekutif biasa, baru beberapa tahun kerja, untuk tanggung diri, isteri dan anak-anak 3 orang ketika tu.

Tambah pulak, hidup di KL ni, kos sara hidupnya bukan sikit.

Jawapan saya:

“Alhamdulillah boleh (survive), tapi kita tak boleh hidup macam orang lain. Kita kena hidup cara kita, dan di bawah kemampuan kita.”

Itulah kuncinya.

Prinsip hidup yang buatkan orang kaya terus kaya-raya

Kalau nak senang, memang kita kena hidup bawah kemampuan. Jangan hidup ikut kemampuan. 

Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie).

Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup bawah kemampuan. Bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.

Kalau dia mampu pakai Waja (sebagai contoh), dia cuma pakai Wira. Bahkan mungkin cuma pakai Saga. Kerana Saga dah cukup memadai untuk keperluan dia.

Perbezaan nilai antara MAMPU dan PERLU itulah asset yang membuatkan dia lebih kaya!

Saya bukan orang kaya. Tapi saya ‘seronok’ belajar melalui orang kaya – dengan membaca dan memerhati.

Dan saya perhati, memang tak ramai yang amalkan prinsip penting ini.

Satu trend hidup yang ramai orang suka turut?

Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di luar kemampuan! – dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah, dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya. 

Sikap ambil mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di luar kemampuan sebenar mereka.

Atas alasan itulah, saya sangat tak gemar berhutang, tak kira dalam apa bentuk sekalipun.

Selagi maish hidup, saya aka cuba jauhkan diri daripada hutang. 

Puji-pujian bagi Allah, hutang saya sekarang cuma hutang beli rumah saja. Itupun hutang yang diketegorikan sebagai hutang berkat, bukan hutang mudarat.

Kunci utama hidup bebas masalah kewangan yang anda boleh buat sekarang

Untuk hidup di bawah kemampuan, ada 2 tip yang saya nak kongsikan pada sahabat semua.

#1: Anggap hutang sebagai satu dosa

Pertamanya, jauhilah hutang walau apapun bentuknya.

Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang.

Hutang yang lebih afdhal untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat. Boleh rujuk artikel lama saya bertajuk “Hutang lama, hutang mudarat” (klik sini untuk baca).

#2: Antara keperluan, kemampuan, dan kemahuan

Yang ke-2 pula, sentiasa berbelanja ikut KEPERLUAN, bukan ikut KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN.

Memang prinsip ni saya benar-benar amalkan sejak lalui zaman-zaman sempit dulu.

Bezakan antara “sekadar perlu”, atau “benar-benar perlu”

Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi, saya selesa dengan cara ni.

Bagi saya, biar tak nampak berharta, asalkan poket saya kaya.

Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi harta. Tapi kalau ada harta, bukan senang nak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak.

Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli.

Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai “benar-benar perlu.”

Walaupun berstatus “memang perlu”, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi “benar-benar perlu.”

Bila dah “benar-benar perlu,” masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli cepat-cepat la jawabnya.

Nak hidup bawah kemampuan ni, tak juga mudah untuk kita buat. Sebab dah terbiasa dengan taraf hidup yang ada sekarang.

Masalah besar yang jadi penghalang adalah ego.

Tapi, kalau tak turunkan ego tu, korang sendiri yang bakal merana. Jadi, Tok nak korang buat pillihan yang terbaik ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *