Home Tips Kewangan Kumpul deposit rumah, settle PTPTN dan duit kahwin dalam masa 66 bulan

Kumpul deposit rumah, settle PTPTN dan duit kahwin dalam masa 66 bulan

4451
0
SHARE
Sumber gambar - venturebeat.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau bab kumpul duit, memang terlajak ramai yang liat nak buat.

Tok faham sangat dah. Tapi kalau korang tak buat, macam mana korang nak beli rumah, langsaikan hutang, atau kahwin?

Cara efektif untuk atasi masalah ni adalah dengan ajar diri buat force saving. Takde jalan lain lagi dah.

Dan buat korang yang tengah cari cara, Tok ada jumpa satu strategi ni.

Hadamkan perkongsian Tuan Azhar Finanz yang Tok baca kat Facebook beliau. Pasti korang tahu nak buat apa lepas ni.  

Gaji anda bawah RM2,000 sebulan? Guna strategi ini

Katakan, ini situasi kewangan semasa korang :

  • Gaji bersih sebanyak RM1,725 sebulan,
  • PTPTN RM138 sebulan. Tapi korang bayar lebih sebanyak RM150 sebulan,
  • Baru apply ASB Financing RM50,000 dengan bayaran RM267 sebulan,
  • Ada lebihan cash sebanyak RM300 sebulan.

12 langkah capai matlamat dalam tempoh 6 tahun

1) Bayar PTPTN sebanyak RM138 sebulan, mengikut jadual yang ditetapkan. Jadi, total kemampuan untuk menyimpan dah naik sebanyak RM12.

Bermakna sebulan, korang boleh simpan sebanyak RM312 (RM300 + RM12).

2) Apply ASB Financing RM50,000, 5.0%, selama 30 tahun. Bayaran bulanan sebanyak RM267.

3) Baki yang tinggal adalah sebanyak RM45 sebulan (lebihan cash RM312 – RM267). Jumlah ni, simpan kat dalam Tabung Haji.

4) Awal tahun 2018, korang akan dapat dividen berdasarkan RM100,000 (ASB Financing RM50,000 (yang sedia ada) + ASB Financing RM50,000), dengan rate 6.75% dan simpan selama 6 bulan.

Dividen yang korang akan dapat adalah sebanyak RM3,375 (RM100,000 X 6.75% x 6/12 bulan).

5) Simpan dividen RM3,375 tu dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB sebagai emergency fund sementara.

6) Awal tahun 2019. korang akan dapat dividen sebanyak RM6,750 (RM100,000 X 6.75%). Gunakan jumlah ini untuk mohon lagi satu ASB Financing sebanyak RM100,000.

KLIK UNTUK BACA : Penjelasan mudah kenapa anda wajib pentikan ‘volume’ dalam ASB Financing 

Dapat RM15,000, terus bayar down payment rumah

7) Awal tahun 2020, korang akan dapat dividen sebanyak RM13,500 (RM100,000 + RM100,000 X 6.75%).

Terminate sijil ASB Financing RM100,000 pertama (selama 30 bulan tu), untuk dapatkan RM3,800 (RM100,000 – RM96,200).

8) Guna RM15,000 untuk bayar deposit rumah. Baki yang ada (RM2,300), simpan dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB.

9) Awal tahun 2021, korang akan dapat dividen sebanyak RM6,750 (RM100,000 X 6.75%). Dividen ni, guna balik dan apply ASB Financing RM100,000 sekali lagi.

10) Awal tahun 2022, korang akan dapat dividen sebanyak RM13,500.

Masa ni, terminate ASB Financing yang ke-2 (26 bulan) tu. Surrender value RM4,500 (RM100,000 – RM95,500). Total dapat sebanyak RM18,000.

11) Settle-kan hutang PTPTN. Baki hutang masa tu tinggal dalam RM8,300 (RM15,000 + RM750 (1% ujrah)) – (RM138 X 54 bulan).

Baki yang ada (RM9,700), simpan dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB.

12) Awal tahun 2023, dividen ASB Financing yang korang dapat sebanyak RM6,750 (RM100,000 X 6.75%).

Terminate sijil ke-3 (24 bulan) tu. Surrender value RM3,000 (RM100,000 – RM97,000). Total yang korang dapat adalah sebanyak RM9,750.

KLIK UNTUK BACA : 9 tahun? Lelaki ini kongsi cara langsaikan hutang kereta dalam masa 5 tahun saja

Berapa pulangan yang anda dapat?

  • Tabung Haji, ASB, atau AHB = RM3,500 (RM45 sebulan, compounding 6% setahun selama 66 bulan,
  • Dividen ASB Financing #1, simpan dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB = RM4,500 (RM3,375, compounding 6% setahun selama 60 bulan),
  • Terminate ASB Financing #1, simpan dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB = RM2,700 (RM2,300, compounding 6% setahun selama 36 bulan),
  • Terminate ASB Financing #2, simpan dalam Tabung Haji, ASB, atau AHB = RM10,250 (RM9,700, compounding 6% setahun selama 12 bulan),
  • Terminate ASB Financing #3 = RM9,750.

Total semua, RM30,700. RM20,00 boleh korang gunakan sebagai duit kahwin, dan RM10,700 boleh buat sebagai emergency saving.

Hasil yang korang dapat dengan komitmen RM546 selama 66 bulan :

  • Duit deposit rumah = RM15,000,
  • Settle PTPTN = RM8,300,
  • Duit kahwin = RM20,000,
  • Simpanan kecemasan = RM10,700.
Nota : Pengiraan ini berdasarkan dividen tahun lepas (6.75%).

Korang tak perlu pun ikut semua ni bulat-bulat. Boleh je sesuaikan dengan tahap kewangan masing-masing.

Daripada bazirkan RM546 kat benda-benda lagha yang tak berfaedah tu, baik lagi korang buat strategi ni.

Artikel ini bermanfaat? Bantu Tok SHARE kat kawan-kawan yang lain. Biar bertambah ramai golongan yang cerdik urus duit.

KLIK UNTUK BACA : Teknik simpan RM100,000 untuk bayar segala hutang. Pasangan muda patut cuba ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here