Home Tip pelaburan Haram atau harus? – Pandangan pelabur ini tentang hukum ASB

Haram atau harus? – Pandangan pelabur ini tentang hukum ASB

3973
0
SHARE
Sumber gambar - Oh! Duit
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Hari Jumaat lepas, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dah keluarkan agihan pendapatan serta bonus bagi pemegang unit bagi tahun 2017 secara rasmi.

Dividen yang pelabur dapat adalah sebanyak 7.00 sesaham, beserta bonus sebanyak 0.25 sen sesaham, dan bonus istimewa ulang tahun sebanyak 1.00 sen sesaham.

Mesti ramai yang gembira sebab agihan meningkat berbanding tahun lepas, kan?

Tapi, pertikaian tentang hukum halal haram ASB masih lagi dibincangkan hingga ke hari ni. Ada yang pertahankan mazhab ‘harus,’ dan tak kurang juga yang kata ASB itu ‘tak patuh syariah.’

Ini pandangan Tuan Afyan Mat Rawi supaya kita semua lebih jelas tentang hukum ASB ni. Jemput hadam.

3 pandangan berbeza tentang pelaburan ASB

Setiap kali isu ASB diperkatakan, pasti ada pandangan pertikaian tentang hukum.

Tulisan ini bukan untuk membincangkan bab hukum, cuma ingin menelusuri beberapa pandangan tentang hukum ASB.

Secara umumnya, ada 2 pandangan yang popular dan satu pandangan untuk keluar dari khilaf.

Pandangan #1 : ASB hukumnya ‘harus’

Pandangan ini ialah pandangan paling dominan.

Mazhab ini disokong oleh autoriti utama hukum fatwa di Malaysia iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah keluarkan hukum ASB harus sejak tahun 2008.

Ia juga turut disokong oleh majlis-majlis fatwa negeri di Malaysia. Dan yang terkini, Jabatan Mufti Negeri Selangor yang mengharuskan ASB beberapa bulan lalu.

Selain itu, ia turut disokong oleh beberapa Majlis Penasihat Syariah perbankan Islam.

Sekurang-kurangnya 4 perbankan Islam di Malaysia yang mengharuskan ASB dengan mempunyai produk ASB Loan Financing iaitu :

  • CIMB Islamic Bank,
  • Maybank Islamic,
  • RHB Islamic Bank, dan
  • AmIslamic Bank.

Difahamkan, tahun depan 2018 akan ada beberapa lagi perbankan Islam yang akan ada produk ASB Loan Financing ini.

Jadi kesimpulannya, untuk mazhab ASB ‘harus’ ini, disokong oleh :

  • Majlis Fatwa Kebangsaan,
  • 13 Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Kebangsaan,
  • Sekurang-kurangnya 4 Majlis Penasihat Syariah Perbankan Islam.

Pandangan #2 : ASB ‘tak patuh syariah’

Sebelum keluar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008, ada beberapa Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri yg menolak ASB. Antaranya, Jabatan Mufti Selangor dan Pulau Pinang.

Ia menjadi polemik peringkat kebangsaan juga apa ia turut disokong oleh beberapa tokoh besar dalam bidang muamalat di Malaysia, sekalipun selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi ASB pada 2008.

Kemuncaknya, pada tahun 2009 telah tersebar satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) respons SC berhubung isu patuh syariah ASB.

Dalam surat tersebut, SC memaklumkan bahawa ASB tak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC. Surat itu adalah untuk edaran dalaman bank berkenaan saja, tetapi ia jadi viral.

Blog saya antara yg terawal kongsikan kandungan tersebut apabila terima ia daripada Yahoo Group. Zaman itu belum ada WhatsApp, Facebook seperti sekarang.

Sehingga kini, masih ramai yang berpegang kepada hujahan oleh SC ini.

Kesimpulannya, pendapatan menolak keharusan ASB disokong oleh :

  • Suruhanjaya Sekuriti / Security Commission.

Pandangan #3 : ASB ‘harus,’ tapi perlu dibersihkan sebahagian dividen

Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.

Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.

Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.

Mana satu pilihan anda? Pandangan #1, #2, atau #3?

Tepuk dada, tanya iman dan ilmu. Kesemua autoriti di atas ada kapasiti dalam bidang masing-masing.

Majlis Fatwa Kebangsaan berautoriti untuk memberi fatwa hukum hakam Islam di peringkat kebangsaan.

Majlis Fatwa negeri pula, berautoriti memberi fatwa di peringkat negeri masing-masing untuk dipraktikkan di peringkat Jabatan Agama negeri.

Penasihat syariah bank pula, berautoriti dalam hal ehwal patuh syariah produk kewangan bank-bank Islam.

Manakala penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti pula, mengawal selia kepatuhan syariah instrumen pelaburan.

Sama ada kita terima atau tolak, sandarkan kepada ilmu. Bukan pada sentimen semata-mata.

Ia adalah khilaf di kalangan para alim ulama syariah dan muamalat negara ini. Setiap satu mempunyai hujah dan berjalan dengan harmoni di kalangan pihak berautoriti.

Jika betul dapat pahala dia, malah jika salah pun dapat satu pahala. Cuma di peringkat bawahan, ia menjadi polemik yg tak berkesudahan.

Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan ASB menjadi satu instrumen yang dapat membantu bumiputera, terutama ekonomi orang Islam, yang diterima status patuh syariahnya oleh semua autoriti berkaitan.

Afyan Mat Rawi, IFP

Kalau berbincang dengan elok, Tok tak kisah. Tapi kalau berbincang sampai tak sudah, pun tak elok jugak.

Kalau tak yakin, tak perlu buat. Habis cerita. Nabi Muhammad S.A.W dah bagi panduan kalau korang ragu-ragu, kan?

Keputusan kat tangan korang sendiri. Silakan SHARE dan panjangkan manfaat ilmu ini kat kawan-kawan korang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here