PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Gaji RM2,000, tapi beli rumah setiap 6 bulan?

Mungkin ramai yang terkejut lepas baca headline kat atas ni.

Kalau terkejut je, takpe. Yang pasti, akan ada yang lomparkan macam-macam cemuhan dan tomahan sebab tak percaya.

Rasa perkara ni mustahil?

Korang boleh cakap macam tu kalau tak berusaha untuk cari ilmu. Tapi kalau ada, mesti ramai yang tergila-gila nak belajar.

Tak payah susah-susah mencari dah. Nah, hadamkan perkongsian ilmu sempoi Tuan Harith Faisal ni laju-laju.

Biar betul. Gaji RM2,000, lepas beli 3 biji rumah? 

Orang yang tak pernah ambil tahu pasal hartanah, memang akan rasa mustahil benda ni boleh berlaku.

Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah pun tak lepas, apatah lagi nak beli 3 biji rumah, kan?

Baca perkongsian saya ni bagi habis.

Simpan 100% gaji kalau nak cepat-cepat beli rumah

1) Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau korang sanggup buat, dapat la rasa hasilnya nanti.

Rahsianya, mulakan dengan yang kecil.

Korang cari dulu rumah lelong yang berharga sekitar RM100,000 hingga RM110,000.

2) Nak dapatkan modal tu, simpan la 50% daripada gaji korang.

Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan, korang tak payah usik langsung duit gaji korang tu. Simpan 100%.

Macam mana nak hidup? Gunakan duit side income yang korang buat.

3) Bila bank tengok korang boleh simpan RM1,000 sampai RM2,000 sebulan, bank akan kagum dengan keupayaan korang menyimpan.

Bank akan fikir macam ini :

“Takkan tak mampu bayar ansuran rumah lelong (sebanyak RM500 hingga RM600) sebulan, kalau mampu simpan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan?”

4) Gaji kecil, susah nak lulus pembiayaan rumah?

Mungkin korang kena pilih buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank, akan kewujudan dan asal-usulnya.

Contoh seperti ejen Takaful, konsultan ASB, atau jual penapis air.

5) Lepas dapat beli rumah pertama tu, korang buat fully-furnished dan sewakan per head.

Katakan korang dapat total sewaan RM1,000. Sebab nak bagi gempak, kita ambil contoh paling sedap. Ikut logik je. Asalkan kawasan tu bagus.

Kira berapa banyak anda layak pinjam

6) Korang sewakan rumah tu selama 6 bulan. Lepas tu, korang dah boleh beli rumah yang ke-2.

Macam mana? Gunakan pendapatan sewa rumah pertama tadi.

Tapi, tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan korang. Ada yang ambil 80%. Yang 50% je pun, ada. Korang kena pastikan perkara ini terlebih dulu.

Jadi, kita ambil contoh 80%.

  • Gaji hakiki = RM2,000,
  • Untung sewa =
    • RM1,000 X 80% = 
    • RM800,
  • Total = RM2,800.

7) Jumlah income korang sekarang adalah RM2,800. Untuk kiraan kelayakan pinjaman, bank akan ikut jumlah ini. Ini tak termasuk side income lain lagi tau.

8) Tunggu apa lagi. Korang dah boleh mula cari rumah subsale berharga sekitar RM150,000 pulak.

Nak beli rumah lelong sekali lagi pun, boleh jugak. Terpulang. Kalau rumah lelong, lagi mudah nak dapatkan positive cash flow.

9) Ulang buat balik apa yang korang buat kat rumah pertama tadi tu.

Selepas 6 bulan, beli rumah ke-3 pulak. Pastikan buat tenacy agreement dan matikan setem kat LHDN.

Lepas 6 bulan, tenacy agreement tu akan valid sebagai pendapatan korang.

10) Rumah ke-3 korang tu, boleh survey yang harga RM200,000.

Mungkin untuk rumah ke-3 ni, korang kena beli rumah subsale pulak. Ada sebab-sebab dia. Nanti bila rajin, saya cerita. Kalau tak, panjang pulak posting hari ini.

Posting panjang, bukan korang nak baca pun. Haha!

Siapa cakap tak boleh beli lebih 3 biji rumah kalau gaji RM2,000 sebulan?

Kalau belum tahu, memang ramai yang akan cakap mustahil nak buat. Tok yakin kata-kata tu takkan berkumandang lagi daripada mulut korang lepas baca perkongsian ini.

Bermanfaat? Bantu Tok kongsikan ilmu ni kepada kawan-kawan korang yang tengah plan nak beli rumah tu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *