Home Tip beli rumah Siapa kata gaji RM2,000 tak layak beli banyak rumah?

Siapa kata gaji RM2,000 tak layak beli banyak rumah?

10695
2
SHARE
Sumber gambar - titijaya.com.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Gaji takat RM2,000, mana lepas nak beli rumah?”

Ini ungkapan yang selalu Tok dengar, setiap kali orang kongsikan tip membeli rumah untuk yang bergaji bawah RM3,000.

Korang silap. Ada je strategi yang korang boleh pakai untuk capai semua ini. Nak atau tak nak buat je.

Nah, jemput hadamkan perkongsian gempak Tuan Harith Faisal ni.

Kalau gaji RM2,000 tapi lifestyle macam orang bergaji RM5,000, memang lambat la korang nak beli rumah. Mohon terasa.

Cara beli rumah, tapi ‘orang lain’ bayarkan

1) Orang bujang, saya sangat galakkan korang simpan 50% daripada gaji bulanan.

Saya ambil contoh graduan baru dengan gaji RM2,000 sebulan yang baru nak mulakan hidup. Mulakan dengan simpan :

  • RM2,000 X 50% =
  • RM1,000 sebulan.

Ini contoh bajet perbelanjaan lepas tolak simpanan RM1,000 tu :

  • RM200 = Ibu bapa,
  • RM300 = Makan,
  • RM200 = Sewa bilik kongsi,
  • RM200 = Keperluan diri,
  • RM60 = Takaful,
  • RM40 = Minyak motor.

2) Simpan selama 24 bulan, korang akan ada RM24,000.

Lepas tu, korang cari rumah RM110,000. Bayaran bulanan RM500. Nak cari yang harga RM150,000 pun boleh.

Sementara tunggu urusan jual beli selesai, simpan RM1,000 macam biasa.

3) Rumah tu ada 3 bilik. Korang duduk la bilik kecik. Yang balik lain, korang sewakan satu bilik RM300.

Total dapat dalam RM600. Buat la fully-furnished, cantik-cantik. Tak rugi pun sebab korang nak duduk rumah tu jugak.

Baru 4 tahun bekerja, dah boleh beli 2 biji rumah?

4) Untung la, boleh duduk free. Haha!

Item C tadi tu, dah boleh tukar tujuannya. Daripada sewa bilik kongsi, tukar la kepada simpanan kecemasan RM200 setiap bulan.

Setahun, korang dapat la RM2,400 kalau korang tak mengelat.

5) Bila semua dah stabil balik, korang mulakan semula simpanan RM1,000. Duit sewa, penyewa korang yang bayarkan.

Lega. Selepas 2 tahun, gaji korang dah jadi RM3,000, naik pangkat, lompat company dan increment tahunan.

6) Masa tu korang dah ada simpanan tunai lebih kurang RM24,000. Pakcik kayo!

Boleh korang jadikan modal untuk beli rumah ke-2 yang harga RM200,000. Wow! Baru 4 tahun kerja dah ada 2 rumah. Okay sangat.

Soalan wajib jawab : Anda sanggup atau tak?

7) Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli rumah, memang silap la. Boleh je kalau betul-betul nak.

Tapi soalannya, sanggup ke tak? Itu saja. Mula kerja umur 23 tahun, tapi umur 27 tahun dah ada 2 biji hartanah. Okay what!

8) Yang paling win, korang dah ada 2 rumah pelaburan, duduk free penyewa bayarkan, korang masih makan gaji dan menunggang motor kapcai yang sama sejak universiti.

Tapi, penyewa korang pulak yang pakai Myvi 2022. Haha!

Nota : Kalau korang rasa tak cukup duit nak ikut plan ni, buat la side income tapi teruskan dengan apa yang dah dirancang. Duit side income adalah khas untuk tampung ketidakcukupan. Jangan korang joli pulak!

Pada Tok, semua orang boleh beli paling kurang sebiji rumah. Tapi tak ramai yang sanggup nak tempuhi proses persediaan untuk membeli rumah.

Elakkan diri daripada jadi mesin menjana alasan. Kalau korang betul komited nak beli rumah pertama, korang akan berkorban dan berusaha untuk mencapai impian ni. Setuju?

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang tengah plan nak beli rumah pertama tu.

2 COMMENTS

  1. Terbaik. Saya tengah sambung belajar, pun tengah cari side income untuk buat lebih kurang macam dalam teknik ni. Tapi kena cari side income yang workload rendah saja, takut memberi kesan pada sarjana pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here