Baca pengalaman mamat ini beli 34 rumah pelaburan bermula tahun 2005 sampai...

Baca pengalaman mamat ini beli 34 rumah pelaburan bermula tahun 2005 sampai 2015.

5979
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

 

Tok Penghulu kadang-kadang rasa nak tergelak bila baca spekulasi “guru-guru hartanah” yang ada di Malaysia.

Mereka cuba untuk beritahu orang ramai bahawa mereka betul, dan cuba membuktikan orang lain salah. Satu daripadanya adalah spekulasi tentang potensi pasaran hartanah di Malaysia.

Ada si guru yang cakap, nilai hartanah pada tahun 2015 akan mengalami kemurungan yang serius. Jadi, pengikut-pengikut mereka yang cetek ilmu ini buta-buta terpengaruh dengan cakap “guru” ini.

Tok bukan anti guru pelaburan hartanah. Tok raikan semua guru-guru yang ada. Mereka ini antara golongan yang sentiasa konsisten membantu masyarakat di Malaysia (khususnya orang Melayu) untuk celik dalam dunia pelaburan hartanah.

Cuma Tok kurang setuju jika satu pendapat yang dikeluarkan ditelan bulat-bulat oleh pengikut itu.

Mari sini Tok kongsikan salah satu daripada cerita seorang pelabur hartanah yang namanya kurang terkenal di Malaysia sewaktu ketika dahulu.

Kronologi Faizul Ridzuan dalam dunia pelaburan hartanah dari tahun 2005 hingga 2015.

Nama beliau Faizul Ridzuan.

Mungkin ramai yang sudah kenal penulis buku best-seller pelaburan hartanah berjudul WTF.

Tok tak mahu cerita pasal buku itu. Tok mahu kongsikan pengalaman beliau menceburi dunia pelaburan hartanah dari tahun 2005 hingga 2015. Adakah beliau ini optimis atau pesimis? Anda fikir sendiri selepas baca.

Berikut adalah kronologi beliau semasa menceburkan diri dalam dunia pelaburan hartanah.

Tahun 2005.

1) Pada tahun 2005, ketika Faizul mahu beli hartanah pertamanya, ramai orang cakap beliau terlalu muda untuk beli hartanah. Malah, mereka cakap harga rumah di kawasan Kelana Jaya tidak akan naik. Tapi apa yang Faizul buat? Beliau beli.

Hasilnya? Nilai hartanah itu meningkat hampir 300%.

Tahun 2006

2) Pada tahun 2006, ramai orang cakap beli unit studio di kawasan bangunan yang terbiar adalah perbuatan yang bodoh dan tak masuk akal. Ada juga yang cakap kawasan itu kawasan pelacuran. Faizul degil. Beliau tetap beli.

Hasilnya? Nilai harga sekarang melebihi 200%.

Tahun 2007

3) Pada tahun 2007, orang cakap developer yang aku berurusan untuk beli studio itu macam taik. Dalam erti kata lain, tidak berbaloi. Ia terletak di bangunan yang kita boleh nampak sekolompok manusia gosok gigi di kawasan swimming pool.

Kawasan itu adalah Masjid India dan dianggap sebagai “low class”. Harga tidak berbaloi untuk 500 psf. Faizul tetap beli.

Hasilnya? Untung besar.

Tahun 2008

4) Pada tahun 2008, ramai cakap ekonomi merosot dan harga hartanah akan merudum. Masa orang cakap ekonomi teruk, Faizul beli 2 unit rumah yang berada dalam kawasan yang dianggap “selekeh.”

Hasilnya? Untung besar.

Tahun 2009

5) Pada tahun 2009, ekonomi dunia jadi semakin teruk dan ramai pekerja dipecat serta diberhentikan. Sekali lagi, ramai yang cakap harga hartanah akan turun. Faizul beli 6 hartanah pada tahun itu.

Hasilnya? Peningkatan harga rumah yang dimilikinya meningkat sekitar 250%.

Tahun 2010

6) Pada tahun 2010, harga hartanah masih lagi belum turun. Tapi ramai jamin harga pasti turun pada tahun berikutnya. Apa tindakan Faizul? Beliau beli lagi 6 hartanah.

Hasilnya? Berjaya jual 2 hartanah. Baki 4 hartanah disewa dan harganya meningkat lebih 100%.

Tahun 2011

7) Pada tahun 2011, kerajaan memperkenalkan 70% LTV kerana pelaburan hartanah mempunyai permintaan yang tinggi. Sebab ramai orang ingat harga hartanah tidak akan turun, dan ini menyebabkan mereka mahu beli lagi banyak hartanah.

Apa Faizul buat? Beliau hanya beli 4 hartanah sahaja. Semuanya berstatus komersial.

Tahun 2011 juga merupakan tahun beliau berkongsi ilmu tentang pelaburan hartanah kepada orang ramai.

Ketika itu, ada beberapa kutukan dan kritikan yang Faizul terima menyatakan beliau tidak layak berkongsi tentang pelaburan hartanah kerana usianya terlalu muda.

Tahun 2012

8) Pada tahun 2012, Faizul hanya beli 2 hartanah memandangkan pasaran pelaburan hartanah berada pada paras yang agak tinggi permintaannya. Beliau beli di kawasan Mont Kiara. Ramai ingat kawasan itu akan turun harga kerana terlebih pengeluaran (oversupply) berbanding permintaan.

Hasilnya? Beliau sekarang duduk di rumah yang beliau beli. Malah, harganya meningkat hampir 50% dalam masa 2 tahun.

Pada tahun ini juga Faizul lancarkan buku sulungnya.

Ada orang yang beritahu bukunya tidak akan ada orang mahu baca. Penerbit pula beritahu beliau “bertuah” kalau dapat jual 1,000 unit buku.

Yang pelik, dalam masa satu tahu, 6,000 unit buku terjual dan buku itu masih kekal best-seller sehingga hari ini.

Lebih menarik, semasa beliau sedang berkongsi dalam sebuah seminar, abang iparnya yang tahu bahasa cantonese beritahu ada seorang mamat yang agak racist cakap, “Kenapa budak Melayu ini bercakap di atas pentas?”

Ketika itu, Faizul seorang sahaja lelaki Melayu yang berkongsi ilmu tentang pelaburan hartanah. Yang lain? Semuanya bangsa Cina.

Mungkin mamat itu anggap beliau mempunyai ilmu pelaburan yang cetek.

Tahun 2013

9) Pada tahun 2013, ramai yang cakap harga hartanah berada pada paras kritikal dan semakin sukar untuk melabur. Faizul pula terbalik. Beliau beli 10 unit hartanah memandangkan beliau mahu berhenti kerja. Jadi, beliau mahu gunakan kapasiti pinjaman perumahan secara maksimum.

Faizul juga lancarkan program sulungnya untuk berkongsi ilmu yang dinamakan sebagai Sarjana Hartanah. Sehingga kini, beliau mempunyai 500 peserta yang datang dari pelbagai kaum, umur, dan negeri.

Tahun 2013 juga adalah tahun terakhir Faizul Ridzuan bergelar sebagai pekerja makan gaji.

Kemudian mengasaskan syarikat FAR Capital Sdn Bhd. Sebuah syarikat persendirian yang membantu memberikan khidmat nasihat dan konsultansi berkaitan pelaburan hartanah.

Tahun 2014

10) Tahun 2014 adalah tahun beliau menjadi usahawan sepenuh masa. Hanya beli 1 unit hartanah kerana mahu fokus 100% pada syarikat dan seminar Havoc Hartanah. Masa ini juga beliau dengar ramai yang cakap harga hartanah akan merudum teruk. Beliau hanya tersenyum.

Tahun 2015

11) Tahun 2015, Faizul Ridzuan melancarkan jenama TheMakeOverGuys, sebuah syarikat yang fokus pada servis renovasi rumah khusus untuk pelabur hartanah yang mahu dapatkan penyewa. Beliau nampak masalah ini apabila ramai pelabur hartanah yang mengadu tidak dapat jual rumah yang dibeli sebelum ini.

3 Pengajaran penting untuk pembaca yang masih lagi teragak-agak untuk mencapai impian.

Sekian sahaja perjalanan Faizul Ridzuan yang dapat Tok ceritakan. Apa yang Tok dapat belajar daripada pengalaman beliau dari tahun 2005 sampai 2015 terlalu banyak. Cuma, Tok cuba bagi dalam bentuk poin supaya anda semua tidak serabut.

  1. Tak semestinya kalau orang ramai cakap benda itu rugi, kita terpaksa ikut cakap mereka.
  2. Akan wujud golongan yang berlagak pandai dan anti perkauman yang benci kita. Biarkan sahaja.
  3. Ada juga orang yang akan berusaha kuburkan impian kita. Mereka ini boleh senaraikan 1,000 sebab kenapa kita dijamin gagal. Apa patut kita buat? Buat pekak. Teruskan perjalanan.

Tok pernah dengar pepatah yang menarik untuk dikongsikan. Faizul pun ada kongsi pepatah ini dalam Bahasa Inggeris. Tok berusaha untuk terjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya anda boleh faham.

“Sepanjang perjalanan kita mahu mencapai impian, akan ada segelintir anjing yang menyalak dan kita tidak boleh suruh anjing itu diam.

Pedulikan sahaja dan fokus pada perjalanan kita ke arah impian. Seekor raja singa tidak akan tunduk dan patuh pada pendapat anjing.”

Agak kasar. Tapi Tok rasa memang cukup padat untuk tampar kita semua supaya pedulikan apa orang kata.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY