Home Tip beli rumah Kena tipu beli rumah undercon dengan pemaju? Ini cara tuntut duit pampasan...

Kena tipu beli rumah undercon dengan pemaju? Ini cara tuntut duit pampasan (Siri #1)

1913
2
SHARE
Sumber gambar - Bossip
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ini masalah yang biasa berlaku kat pembeli rumah pertama.

Sebab tu, boleh tahan ramai yang kena ‘game’ dengan pemaju, akibat tak teliti dulu hak masing-masing sebelum membeli. Kalau baca dan fahamkan isi dalam SPA, mungkin semua ni takkan berlaku.

Korang sebenarnya ada hak untuk tuntut sebarang kerugian kalau pemaju lambat serahkan unit rumah dan kemudahan fasiliti.

Takpe, masih belum terlambat untuk ubah masalah ini.

Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Jimmy Haryzul ni laju-laju. Baru korang tahu nak buat apa.

Ini makan dia bila pemaju cuba ’game’ anda

Seperti dijanjikan, aku share sikit info mengenai Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dulu. Sebab nak bantu ‘kapitalis-kapitalis’ yang lain mudah faham, maka aku buat 2 bahagian.

Part #1 lebih kepada info asas. Part #2 pulak, berkaitan trick-trick yang perlu korang tahu. Part #2 ni yang penting.

Kenapa korang kena bawa kes ke Tribunal?

Korang perlu bawa kes ke Tribunal bila kau rasa pemaju tak mahu mematuhi terma-terma perjanjian dalam SPA.

Lebih baik korang bincang dulu dengan pemaju sebelum bawa kes ke tribunal. Kalau tak jumpa kata sepakat, baru bawa ke Tribunal, okay?

Berikut aku senaraikan pelbagai jenis persoalan yang bermain diminda aku (dengan jawapannya sekali) semasa aku dan rakan-rakan nak bawa kes ke Tribunal ni.

#1 : “Macam mana nak kira jumlah pampasan kelewatan?”

Ini contoh cara kira jumlah pampasan :

A) Pampasan kelewatan di atas unit rumah

  • (Bilangan hari lewat / 365 hari) X 10% X Harga SPA

Nota : Ada syarat penalti pampasan 8% setahun, dan ada yang 10% setahun. Rujuk terma dan syarat ni dalam SPA korang.

B) Pampasan kelewatan ke atas kemudahan fasiliti (common facilities)

  • 20% X (Bilangan hari / 365 hari) X 10% X Harga SPA

Jadi, jumlah kelewatan yang pemaju kena bayar adalah campur jumlah (A) dan (B).

#2 : “Susah ke nak apply Tribunal ni?”

Senang je sebenarnya. Korang boleh download Borang permohonan di website KPKT atau terus ke mana-mana cawangan untuk ambil borang.

Proses-proses am yang korang perlu tahu seperti :

  1. Isikan borang permohonan (4 salinan perlu dihantar),
  2. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan (1 salinan dah cukup),
  3. Hantar ke mana-mana cawangan Tribunal,
  4. Pejabat Tribunal akan berikan tarikh untuk hadiri pendengaran kes (hearing session),
  5. Hantar satu salinan borang kepada pemaju dan satu salinan lagi kepada pihak bank,
  6. Hadiri sesi pendengaran kes (sesi soal jawab hujah),
  7. Dapat keputusan sejurus selepas sesi pendengaran,
  8. Dapat duit pampasan dari pemaju dalam masa 30 hari (kalau menang).

#3 : Dokumen apa yang anda perlu hantar sebelum permohonan?

Ini dokumen wajib yang korang perlu sediakan :

  • Borang 1 untuk apply – 4 salinan
  • 1 Salinan SPA (Sale and Purchase Agreement)
  • 1 Salinan surat Serahan Milikan Kosong (vacant possession)
  • 1 Salinan Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance @ CCC).

Dokumen sokongan yang korang perlu sediakan adalah seperti berikut :

  • 1 salinan borang tempahan (booking form),
  • Dan segala bukti lain yang ada (surat, sampul surat, emel, resit, dan lain-lain).

#4 : “Macam mana kalau dalam SPA ada 2 nama?”

Bawa surat wakil bila hadiri sesi pendengaran tersebut. Tapi masa hantar borang permohonan tu, tandatangan penama tu wajib ada. 

#5 : “Berapa yang anda kena bayar untuk semua ini? Mahal ke?”

Untuk buat permohonan, hanya perlu bayar RM 10.00 je pun.

#6 : “Dekat mana nak hadiri sesi pendengaran tu?”

Kat mana-mana cawangan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

#7 : “Macam mana pulak kalau saya duduk jauh?”

Kat mana korang hantar borang permohonan, kat cawangan itu la yang perlu korang hadiri sesi pendengaran kes.

Tengok cawangan mana yang korang dekat la. Macam kami, hadir di Putrajaya punya.

#8 : “Kena lantik peguam ke?”

Tak perlu. Hari tu, korang la bakal ‘jadi peguam’ untuk pertahankan diri korang. Korang kena bersedia dan tahu apa yang korang nak pertahankan. Kena ada fakta. 

#9 : “Macam mana tu? Saya tak tahu macam mana nak menjawab depan hakim nanti”

Boleh baca SPA dan belajar. Tu sebab kena sediakan diri dulu. Bukan main redah buat je.

#10 : “Bahasa apa yang dipakai?”

Aku tengok semasa sesi pendengaran, bahasa apa pun boleh. Kalau korang kurang faham, hakim akan bantu korang fahamkan.

Jadi, jangan takut. Melainkan kalau korang tetiba berbahasa Sepanyol masa tu memang la sepatah haram hakim tak faham. 

#11 : “Kena pergi banyak kali ke?”

Biasanya sekali saja datang sesi pendengaran kes. Tapi ada kemungkinan 2 kali kalau pada sesi pendengaran pertama tu, tak capai kata sepakat antara korang dan pemaju.

#12 : “Banyak ke makan masa untuk settle benda ni?”

Tak pun. Satu hari guna untuk Isi borang, kemudian hantar borang. Satu hari lain korang hadir ke sesi pendengaran. Dan terus dapat keputusan.

2 hari kira settle dah.

#13 : “Lambat tak dapat keputusan?”

Tak. Sejurus selepas sesi pendengaran dah boleh dapat keputusan hari tu jugak.

Ada sesi pendengaran yang habis awal, ada juga yang habis lewat sehingga 5PM. Bergantung pada jumlah kes yang hakim perlu uruskan.

Dinasihatkan yang mana kerja ofis tu, minta je la cuti 1 hari terus. 

#14 : “Keputusan sama je ke untuk setiap kes?”

Keputusan adalah berbeza-beza mengikut pandangan hakim. Boleh jadi owner lain dapat banyak, dan korang dapat kurang.

Hakim pun berbeza-beza setiap sesi pendengaran. Berdoa la supaya korang dapat hakim yang baik. 

#15 : “Bila pemaju kena bayar kalau kita menang?”

Kalau menang, pemaju diberi masa dalam 30 hari untuk membuat bayar seperti yang diputuskan oleh Tribunal. Kalau tak kena penalti (10% kalau tak silap ikut daily rate) dari jumlah pampasan yang perlu dibayar.

#16 : “Apa nak buat kalau pemaju tak nak bayar?”

Korang boleh buat tindakan sivil dengan bawa kes ke mahkamah. Korang buat laporan pada Tribunal maklumkan pemaju gagal bayar, Tribunal akan daftarkan keputusan kes korang di mahkamah Majistret/Mahkamah Seksyen.

Keputusan tu akan dianggap sebagai perintah mahkamah.

Tapi kalau kes dah masuk mahkamah memang leceh la. Cuba rujuk peguam korang.
(Yang ni, aku baca di website KPKT je. Aku tak pernah lalui lagi). 

#17 : “Kalau pemaju tu ‘cap ayam’ (tak berlesen), boleh buat tuntutan jugak ke?”

Tak boleh. Tribunal layan kes pemaju yang berlesen saja. Mana yang pernah terkena dengan pemaju Allupa dan Deebeeai tu,korang kena cek sama ada mereka berlesen sebagai pemaju perumahan atau tak.

#18 : “Berapa jumlah maksimum yang boleh saya tuntut?”

Maksimum RM50,000. 

Aku dengar kalau nak mohon lebih pun boleh. Tapi maksimum Tribunal boleh bagi keputusan RM50,000 saja melainkan kedua-dua pihak setuju untuk berikan kuasa pada Tribunal untuk mendengar kes tuntutan lebih dari RM50,000 (Sumber : Website KPKT)

#19 : “Ada tamat tempoh ke untuk permohonan Tribunal ni?”

Ada. Korang mestilah tak lebih dari masa 12 bulan dari tarikh tamat tempoh Liabiliti Kecacatan (Defect Liability Period), atau 12 bulan dari tarikh CCC dikeluarkan. 

Nampak mudah, kan? 

Part #2 nanti aku tunjukkan bagaimana korang bakal ditipu pemaju dan bakal rugi beribu-ribu Ringgit.

SHARE post ni untuk bantu rakan-rakan kita yang sedang ‘tersontot’ dengan pemaju tu.

Korang ada hak mutlak kalau pemaju cuba ambil kesempatan kat korang.

Dunia ni ada undang-undang. Dan sama juga dengan hal berkaitan jual beli hartanah. Jadi, gunakan sebaiknya.

Sila SHARE perkongsian power ini kat kawan-kawan korang. Biar ramai lagi tahu tentang ini.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here