Home Tips Kewangan eCCRIS – 15 langkah sempoi dapatkan laporan PERCUMA dari rumah

eCCRIS – 15 langkah sempoi dapatkan laporan PERCUMA dari rumah

4147
1
SHARE
Sumber gambar - Bank Negara Malaysia
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok faham sangat dah.

Tak semua orang ada masa nak ke BNM (Bank Negara Malaysia) untuk cetak laporan CCRIS. Lagipun, susah nak cari parking kat sana.

Kalau nak buat loan rumah, ini antara dokumen yang wajib korang sediakan. Kalau tak, jangan marah pihak bank reject permohonan korang tu.

Korang tak usah gundah gulana. Tuan Harith Faisal bersama geng GH dan buat ‘bedah siasat’ untuk dapatkan laporan ini daripada rumah. Percuma pulak tu.

Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian ini.

Dah tak ada alasan untuk ‘terlupa’ cetak laporan CCRIS

eCCRIS baru dilancarkan!

Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama.

Ya, hanya sekali saja perlu ke sana (BNM), dan korang boleh dapatkan laporan percuma dari rumah. Asalkan ada Internet.

Nah, saya sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM. Syukur, hidup kita semakin hari semakin mudah.

Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit.

Laporan CCRIS ni, dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini untuk kesemua hutang korang dengan bank.

Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor ‘0, 0, 0, 0, 0.’ Maksudnya, korang takde apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.

Kalau muncul angka ‘1’ tu, maksudnya korang ada 1 bulan yang tertunggak bayaran bulanan.

Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya, dah 3 tahun tak bayar hutang. Biasanya, hutang PTPTN la. Ramai orang yang buat-buat hilang ingatan. Haha!

Macam mana cara nak dapat laporan percuma dari rumah?

Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas, dan selamat dunia akhirat. Penerangan lanjut ada kat setiap gambar.

#1 : Pegi BNM untuk daftar kat kiosk CCRIS

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Bila-bila korang ada masa lapang, korang pergi la bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia.

Datang pada hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tak nak susah-payah cari parking? Naik je Uber Atau Grab. Ala, korang keluar modal banyak sekali je.

Ni alamat BNM. Boleh guna Waze untuk ke sini :

BNMLINK,
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah,
Tingkat Bawah, Blok D,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480 Kuala Lumpur.

#2 : Pilih bahasa yang anda selesa guna

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Bila dah sampai depan kiosk tu, korang kena pilih bahasa apa yang korang nak guna. Bahasa Malaysia atau English.

Nak bahasa lain, korang kena pergi negara lain. Okay tak lawak.

#3 : Klik ‘eCCRIS’

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Akan keluar 2 pilihan, ‘Cetak Laporan’ dan ‘eCCRIS.’ Korang klik ‘eCCRIS.’

#4 : Klik ‘Daftar Pengguna’

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Klik ‘Daftar Pengguna’ segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukan korang tengah jawab soalan SPM pun.

#5 : Masukkan Kad Pengenalan dan buat pengesahan biometrik

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Kemudian, korang kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari korang untuk buat pengesahan biometrik.

Nota : Pastikan dulu sama ada cip Kad Pengenalan korang berfungsi dengan baik atau tak. Kalau tak, pergi tukar IC dulu. Tak pasal-pasal korang kena buat kerja 2 kali pulak.

#6 : Masukkan nombor telefon bimbit terkini

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Kiosk tu akan minta nombor telefon bimbit korang. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat korang waktu tu. Lepas tu klik ‘Teruskan.’

#7 : Semak balik semua maklumat

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Semak balik info yang korang masukkan. Bila dah yakin semua betul, klik ‘Sahkan’ tanpa was-was.

#8 : Tunggu mesej daripada BNM

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Korang akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang didaftarkan tadi, kat smartphone korang yang mahal tu.

#9 : Masuk ke laman web eCCRIS

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Kemudian, klik link kat bawah ni :

https://eccris.bnm.gov.my/

Macam ni la rupa laman web dia. Korang klik ‘First Time Login.’

#10 : Daftar warganegara, kad pengenalan, dan nombor PIN

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Kat bahagian ‘Nationality,’ pilih ‘Malaysia.’ Untuk bahagian ‘ID Number’ pulak, letak nombor kad pengenalan tanpa simbol.

Kat bahagian ‘PIN,’ korang masukkan ikut nombor pin yang korang dapat tadi tu.

#11 : Daftar User ID, emel, dan kata laluan

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Lepas tu, korang kena daftar ‘User ID,’ ‘kata laluan,’ ‘security question,’ dan ‘security image.’

Kata laluan tu sangat la penting. Ingat baik-baik. Jangan korang main hentam saja.

#12 : Masukkan User ID dan kata laluan untuk log masuk

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Dah selesai. Korang boleh buka semula link ni (https://eccris.bnm.gov.my/), dan masukkan ‘User ID’ dan ‘kata laluan’ yang korang set tadi.

#13 : Dapatkan laporan CCRIS anda segera. Ikut 2 langkah ini

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Nak dapatkan eCCRIS korang? Ini caranya. Klik ‘Enquiry’ kat tab atas tu dan pilih ‘Self Enquiry.’

#14 : Baca Disclaimer, dan klik Report Enquiry

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Korang kena baca ‘Disclaimer’ yang terpapar kat situ. Kemudian, tick ‘I Agree’ dan klik ‘Report Enquiry.’

Lepas tu, korang akan dapat tengok semua laporan CCRIS korang.

#15 : Dah tak payah susah-susah keluar rumah

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Siap. Jadi lepas ni, korang tak payah nak berpeluh ketiak pergi ke Bank Negara.

Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya perlu gerakkan jari-jemari saja.

Dan semua ni, 100% PERCUMA!

Bawah ni, saya sediakan jugak contoh laporan CCRIS.

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)
Nota tambahan : Setakat ni, eCCRIS ni hanya untuk BNM Kuala Lumpur sahaja. Kemudahan ini akan diluaskan ke branch lain pada masa akan datang.

Bertambah senang kerja korang. Pergi untuk daftar kat kiosk sekali seumur hidup, dah boleh cetak laporan ni berulang kali. Free pulak tu.

Dah, berhenti buat alasan. Luangkan masa untuk ke BNM untuk mendaftar. Pelan masa tu elok-elok. Yang pasti, elakkan buat waktu lunch. Confirm ramai orang.

Silakan SHARE perkongsian bermanfaat ni kat kawan-kawan korang yang nak beli rumah. Lagi ramai tahu, lagi bagus.

1 COMMENT

  1. tok oo tok kat BNM negeri masing2 takde ke mesin ni tok.. takkan 1 msia nak kena ke BNM KL tu tok..tak cerdik jugak si pembuat ni..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here