Bulan puasa pun tak reti nak berjimat? Baca apa yang lelaki ini...

Bulan puasa pun tak reti nak berjimat? Baca apa yang lelaki ini buat

2951
0
SHARE
Sumber gambar - Shutterstock
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Di bulan Ramadhan yang mulia ni, banyak perkara baik korang boleh buat. Ini termasuk jugak bab mengurus kewangan.

Tapi ini terbalik pulak. Paling ketara bila tengok dekat bazar. Satu tangan, berlambak beg plastik.

Patut korang gunakan peluang di bulan mulia ni untuk elak buat dosa kewangan jugak.

Kalau dah tersedar duit keluar macam air, korang patut baca perkongsian sempoi Tuan Amir Syahir ni.

Amalkan ilmu ini, dan pasti banyak yang korang boleh jimatkan.

Bahaya. Jangan sampai sebati dalam diri sendiri

Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri.

Nak membaiki diri sendiri sangat susah jika tabiat buruk sudah sebati dalam diri. Misalnya tabiat berbelanja dengan boros.

Bulan Ramadhan ni elok untuk kita berubah. Perubahan tak semestinya perlu berlaku secara drastik kan. Mulakan secara perlahan-lahan.

Tapi perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap minggu tanamkan azam untuk berubah.

Dalam masa sebulan ni, cuba korang praktikkan benda di bawah ni. Antaranya :

Tip #1 : Mulakan segera sejurus masuk minggu pertama

Minggu pertama, korang boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya korang tahu aliran duit keluar masuk.

Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

Tip #2 : Pilih yang mana anda patut beli

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga.

Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je. Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita.

Jadilah pengguna yang bijak.

Tip #3 : Ada smartphone, tapi tak gunakan betul-betul?

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je.

Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul.

Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya takde penyesalan di masa depan.

Tip #4 : Catat semua. Jangan bagi chance!

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan.

10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1.

Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang korang mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang korang.

Ikut segala peruntukan bajet belanja korang, Tak guna ada telefon pintar kalau malas nak buat bajet. Paling simple, korang buat group dekat WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.

Bonus – 7 tip lagi untuk anda guna

1) Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan sekali je. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast food ni.

2) Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan dengan cara ni. Rasa excited bila tengok tabung dah mula penuh dengan duit berwarna.

Tak percaya, korang cubalah.

3) Kurangkan kehendak. Tangguhkan kehendak dan jangan berhutang demi kehendak.

Mungkin sebelum-sebelum ni, korang tak dapat kawal diri kan nak beli itu ini. Kalau rasa kasut masih elok, tak payah beli yang baru.

Prinsip gua, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan tiap-tiap buka dompet serupa tumbuk bawang je.

Tengok balik mana yang anda boleh ubah   

4) Semak semula perbelanjaan korang. Baiki mana yang kurang. Kiraan kos diluar jangka.

Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah bersedih orang lain dah kaya, hidup senang.

Yakinlah kita berusaha mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting, perubahan.

5) Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Jika makan diluar, pilih restoran biasa.

6) Belajar tutup lampu / air jika tak digunakan. Baiki setiap paip yang bocor. korang akan jimat nanti. Kalau korang sekeluarga duk lepak ruang tamu, tutup la air condition dalam bilik tu.

7) Berhenti beli majalah pasal artis. korang je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan korang tak kisah dan tak peduli ke korang pun.

Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan.

Jika korang gagal untuk merancang, korang orang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh, sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Kah!

Boleh share jika manfaat. Terima Kasih ya.

Mungkin sekarang korang dah sedar berapa banyak yang dah bazirkan, untuk beli macam-macam benda untuk kepuasan diri sendiri.

Bukan tak boleh berbelanja, tapi elakkan sampai tahap berlebih. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Tok nak korang sahut apa yang Tuan Amir cakap tadi. Sila jadi bijak dalam merancang kehidupan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY