Home Tip pelaburan hartanah Kenapa lelaki ini bina table top dan kabinet dapur, setiap kali beli...

Kenapa lelaki ini bina table top dan kabinet dapur, setiap kali beli rumah busuk? Anda pasti suka poin No. #5

8914
3
SHARE
Sumber gambar - auroraacres.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau korang main bedal je renovate rumah, ada potensi korang tak dapat nak jual rumah tu pada harga yang lebih tinggi.

Bukan semua ubah suai diambil masuk dalam menentukan nilai rumah. Buat rugi duit korang je, sebab renovation tu tak bagi apa-apa kesan.

Buat korang yang tengah plan nak renovate rumah tu, jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Ir. Ajak Abdul Razak yang Tok baca dekat Facebook beliau ni.

Banyak beza rumah sebelum dan selepas renovate

Aku nak share pandangan aku.

Aku nak share apa yang aku selalu buat. Aku nak share pengalaman aku selama ini.

Table top & kitchen kabinet telah siap dipasang pada rumah busuk, yang telah siap diwangikan seperti dalam gambar kes yang sebenar (real case) :

Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)
Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)
Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)
Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)

Sangat berbeza dari gambar sebelum dan gambar selepas. Perbezaan yang amat ketara. Korang boleh tengok sendiri la ye.

Antara sebab perlu diusahakan untuk membina table top & memasang kitchen kabinet adalah :

#1 : Cara paling senang nak tingkatkan nilai rumah

Bila korang buat kitchen kabinet dan table top, ini secara langsung akan menaikkan nilai semasa rumah berkenaan. Pihak jurunilai akan mengambil kira faktor ini.

Dalam laporan nilaian memang tercatat item ini. Malah, akan disertakan gambar sebagai bukti dalam laporan.

#2 : Dapur lebih kemas dan teratur

Bila dah terbina, item ini akan menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur. Mudah untuk menyusun kelengkapan dapur seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk ke dalam kabinet.

Malah, tin, dan bungkusan makanan pun boleh disusun secara rapi ke dalam kabinet.

#3 : Para ibu jadi suka nak memasak di rumah sendiri

Sedar atau tak, para ibu akan terdorong mood untuk ke dapur untuk memasak makanan yang sedap-sedap, disebabkan ruang dapur yang kelihatan ceria dan kemas.

Kerajinan untuk memasak tu akan buatkan korang berjimat dari kerap kali makan di luar.

Dengan ada pemasangan hood dan dapur gas terbina pada table top, tak perlu guna yang jenis hood dan dapur yang mahal sangat. Memadai pakai yang basic tu je.

#4 : Bakal pembeli suka cari rumah yang ada 2 benda ini 

Percaya ker korang?

Ruang dapur yang memiliki table top dan kitchen kabinet merupakan salah satu faktor pemikat, untuk para bakal pembeli close deal beli rumah tu.

Bakal pembeli akan melihat ruang dapur. Especially jika bakal pembeli itu adalah seorang wanita. Mesti dia pujuk husband dia untuk beli rumah tu. Betul, kan?

#5 : Senang nak sewakan pada kadar yang tinggi

Apabila sesebuah rumah sudah tersedia kelengkapan table top & kitchen kabinet, secara tak langsung korang boleh menaikkan kadar sewa bulanan rumah tu.

Pasti rumah ni kadar sewanya adalah lebih tinggi, berbanding rumah yang basic yang pakai sinki besi yang standard tu je.

Kelima lima faktor ini merupakan kekuatan bahawa membina table top & memasang kitchen kabinet amat berbaloi-baloi.

Korang paham ker tak nie. Penat aku taip tau. Aku sekadar memberi pandangan je.

Korang dah abih baca, mohon SHARE untuk manfaat kawan-kawan yang lain ye. Hehe.

Ir. Ajak Abdul Razak, Hobi Rumah Busuk

Korang nak dapat balik duit untuk setiap duit yang korang keluarkan. Takkan korang sanggup tengok duit hangus macam tu je?

Kos renovation pulak, bukan murah. Ada kontraktor yang tak kena dengan mood dia, akan bagi caj yang bukan-bukan.

Sebab tu, kita kena belajar dan sentiasa cari ilmu. Dengan ilmu, korang boleh jimatkan kos pelaburan sambil nikmati pulangan yang cun.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here