Betul ke anda berhak pegang hartanah freehold sampai bila-bila?

Selalu kita boleh nampak perkataan FREEHOLD” dekat iklan jual rumah yang ada.

Tak cukup dengan itu. Ramai pembeli dan pelabur hartanah yang akan utamakan rumah berstatus freehold, berbanding leasehold.

Tapi, pernah tak korang terfikir:

“Apa sebab orang utamakan hartanah status ini berbanding leasehold?“

Kalau korang serius nak tau, Tok sarankan korang baca perkongsian dekat blog PropSocial ni sekarang.

Apa perkara asas anda patut tahu tentang hartanah freehold dan leasehold?

  • Hartanah freehold

Dalam bahasa mudah, freehold (pegangan bebas) bermaksud korang ada hak kepada pemilikan hartanah tu sehingga akhir masa.

Bermakna, korang boleh pindahkan hartanah yang dibeli kepada anak-anak korang, atau sesiapa yang korang suka selepas korang meninggal dunia.

Dan anak-anak korang pula, boleh transfer pemilikan hartanah tu kepada anak-anak mereka atau sesiapa yang mereka pilih.

Dan proses ni akan berterusan sampai bila-bila.

  • Hartanah leasehold

Untuk hartanah leasehold (pajakan) pula, korang bukan pemilik hartanah yang korang beli.

Korang beli rumah tu atas satu pajakan jumlah masa yang ditetapkan (biasanya, 99 tahun selepas hartanah tu siap dibina oleh pemaju).

Jumlah masa ni akan berkurang, mengikut tempoh pembeli lama menjual balik hartanah tu kepada orang lain.

Katakan, korang beli hartanah tu lepas pembeli jual kepada korang selepas tempoh 7 tahun. Baki tempoh leasehold akan tinggal 92 tahun (99 tahun – 7 tahun).

Dan bila hartanah tu dah nak habis tempoh, korang boleh anjakkan tempoh leasehold ni dengan memohon kepada kerajaan negeri.

Kalau permohonan ini lulus, korang perlu bayar sejumlah yuran, dan ini bergantung kat nilai pasaran semasa bagi rumah atau tanah tu.

“Untung lagi beli hartanah freehold” – Fakta ke auta?

Tok nak ajak korang tengok beberapa tanggapan yang biasa ada dalam minda ramai orang:

#1: Anda pemilik mutlak hartanah freehold buat selamanya

Betul. Korang beli hartanah freehold. Tapi tak bermakna korang berhak pegang hartanah tu sampai bila-bila.

Sebab semua hartanah freehold tertakluk kepada Akta Pengambilan Tanah 1960, yang bagi kerajaan kuasa untuk ambik balik hartanah tu kalau perlu.

Nak contoh kes pengambilan balik tanah freehold? Klik sini untuk baca sekarang (artikel ni dalam English tau).

Korang tak payah risau. Korang akan dapat pampasan mengikut harga pasaran semasa hartanah tu daripada kerajaan.

Cuma, kepercayaan karut ni dah terbongkar. Korang takde gerenti untuk pegang hartanah tu secara kekal.

#2: Rumah freehold lebih bernilai berbanding leasehold?

Tak semua hartanah leasehold lebih murah berbanding freehold.

Faktor-faktor lain seperti lokasi, jenis rumah, build-up area, dan yang lain-lain kena ambil kira jugak.

Kalau ada 2 hartanah, satu berstatus leasehold dan satu lagi freehold (dan sama dalam setiap aspek), biasanya yang leasehold tu berharga lebih rendah kalau bandingkan dengan harga rumah freehold.

Lagipun, harga rumah juga bergantung kepada prinsip supply and demand.

Bila ada permintaan tinggi hartanah freehold dekat sesuatu kawasan, dah tentu-tentu nilai hartanah freehold akan jadi lebih tinggi.

Jadi, tak munasabah kalau kita kata hartanah leasehold lebih cikai berbanding freehold.

#3: Capital appreciation hartanah freehold lebih baik daripada leasehold

Walaupun terdapat bukti yang freehold dan leasehold ada kenaikan nilai yang setanding, ini hanya berlaku kepada hartanah leasehold untuk tempoh 20 hingga 30 tahun pertama.

Lepas daripada tempoh tu, nilai hartanah tu akan mula merosot. Lagi-lagi kalau tempoh pajakan dah nak habis.

Sebab tu, selagi ada peluang, beli je hartanah berstatus freehold. Nilai hartanah kekal baik untuk jangka masa yang panjang dan ada peluang untuk meningkat.

#4: Loan lebih senang lulus kalau beli hartanah freehold?

Banyak bank yang tak berapa suka biaya pembeli yang beli rumah berstatus leasehold.

Lebih-lebih lagi yang dah dekat tamat tempoh pajakan. Dan biasanya, bank hanya bagi pinjam pada margin yang lebih rendah daripada 90%.

#5: Mana satu yang ramai orang suka beli?

Biasanya, hartanah leasehold yang dah nak tamat tempoh pajakan lebih susah untuk dijual.

Ini sebab faktor hartanah tu sendiri. Nak renew tempoh pajakan, belum tentu lagi confirm lepas dengan pihak berkuasa tempatan.

Sebab tu tak ramai yang berminat ambil risiko untuk beli hartanah leasehold.

Tak ramai orang nampak isu ini bila bandingkan freehold dan leasehold

Pemaju memang senang nak jual hartanah freehold. Tambahan pula, permintaan sentiasa ada.

Dalam kes hartanah leasehold pulak, pemaju juga rancak mencari jalan untuk jadikan hartanah leasehold nampak menarik (attractive).

Kalau korang perasan, banyak hartanah leasehold lebih menarik dari segi tema reka bentuk, fasiliti, kemasan dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, yang mana satu anda patut beli?

Kalau spesifikasi rumah yang korang nak tu ada pada hartanah freehold, dan korang juga cukup segala apa yang perlu untuk membeli rumah, tak payah fikir lama sangat. Beli je.

Kalau dah mampu, nak tunggu apa lagi? Nanti orang lain sapu, menyesal tak sudah korang nanti.

Untuk korang yang beli untuk pelaburan tu, jangan pulak main beli je ikut suka hati. Kaji dulu segala apa yang perlu.

Dan apa yang penting, untuk mulakan sesuatu, kena ada ilmu.

Bank tolong bayarkan down payment rumah – Strategi apa yang 16 otai hartanah ini pakai?

Korang tak payah cari ilmu jauh-jauh. Dah ada 16 otai hartanah kongsikan pengalaman mereka melabur dengan modal yang ciput.

Siapa kata kena ada banyak duit untuk mula melabur dalam hartanah?

Klik link bawah ni untuk beli sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<< 

261 Shares

Leave a Reply