PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tinggikan potensi buat untung dengan rumah lelong guna 7 tip ini

Rumah lelong boleh dianggap sub-genre dalam pelaburan hartanah.

Dengan ilmu yang betul, pelaburan ini boleh jana untung keras untuk korang.

Bagi yang baru nak bermula, Tok tak galakkan korang masuk pasaran rumah lelong dulu. Tunggu kewangan dah stabil dan ada pengalaman, baru buat.

Tapi untuk yang tengah mencari ilmu pasal hartanah lelong, ini hari bertuah buat korang.

Tok nak kongsikan nukilan Tuan Izwan Latiff ini. Mana tahu. Bila korang guna salah satu, boleh melekat satu unit yang kasi untung.

Alkisah pada suatu hari, kat luar bilik lelongan awam…

“Aku dah give up nak melabur dalam rumah lelong. Asyik kalah bidding je. Dahlah ramai orang. Semua bajet besar-besar pula tu.

Macam mana aku nak menang. Baik aku melabur dalam (isi tempat kosong) lah macam ni.”

Chill bro.

Nak menang rumah lelong ni berkait rapat dengan rezeki. Tapi, mungkin tip kat bawah ni boleh bantu sedikit sebanyak.

#1: Terokai kawasan baru

Jangan taksub dengan kawasan yang ramai orang suka. Atau kawasan yang sudah terkenal (contoh: kawasan sebelah LRT).

Memang ramai orang nak beli kat situ. Masa lelong, harga naik melampau sampai kita hanya mampu geleng kepala.

Kita kena berani beli kat kawasan yang orang lain masih ragu-ragu. Elakkan herd mentality atau perangai suka mengikut orang. Baru mudah kita nak dapat harga reserve.

#2: Beli rumah kat kawasan kurang “hot”, tapi boleh jana untung

Tip ni berkait rapat dengan tip #1 tadi.

Saya ada seorang kawan yang melabur dekat kawasan suam-suam kuku sekitar pinggir Selangor.

Masa orang lain sibuk membida rumah flat hingga naik hampir RM 200K, beliau sibuk beli rumah lelong atas tanah pada harga sekitar RM100K dan selalu dapat harga reserve sebab tak ada saingan.

Secara purata, rumah yang beliau beli adalah sekitar 40% hingga 50% bawah harga pasaran.

Bila beliau tengok orang lain berlawan sampai harga naik kaw-kaw, beliau hanya mampu tersenyum.

#3: Pastikan harga “reserve” tak terlalu rendah

Jangan tunggu harga reserve cecah 50% bawah harga pasaran, baru nak terkial-kial masuk bid.

Masa tu, dah ramai pembida lain bukak mata. Semua terbeliak. Akhirnya masa lelong, semua pakat lawan sampai naik cecah harga pasaran.

Saya cadangkan masuk bida masa harga reserve sekitar 20% bawah pasaran. Peluang nak menang pada harga munasabah adalah lebih tinggi.

#4: Dapatkan maklumat yang tepat

Bila nak beli rumah lelong, rujukan harga pasaran amat penting.

Kena bandingkan harga pasaran kat beberapa sumber (valuer, Internet, brickz.my, atau lain-lain) dan ambil harga purata. Tak terlalu rendah dan tak terlalu tinggi.

Kalau terlalu konservatif (amik harga pasaran terendah dan set limit 40% bawah harga tersebut), memang sampai bila-bilalah asyik buat bank draft dan tebus bank draft.

#5: Set jangkaan yang munasabah

“Aku kalau nak beli lelong, mesti 30% – 40% bawah harga pasaran. Kalau kurang dari tu, aku tak nak.”

Boleh bro kalau nak set target macam tu. Tapi janganlah bida rumah kat tengah KL atau tepi LRT.

Dalam mimpi je boleh dapat kot.

#6: Minta bantuan ejen lelong yang berpengalaman

Mereka ada banyak info dan pengalaman. Buat kawan dengan mereka. Follow rapat-rapat.

Banyak good deal yang mereka tahu dulu, sebab mereka ni hari-hari tengok senarai lelong.

Yang mana tak logik nak menang murah, unit yang mana ada harapan bagus. Semua ada kat dalam kepala mereka.

#7. Jangan mudah berputus asa

Pelaburan rumah lelong ni memang tak boleh lari daripada konsep cuba jaya.

Kalah sekali, tak bermakna kita akan kalah berkali-kali.

Saya sendiri pernah mencuba sampai 15 kali berturut-turut, sebelum berjaya membida sebuah unit apartment 50% bawah harga pasaran. Memang berbaloi-baloi.

Akhir kata, saya ucapkan semoga berjaya kat semua pembida rumah lelong dekat luar sana.

Kalau nampak saya kat bilik lelong, sudi-sudilah tegur ya!

Tip yang akhir sekali tu, Tok minta korang semat elok-elok kat dalam hati.

Senang cerita, semua pelaburan ada baik buruk serta risiko yang tesendiri. Lagi tinggi risiko yang korang tanggung, lagi tinggi potensi pulangan yang bakal korang dapat.

Dan semua risiko ni, korang boleh uruskan secara efisyen dengan adanya ilmu yang baik. Selamat berjaya, Tok doakan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *