Home Tip pelaburan hartanah Bank suka luluskan loan rumah anda kalau buat semua ini

Bank suka luluskan loan rumah anda kalau buat semua ini

9975
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Siapa yang tak suka bila bank luluskan permohonan loan rumah korang tanpa banyak soal, kan?

Baru terasa indah hidup ni. Nak beli rumah untuk pelaburan (atau duduk sendiri) pun jadi senang.

Tapi hari ni, bank semakin susah nak luluskan permohonan rumah. Dah tak sama macam dulu-dulu.

Kalau korang nak ubah perkara ni, jom baca perkongsian yang Tok baca kat blog LoanStreet ni.

Mana tahu. Bank sejuk mata tengok dan senang hati untuk luluskan permohonan korang tu lepas dah buat semua ni. Hehe.

Apa sebab bank banyak tolak pinjaman tahun lepas?

Terdapat lebih kurang 35% permohonan pinjaman perumahan telah ditolak oleh bank dari Januari hingga Jun pada tahun 2015.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh ejen hartanah dan REHDA, permohonan pinjaman perumahan yang ditolak oleh bank telah meningkat 6% berbanding tahun lepas.

Ini antara faktor utama permohonan pinjaman perumahan ditolak:

  • Pendapatan pemohon yang gagal mencapai kriteria,
  • sejarah kredit yang teruk,
  • pembiayaan yang mempunyai keuntungan yang rendah,
  • dokumentasi yang diperlukan oleh bank (kes tak cukup sediakan dokumen).

Lebih kurang 46% permohonan pinjaman telah ditolak untuk rumah-rumah yang berharga RM250,001 hingga RM500,000.

19% permohonan pinjaman pula ditolak untuk rumah yang bernilai RM700,000 hingga RM1 juta.

Apa sebenarnya yang korang perlu buat supaya permohonan korang bank kasi lepas?

Anda dah periksa yang ini ke belum?

Biasanya, bank akan menilai jumlah yang korang boleh pinjam melalui 4 faktor ni:

1) Debt Service Ratio (DSR) korang,

2) profil risiko,

3) penilaian hartanah yang korang nak jual,

4) nisbah maksima LTV (Loan-to-value) atau margin perbiayaan yang korang layak dapatkan,

DSR dan profil risiko akan dinilai dengan lebih teliti, berbanding dengan penilaian hartanah dan LTV maksima yang korang layak dapatkan.

DSR seseorang individu menunjukkan bank yang kewangan korang kukuh untuk membayar hutang, dan mengira berapa peratus dari jumlah pendapatan yang korang akan digunakan untuk membayar ansuran.

Sumber: LoanStreet
Sumber: LoanStreet

Loan susah nak lepas kalau pembayaran hutang adalah tinggi bila dibandingkan dengan pendapatan bersih korang.

Ini adalah satu tanda kepada bank yang korang mungkin buat loan yang melebihi kemampuan pembayaran, dan mempunyai risiko yang tinggi menjadi NPL (non-performing loan).

DSR yang bank suka tengok (dan bagi lepas loan tanpa banyak soal)

Kadar DSR yang baik biasanya 30% daripada pendapatan bersih. Walau bagaimanapun, ada beberapa bank yang bagi lepas loan walaupun DSR antara 70 hingga 80%.

Tip pantas: Turunkan DSR korang dengan kurangkan jumlah hutang, atau tingkatkan jumlah pendapatan. Nak penjelasan terperinci? Teruskan membaca. Ada kat bawah ni.

Selain meneliti kadar DSR, bank juga akan menilai sejarah kredit dan profil risiko, membuat pemeriksaan latar belakang, dan memeriksa perhutangan kurang yang dulu-dulu dan sekarang.

6 strategi gempak buat bank senang hati bagi loan kat anda

#1: Bank suka kalau anda kurang berhutang

Korang hanya perlu jelaskan segala hutang secepat mungkin, termasuk hutang yang tak berkait dengan bank.

  • Hutang bank: Pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit, dan lain-lain.
  • Hutang bukan bank: PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan, dan lain-lain.

Baki kad kredit yang tinggi dan perhutangan pinjaman PTPTN akan menyebabkan korang mempunyai kadar DSR yang tinggi.

Sebagai contoh, kalau gagal bayar PTPTN, korang ada kemungkinan untuk masuk dalam senarai hitam kat CCRIS, dan permohonan tu pasti akan ditolak oleh bank.

Korang juga tak boleh ambil kesempatan untuk culas membayar hutang bukan bank, sebab bank juga akan menilainya seperti perhutangan dengan bank.

Ini akan dipamparkan dalam rekod CCRIS dan CTOS korang.

#2: Bank tak suka kalau anda selalu lambat bayar hutang

Kredit sejarah korang berfungsi sebagai petunjuk dan bukti kepada bank, yang korang merupakan seorang pembayar hutang yang baik atau selalu bayar hutang lambat (lagi teruk kalau tak bayar apa-apa langsung).

Bank-bank akan merujuk 2 sumber utama ini untuk memeriksa kredit sejarah korang:

  • Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),
  • Credit Tip-Off System (CTOS).

Kalau korang jenis yang tak pernah kantoi bayar hutang  dan selalu bayar balik tepat pada masa (serta membayar hutang secara lump sum), tak payah risau apa-apa.

Tapi elak ambil mudah ya. Tak salah periksa rekod CCRIS dan CTOS dari masa ke semasa.

Sumber: LoanStreet
Sumber: LoanStreet

Kalau korang ada tersangkut paut dengan situasi kat atas ni, cepat-cepat ambil tindakan segera dan baiki laporan CCRIS sebelum korang buat pinjaman.

Lagi molek kalau korang elak buat sebarang hutang sebelum membuat permohonan.

#3: Bank tak bagi loan kat orang yang tak pernah berhutang

Tak ada sebarang sejarah kredit pun bahaya jugak. Ia seteruk mempunyai kredit sejarah yang lemah.

Permohonan korang ada potensi besar akan ditolak oleh bank, sebab mereka takde sebarang bukti sama ada korang mampu membayar balik hutang atau tak.

Berikan perhatian kat perkara ni, terutama sekali golongan siswa dan siswazah atau korang yang baru pertama kali nak memohon pinjaman.

Korang boleh mulakan dengan buat satu kad kredit dan pastikan baki korang sentiasa rendah dan membuat pembayaran penuh setiap bulan.

Kalau tak mampu buat bayaran penuh, cuba bayar balik semaksimum mungkin.

#4: Jaga baki pinjaman kad kredit. Biar ia sentiasa rendah

Ramai yang ingat had kadar pinjaman kad kredit yang tinggi adalah peluang untuk korang lanyak pinjaman semaksimum mungkin.

Maaf. Bank dah tak suka tengok rekod ni dalam laporan kewangan korang.

Tok ada baca kat blog Creditcards.com. Ada pakar cadangkan untuk elak guna kad kredit tak lebih daripada 50% daripada jumlah kredit yang korang boleh pinjam.

Kalau tak, bank akan kira korang sebagai seorang yang cukup suka berhutang dan ini akan beri kesan tak baik dalam laporang CCRIS tu.

Kalau nombor kat CCRIS tu dekat dengan “0,” lagi bagus. Ubah tabiat suka swipe tu ya. Guna kad kredit biar berpada-pada.

#5: Simpanan anda sebagai sekuriti

Bank akan lepaskan orang yang ada simpanan dalam bank. Ini sebagai indikator buat bank dan juga bukti korang mampu nak bayar balik hutang tanpa sebarang masalah.

Simpanan yang dikira termasuk deposit tetap, bon, dan lain-lain.

Segala simpanan yang korang ada, siapkan dalam bentuk dokumen dan bagi kat bank masa nak memohon. Bank cukup suka kalau kita mudahkan kerja mereka.

Banyak kos yang terlibat untuk uruskan hal jual beli rumah. Ada kos peguam, kos menilai harga rumah, yuran itu ini. Senang cerita, semua ni perlukan duit.

Dan macam mana nak beli rumah kalau korang takde sebarang simpanan? Nak melabur apa-apa pun, kena kumpul modal dulu. Bukan berlenggang je.

#6: Gabung dan kuatkan pendapatan

Dengan menggabungkan pendapatan korang bersama pasangan, DSR boleh jadi akan meningkat. Dan ini akan tinggikan peluang korang dapatkan loan daripada bank.

Bank akan kira kelayakan korang, sama seperti mengira DSR untuk permohonan secara solo (yang tak gabung pendapatan dengan pasangan).

Klik sini kalau korang nak kira berapa banyak ansuran bulanan yang kena bayar kat bank.

Yang penting, elak buat hutang baru, berusaha langsaikan hutang sedia ada, dan  sentiasa berusaha untuk tingkatkan pendapatan.

Dan ingat selalu. Berbelanja bila perlu. Bukan tingkatkan perbelanjaan bila mampu.

Kalau betul nak beli rumah, korang akan buat apa yang Tok kongsikan ni. Tok dah usaha untuk sampaikan apa yang perlu. Semoga berjaya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here