PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Alfafa: Jihad ekonomi Melayu, atau skim penipuan terancang?

Ramai yang tanya Tok mengenai skim perumahan Alfafa ni.

Tok memang dah agak, ramai orang akan terpedaya. Sebab tawaran yang dia berikan memang agak menggiurkan.

Mana tak nya, boleh dapat rumah banglo pada harga RM99,000 je.

Tapi, sebelum korang buat keputusan terburu-buru nak invest dalam projek perumahan Alfafa ini, Tok nak kongsikan sedikit tips, apa yang korang patut periksa bila tengok sesuatu projek perumahan.

Perkongsian ini Tok ambil dari post FB Faizul Ridzuan. Beliau berkongsi apa homework atau kerja rumah yang perlu anda buat sebelum membeli hartanah baru dari pihak pemaju yang kurang dikenali :

Alfafa Afyan Mat Rawi
1. KPKT : Industri hartanah adalah industri yang dipantau ketat oleh Kementrian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Dan Kerajaan Tempatan atau nama ringkasnya.
Semua pemaju yang berdaftar mesti mendaftar di bawah KPKT.
Kalau rasa was-was dgn pemaju,  boleh check kelulusan dan latar belakang mereka dgn KPKT di laman FB mereka https://www.facebook.com/KPKTMalaysia?fref=ts  atau portal rasmi mereka  http://www.kpkt.gov.my.
Kalau pemaju tak berdaftar dengan KPKT, mereka tak boleh jual rumah sebab melanggar undang-undang.
Kalau mereka tak boleh nak ikut undang-undang untuk jadi pemaju yang sahih, memang anda sengaja cari pasal la kalau nak beli juga dari mereka.
Alfafa APDL
2.APDL (Advertising Permit dan Development License) – Dalam Malaysia, semua pemaju walau sehebat mana pun ke-kroni-an mereka kena ada APDL sebelum boleh menjual sesuatu projek jenis kediaman (residential property).
Tanya mereka apa nombor sahih APDL mereka.
Kalau takde, maksudnya mereka dah melanggar undang-undang. Kalau anda nak beli juga jangan menangis bila tertipu nanti.
Alfafa Google Alfafa Google 2
3. Tanya Uncle Google : Ni cara paling senang, tak sampai 1 minit. Kalau 1st page pun dah cakap pasal penipuan dan scam dan korang still rasa nak beli juga, padan muka in advance saya ucapkan untuk anda.
4. Latar belakang PENGURUSAN pemaju : Kita kena fahami latar belakang mereka. Kalau mereka dah 30 tahun dalam indusri ni sebagai kontraktor dengan pemaju besar lain, mereka ada lah pengalaman untuk jadi pemaju hartanah. Tapi kalau anda beli sebab latar belakang pihak pemaju yang nampak islamik, sekali lagi padan muka saya ucapkan sebab agama tiada kaitan dengan kebolehan pihak pemaju menyiapkan rumah anda.
5. Projek sebelum ini yang sudah siap :
Mana-mana pemaju yang berkaliber mesti dah ada projek yang dah siap sebelum ini.
Minta mereka senarai pembangunan hartanah mereka sebelum ini.
Kalau tergagap pemaju nak cerita atau pun mereka “claim” mereka ada projek di Kelantan, Sarawak, Perlis atau mana-mana negeri yang agak jauh untuk anda pegi semak, itu red-flag.
Kalau ada yang berdekatan, pergi tengok projek mereka yang dah siap tu dan interview pembeli atau orang yang telah duduk di projek itu. Dapatkan feedback mereka.
Kalau semua yang anda interview pun menyumpah, lebih baik jangan beli.
Apa-apa projek yang anda nak pertimbangkan, kena penuhi semua syarat diatas.
Komen Tok:
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak pemaju. Kaji selidik terlebih dahulu sebelum buat sebarang pembelian. Inilah yang omputih panggil “Due Diligence”.
____________________________________________________
Tok nak kongsi pulak apa kata Khairul Ezuwan, pelabur hartanah dan pakar pelaburan ASB, berkenaan beberapa kecelaruan dalam perjanjian jual beli hartanah yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan:

Beberapa kali Aku dah bagi amaran, kau tetap Nak kata orang fitnah kau dan teruskan aktiviti penipuan kau Dan lebih berleluasa. Nak sangat aku tunjuk bukti kan. Sini aku paparkan ‘Perjanjian Bersalam-salaman’ .Aku bukan orang yang anti MLM, bukan pendengki business orang lain apalagi Sesama Muslim, Aku anti kepada penipu. Apa lagi penipu yang guna Nama Agama untuk kepentingan diri. Kenapa aku Nak menyibuk? Yang kau bakal tipu tu mungkin keluarga aku, mungkin kawan-kawan aku, mungkin orang yang Aku kenal, saudara semuslim aku, saudara semuslim kau jugak.

Sekarang biar semua pihak berkuasa dan rakyat Malaysia lihat sendiri bertapa liciknya kau. Agreement yang kau buat pon dah menunjukkan intention kau untuk menipu. Yang dah kena tu ‘Buka Mata sikit’. Yang belum kena BERHATI-HATI.

1. Tiada specific land title pada agreement, boleh pulak ditentukan kemudian oleh kau. Kalau dalam paya, lombong yang kau pilih?

2. Kebesaran tanah dinyatakan lebih kurang

3. Tidak dijelaskan spesifikasi rumah, dan menyatakan binaan mengikut budi bicara & hak mutlak kau. Kira suka hati kau la.

4. Perjanjian antara individu kau dengan Pembeli , sedangkan payment dibayar kepada company sdn bhd kau yang mana bila-bila masa kau boleh quit. Persoalannya kenapa perjanjian tu antara individu kau dengan Pembeli, bukan dengan company yang kau canangkan? Sedangkan payment dibayar kepada company tu. APA TUJUAN KAU? Lagi satu, Kalau pihak pertama tu meninggal dunia semasa agreement masih berjalan, apa nasib semua beratus-ratus orang pihak kedua tu? Apa jaminan untuk mereka?

5. Modal berbayar company Cuma 500K, Nak bina Rumah yang berharga ratusan juta. Hmm.

6. Kenapa letakkan dalam Akujanji untuk pihak pembeli untuk belajar mengaji Dan hadir seminar solat dengan pihak kau sebagai satu perjanjian? Supaya kau boleh lawan sekiranya kau didakwa dan menyatakan klausa ini dilanggar oleh pembeli dan perjanjian ini boleh terbatal. Betul tak? Macam perjanjian tiga Abdul , ‘Kalau marah kena Jual ‘.

7. Kau ambil duit dari pembeli RM67K dan menjanjikan untuk membina Rumah yang berharga RM180K, kau menyatakan jika Ada masalah dan kau Tidak berjaya menyiapkan rumah tersebut dalam tempoh 4 tahun @ 48 bulan, pihak kedua hanya boleh menuntut RM67K sahaja. Kenapa kau Tidak kena denda atau bayar RM180K kepada pihak kedua? INI TIDAK ADIL!!! (Macam tiga Abdul). Lagi, Kalau tanah dah ditukar nama kepada individu dan kau Tak siapkan rumah, tanah tu Mesti dipulangkan kepada kau. Apa punya perjanjian Macam ni. Ini mendorong kau untuk Tidak membina rumah tu. pandai kau OPM duit orang kan. Silap-silap dengan capital lesap dengan agreement kau ni.

8. Perjanjian Bai as Salam? Kena gelakkan jer la dengan orang yang belajar kewangan Islam. Kau hebat kan , Pakar Kewangan dan Muamalat pon kau kata bodoh, vangang. Siap ada kena interest denda lagi 8% denda lewat bayar dalam satu klausa ni. Perjanjian Islamic apa tu, jelas ada Riba’. Jangan bertopengkan Agama untuk penipuan.

9. Kau suap Pembeli dengan imbuhan RM250 Selama 4 tahun supaya dalam tempoh tersebut mereka tidak sedar mereka sedang ditipu, sedangkan duit itu sebenarnya dari sebahagian kecil dari duit mereka yang kau ambil. Yang diorang terima tu duit diorang sendiri.

10. Perakuan pendaftaran CIDB kau pon bukan under bangunan, Tapi Mekanikal , jentera. Ingat, FASA pertama sepatutnya terima rumah March 2016, tinggal 7 bulan sahaja lagi. Tanah pon takde lagi, bila pulak kau nak pecahkan Geran individu? Bila pulak kau Nak bila Rumah yang beratus biji rumah tu? Lesen construction binaan pon kau takde lagi. Sekarang kau kerah lagi marketing kau untuk kau dapat fund untuk kau refund FASA 1, masa tu Pembeli FASA 2 akan rasa tertipu, Tapi mereka dah terikat dengan kontrak 4 ke 7 tahun. Silap-silap refund FASA 1 pon kau tangguhkan dan tak bagi sebab Ada clause kau kena denda 8% setahun jer. Kalau kau Nak drag tak bayar sampai 30 tahun pon takpe, Apa Ada hal, just kena penalty, bukan suruh bayar pon kan. Apa Ada Hal. Habis-Habis teruk pon kau kena charge bankrupt jer.

11. Pelan Rumah pon Tak detail. Siapa arkitek yang luluskan plan ni? Ops ada satu klausa sebut spesifikasi binaan Adalah Hak Mutlak pihak pertama. Lupa pulak.

12. Aku pon malas nak huraikan satu-satu semua. Tengok la sendiri. Terlalu banyak perkara lain dalam agreement ni yang terarah kepada penipuan. Kepada peguam kau @ tuan Penasihat yang bijaksana, awak sangat ‘bijak’.

Harap aktiviti ini Tidak terus berleluasa yang mengakibatkan orang melayu, Muslim makin jatuh tersungkur. Alasan mereka untuk membantu orang melayu Muslim itu dusta belaka. MEREKA SEDANG BERPERDAYAKAN ANDA. Nak tulis ‘menyontot’ kasar sangat. Buka mata anda semua luas-luas. Jangan anda jadi mangsa mereka. Semoga Allah melindungi kita semua dari angkara kejahatan ini semua.

-KEY-

—-

Mohon Tok kongsikan antara  snapshot dokumen perjanjian untuk projek Alfafa ini:

11863501_882385361799003_7942747794388684084_n11037275_882385368465669_7919283932071394202_n11825609_882385388465667_7092632800395480696_n
11813525_882385401798999_3299564251588489360_n11866426_882385415132331_5533680195264889461_n
11822427_882385425132330_1385183425816108338_n11836884_882385448465661_3867214667192530187_n11825765_882385455132327_1608087906972887827_n11817221_882385481798991_5366365131593085745_n11863506_882385495132323_5444827606770511079_n


11825013_882385515132321_5138957082994887723_n



11800437_882385535132319_5764002242806321910_n

11230966_882385565132316_686702881431492525_n
Adakah korang yakin dengan projek perumahan Alfafa setelah tengok dokumen perjanjian ini, atau korang makin ragu-ragu?
Izinkan Tok kongsikan apa kata mereka setelah ditemubual di Facebook:
11891203_10207467138985309_4800780219858927408_n 11144790_10207467141425370_4063018525429728394_n11880411_10207467142825405_6115385473171574368_n11863285_10207467143385419_3507682702075447827_nSekali lagi, Tok simpulkan disini, anda perlu membuat penialaian terperinci. Mungkin projek perumahan Alfafa ini berniat baik untuk “membantu ekonomi ummah”, atau ia mungkin satu skim penipuan terancang. Tok tidak mahu buat apa-apa penghakiman.
Korang nilailah sendiri ya 🙂
P/S: Kalau korang nak lagi detail, boleh refer kat blog ni:
http://cheahmad.blogspot.com/2013/11/perumahan-alfafa-6-perkara-yang-perlu.html
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *