“Ubahsuai rumah second hand tanpa perlu belanja besar. Guna 5 tip ini”...

“Ubahsuai rumah second hand tanpa perlu belanja besar. Guna 5 tip ini” – Hady

4684
3
SHARE
Sumber gambar - Najib Mohamed
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau dengar pasal kerja ubahsuai rumah, pasti ramai yang akan mula berkerut dahi.

Mana tak berkerut. Dah la harga rumah semakin mahal. Harga perabot rumah pun, bukan semakin murah.

Dan tu tak campur lagi dengan kos kerja ubahsuai rumah. Kalau tak plan betul-betul, silap-silap banyak duit yang korang terpaksa burn.

Ada lagi ke cara nak ubahsuai rumah, tanpa perlukan modal yang besar?

Kalau korang nak selesaikan masalah ni, jemput hadamkan perkongsian Tuan Hady Rashid ini sekarang.

Boleh lagi ke dapat rumah trendy pada harga rendah? 

Semua orang sedia maklum akan hakikat yang hartanah dan rumah kini melambung harganya berbanding 10 atau 20 tahun dulu.

Dengan kos sara hidup yang meningkat, tangga gaji yang tak bergerak, dan juga GST, adalah mustahil bagi eksekutif muda untuk memiliki hartanah dan rumah baru.

Apatah lagi untuk mendapatkan rumah dengan hiasan dalaman yang trendy.

Rumah teres berharga setengah juta ke atas adalah perkara biasa di Lembah Klang dan kini, bukan lagi satu perkara yang mengejutkan.

Bertitik-tolak daripada ini, kini telah wujud trend baru di kalangan eksekutif muda. Beli rumah second hand (atau selalu disebut subsale) dan buat pengubahsuaian yang major.

Boleh dikatakan ramai juga antara golongan muda menghubungi kami di H+F Design Studio meminta idea rekabentuk untuk proses makeover ini.

Inginkan ubahsuai elegan yang lebih menjimatkan? Ini caranya :

Tip #1 : Jual yang lama, beli yang baru

Sumber gambar – Reader’s Digest

Bila dah terima rumah second hand korang, tentunya masih terdapat perabot lama, tirai yang usang, barangan kelengkapan yang masih elok tetapi ditinggalkan oleh tuan rumah lama. 

Jangan terasa sayang dengan barang-barang ini. Kosongkan rumah sehabis boleh.

Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di car boot sale atau muatnaik ke laman sosial untuk dijual (seperti Mudah atau Carousell).

Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru.

Dah dapatkan duit hasil jualan, terus klik sini untuk pilih hiasan rumah pada harga yang berpatutan. 

Tip #2 : Tukar kepada kemasan lantai yang lebih fresh

Sumber gambar – Houzz

Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai.

Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini sebab risau dengan kos yang bakal ditanggung.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik.

Dari kemasan simen (bare finish), hingga ke kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hingga la kemasan laminated timber yang memberi rasa warm feeling.

Percayalah, sebaik saja korang menukar kemasan lantai, perbezaan ketara akan dapat dirasai.

Cuba buat carian internet Kimgress Tiles, White Horse Tiles, Feruni Tiles, Inovar Flooring, Floor Depoh dan sebagainya.

Korang akan terpesona dengan pilihan yang ada.

Nota : Setelah korang dah pilih lantai yang berkenan di hati, padankan dengan Delux Shaggy Rugs Carpet ni.

Tip #3 : Gantung perhiasan kat dinding? Ini idea lapuk!

Sumber gambar – Brewster Home Fashions

“Less is More”

Korang tak perlu penuhkan dinding dengan segala macam barangan perhiasan, yang bakal mengumpul debu dan habuk.

Ini bukan lagi zaman 80-an, di mana replika sudu dan garfu besar tergantung di dinding. Juga tak perlu pelbagai warna dinding, yang menjerit-jerit meminta perhatian korang.

Pilih sekurang-kurangnya 2 warna dan maksimum 3 warna sahaja.

Korang boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan feature wall.

Bergantung kat bajet korang, feature wall ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar. Atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.

Untuk lebih menarik, pasangkan hiasan dinding yang boleh menyala dalam gelap seperti Walplus Dandelion Grow In The Dark Wall Stickers (XL Series)

Tip #4 : Lebih tinggi, lebih bagus?

Sumber gambar – Cocolabor

Kini siling asbestos dan siling plaster dengan ornamen dan ukiran tak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, siling pilihan kini lebih simple dan kemas.

Korang boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (plaster siling).

Atau buat korang yang suka bereksperimen, boleh memilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik.

Lebih tinggi siling adalah lebih bagus. Bagus untuk pengudaraan. Bagus untuk mewujudkan ruang yang lebih luas.

Selepas memilih gaya siling yang disukai, pasangkan lampu siling yang cantik seperti chandelier.

Korang boleh tengok macam-macam pilihan yang ada dengan klik sini sekarang

Tip #5 : Beranikan diri bermain dengan lampu

Sumber gambar – aliexpress.com

Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu sama ada berjenama atau tak.

Be adventurous. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor saja.

Korang boleh buat carian Internet tentang House of Lightings, Puchong, yang menawarkan pelbagai pilihan lampu pada harga yang cukup murah.

Terdapat banyak lagi kedai seumpamanya yang menyediakan pelbagai rekabentuk dan citarasa. Ekspresikan personaliti korang bermain dengan beberapa pilihan lampu (downlight, pendant light, spotlight, uplight, dan sebagainya).

Untuk lampu, kami lebih suka korang memilih lampu garam ini kerana dalam masa yang sama dapat meneutralkan udara sekeliling. 

Aplikasikan 5 saranan kami ini, dan pasti korang akan terkejut dengan make-over rumah korang!

Nak tak nak, kita kena jugak sediakan modal untuk tujuan ubahsuai rumah. Mustahil kalau tak pakai satu sen pun, kan?

Cuma, korang boleh jimat banyak bila gunakan tip yang korang baca ni.

Apa pun, kalau nak tau berapa banyak yang korang boleh jimatkan, kena la buat dulu. Kalau duduk diam macam tunggul je, apa pun takkan jadi. Setuju?

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY