Sebelum sign SPA untuk beli hartanah undercon, buat 4 perkara ini dulu.

Sebelum sign SPA untuk beli hartanah undercon, buat 4 perkara ini dulu.

3897
3
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang tengan plan nak beli hartanah undercon dalam masa terdekat ni? Tahniah Tok ucapkan.

Cuma, ada beberapa perkara penting yang patut kita buat sebelum turunkan tandatangan SPA tu.

Tok nasihatkan korang beri sepenuh perhatian kat perkara ni. Kalau tersilap langkah, pening kepada korang nak handle masalah macam “brader” ni nanti.

Ni, Tok nak kongsikan posting Tuan Faizul Ridzuan ini yang Tok baca kat dinding Facebook beliau.

Posting ni berdasarkan sesi 1-on-1 dengan klien Tuan Faizul sendiri (pendek kata, berdasarkan real case study).

Kenapa brader ni kena buru dengan pemaju?

Salam semua.

Baru baru ini, kawan kita ni datang berjumpa saya untuk sesi 1-on-1. Beliau dah beberapa hari tak tidur malam, sebab diburu oleh pihak pemaju berkenaan pembelian hartanah beliau.

Kesilapan yang beliau buat adalah beliau dah sign SPA (atau perjanjian jual beli), walaupun loan beliau belum lulus.

Semua ni berpunca dek termakan kata-kata penjual yang cakap loan beliau konfem lepas.

Dan sekarang, developer tengah suruh beliau bayar progressive payment.

Beliau takde duit nak bayar RM60,000 (jumlah bayaran progress payment) dan sampai sekarang belum ada satu pun loan yang lulus.

Rumah yang sepatutnya dibeli pada 100% loan dan tanpa modal dah jadi masalah besar, hingga buatkan beliau tak tidur malam.

Kalau nak cancel pembelian, developer berhak tuntut RM60,000 pampasan.

Apa yang patut brader ni buat?

Saya tengok hartanah yang bakal dibeli dan saya beri beliau 2 pilihan:

Pilihan #1: Teruskan pembelian dan saya ajar cara nak pastikan loan akan lulus.

Pilihan #2: Batalkan saja pembelian, tapi saya ajar kaedah cara tak perlu bayar pampasan kepada pemaju.

Saya syorkan beliau ambil pilihan No.2.

Sebab apa?

Bagi saya hartanah tu adalah hartanah gred E. Beliau akan rugi menyewa dan beliau mungkin kerugian RM60,000 bila jual kat pasaran subsale kelak sebab unit itu over-priced.

Beliau setuju dan lepas saya kongsikan cara untuk beliau melepaskan diri dari masalah ini, baru beliau nampak lega.

4 perkara yang anda wajib buat sebelum sign SPA

So, saya nak kongsikan ilmu pasal loan dan beli hartanah undercon:

Tip #1: Jangan sesekali sign SPA kalau loan tak lulus

Kalau anda sign SPA lepas tu tak teruskan pembelian sebab tak dapat loan, pemaju berhak forfeit downpayment 10% korang sebagai pampasan.

Tip #2: Elakkan percaya 100% kata orang lain

Jangan percaya kalau sales ejen kata loan korang pasti lulus. Mereka bukan Tuhan dan mereka bukan banker.

Tip #3: Dah bayar booking? Terus buat permohonan loan

Lepas je bayar booking, jangan berlengah dan terus apply loan dalam masa 24 jam. Loan hari ini bukan senang nak dapat, dan 14 hari bukan masa yang lama.

Tip #4: Buat permohonan kat semua bank

Bila apply loan, jangan la apply loan kat satu bank je. Apply terus kat semua panel bank yang ada dalam projek itu. Kalau ada 5 panel bank, apply terus ke 5 panel bank dalam masa 24 jam tu.

Kalau masalah ni pernah berlaku, bermakna kita semua ada potensi hadapi masalah ni.

Nasihat Tok, rajinkan diri korang menimba ilmu hartanah dulu sebelum buat apa-apa tindakan.

Tok faham korang excited nak beli rumah dan mulakan pelaburan hartanah. Tapi pelaburan kat ilmu pun, kita kena buat juga.

3 COMMENTS

  1. Salam…saya ni nak tanya berkenaan dengan SPA tu (Perjanjian Jual beli).. baru2 ni saya ade nak beli sebuah rumah low cost.. harga RM172k.. sekarang saya dah apply GOV loan.. tp hari tu kena kuiri lah, sebab dokumen tak lengkap.. skrg ni saya tengah tggu lagi lah.. tp bkn tu masalah nya.. saya dah sign perjanjian jualbeli dgn penal peguam pemaju tu.. sebab diaorg kata klu nak apply loan gov, kena sign perjanjian tu dulu.. kemudian perjanjian tu akan d submit skali dgn borang permohonan loan tu.. Tp saya takut loan tu tak lulus.. klu loan tu tak lulus, ape yg patut saya buat tuan??? saya takutlah diaorg akan mintak fee peguam tu..tolong tuan bagi pendapat kpd saya..

LEAVE A REPLY